Saturday, May 18, 2013

Rumah ala chalet

Sepatutnya n3 ni aku masukkan selepas PRU-13 aritu. Tapi xde kena mengena pasal PRU versi Malaysia. Rasanya semua boleh teka kampung aku kat mana bila tgk tangga ni. Tangga orang MELAKA paling cikai pon mesti simen warna merah. Biar rumah burok asal tangga bergaya. Hahahhh...

Dulu asal tangga rumah aku ni pon mmg simen merah aje. Tapi baba aku kasi renovate rumah ni jadi ala2 chalet gitu pandangan luar tu. Sejak muda, baba memang buat rumah. So, ini salah satu buah tangan baba.

 Asyik la gaya peace si kakak ni
 Candid!! Kakak kemas dari dapur sampai ke tangga luar ni dgn rela hati. Dia terkejut bila tgk gambar dia ni :)
 Apahal plak si Haider ni
 Landing baik atas tangga selepas disapu bersih
 Pandangan jauh....
 Bahagian atas pon baba buat cantik2
 Penuh ukiran sana sini. Saja buat ala2 chalet sebab rumah kampong kan panas
 Ni pandangan penuh keseluruhan tangga yang 100% hasil air tangan baba.
Rumah baba memang penuh dengan pokok bunga dan kebun sayur. Sejak arwah mak ada lagi memang laman rumah penuh pokok bunga.

Jadi, kalau korang berminat nak bergambar masa kawen or apa2 even nanti, boleh contact baba aku. Rumah tu mmg bukan homestay. Setakat nak amik gambar, xde hal. Lupa, kampung aku ni kat Bachang. Baba siap bagi green light utk letak no phone dia kalau berminat. 013-2233319. Ok, sekian

Thursday, May 16, 2013

Dilempang cikgu kerana pensel hb


Aku suka kata-kata ni sebab anak aku sendiri lebih percaya apa cikgu dia cakap berbanding aku sendiri. Pernah sekali cikgu dia lukis topi dan eja "HATE". Aku betulkan dan note kecil pada cikgu ejaan sebenar sebab anak aku marah aku padam huruf E tu. Aku faham, bukan cikgu tak tahu tapi tak sengaja. Lepas cikgu dia beritahu hal sebenar, baru anak aku boleh terima. Itu baru satu huruf. Belum satu ayat atau satu cerita. Jangan memain bila kita jadi cikgu ni. Dan semoga anak-anak aku terus menyayangi dan menghormati guru-guru yang mengajarnya walaupun satu hari nanti, pendidikan dia mungkin lebih tinggi dari guru tersebut. Aku cukup tak suka anak murid yang pandang cikgu tu sebelah mata. Apa lagi kurang ajar. Paling kesian, kalau cikgu tu memang TERAMAT BAIK. Laaaaagi aku sedih.

Masa aku darjah dua, aku pernah dilempang oleh seorang guru bahasa Inggeris sebab warna. Pensel warna aku yang berwarna hitam dah hilang. Jadinya aku warnakan guna pensel hb jer. Hasilnya, mestilah warna kelabu sebab tak cukup hitam. Hah, berpinar kepala aku kena lempang. Tapi aku memang tak adu pada sesiapa pun walaupun pada mak. Selepas hampir sebulan, aku dapat macam2 habuan dari cikgu tu. Duit, makanan dan entah apa lagi. Tak tau nape. Maybe dia rasa bersalah kot bila seorang guru India mengadu pada dia aku anak orang susah. Sebabnya aku selalu tengok dia berbual dgn guru India tu yang sememangnya amat mengenali anak2 Abu Said. Hehehh.... Kalau budak zaman sekarang, mau cikgu tu kena saman atau kereta kena toreh kot. Huhu...memang mencabar jadi cikgu sekarang.

SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA GURU-GURU SAMA ADA YANG PERNAH MENGAJAR AKU ATAU TIDAK.

Thursday, May 9, 2013

Handphone lagenda NOKIA BUTTERFLY dalam genggamanku

Kecik tak hp ni? Aku perlukan 2 hp (1 hp lagi mmg khas utk contest). So, salah satu hp biarlah kecik. Sape pernah guna hp ni? NOKIA BUTTERFLY mmg antara hp paling kecik dan ringan keluaran nokia. 1st time aku guna hp ni masa aku further study lagi sekali kat U sekitar  2002. Masa tu hp butterfly punyalah mahal. RM700-RM800 gak.

 Hahahhh...aku tak bukak lagi cover plastic kat screen hp. Tanda baru guna. ngeh..ngeh...
 Cuba tengok charger hp ni. Punya menyusahkan aku nak charge. Supplier bg tau sbb charger ni ikut spesifikasi U.S. Satu hal nak kena cari plug yg sesuai kat market utk charger ni. And....aku jumpa charger lama hp dulu2 yg masih aku simpan. Selamat.... (aku kan suka simpan barang lama sampai jadi tukun)
Kecik tak saiz hp ni? berat dalam 80++ gram. Serius ringan. Tu yang aku cari gak hp ni. Tangan aku yang kecik pon still blh sembunyikan hp ni. Kalau tangan lelaki, dua hp ni blh genggam sekaligus. Aku beli hp ni hanya RM140 (hp baru tau). Tapi sikit punya lama order baru dapat. Mac order, Mei baru dapat.