Saturday, August 3, 2013

Hadiah raya yang sangat ohsem....

Sebelum berakhir Ramadhan, aku masih terima berita kemenangan dalam contest yang aku masuk. Syukur sangat-sangat.

 Antaranya ialah contest Pak Jacobs ni. Smlm 2 nama naik (nama sendiri dan proxy). Hadiah conso jer. Jadi ler dari takde langsung kan. Petua apa aku hantar pon tak ingat sebab semuanya aku hantar online je (kes malas tahap gaban le ni). Paling manis, aku menang berjemaah dengan kengkawan lain.

Ni contest paling best dan cepat dapat hadiah. Aku rasa, lps 2 minggu aku hantar form, aku dapat surprise dari Nestle. Aku dan suami sama-sama menang RM300 sorang untuk contest Detik Raya Terindah. Tau-tau je ada cek dalam box. Ni baru betul-betul duit raya ok. Contest ni tawarkan RM300x40 pemenang seminggu. Bakal berakhir 11 Ogos ni.

Sempat jugak aku masuk contest anjuran Tesco iaitu Tawaran Berganda Tesco. Korang pon boleh cuba. Dapatlah voucher Tesco RM100 atas nama sendiri, suami, kakak dan umi anak-anakku. Kiranya RM400 semuanya. Syukur sangat-sangat. Yang atas nama proxy, aku hadiahkan pada dorang. Atas nama encik suami, kena pindah pada aku. Hehehh....Next week masih ada masa untuk joint. 

KFC voucher pun aku menang beberapa ratus RM atas beberapa nama. Ni contest KFC 40th annivesary. Macam biasa, aku hadiahkan pada para proxy. Moga-moga ada rezeki lain buat aku lagi.

Sekarang tengah berjuang untuk contest Redbull. Setakat sampai 1/8, baru dapat kumpul dalam RM500. Bukan senang nak senang, terutama bab modal dan idea. Kerana Redbull, mau beberapa contest lain tergendala macam tu aje nanti. Huhu....apa-apa pun buatlah sekadar mampu.

Orang selalu tanya, aku tak buat keje part time jual kuih Ramadhan ni? Ermmm....dunia contest lebih serasi dengan aku. Walaupun tak sehebat otai-otai comper kat luar sana nun, tapi adalah rezeki sikit buat anak-anak. Ok, aku nak balik kampung Melaka sebelum beraya di Perak. 

Salam Syawal dariku sekeluarga buat kengkawan dan para pembaca....

5 comments:

  1. Replies
    1. Tq ayu. Tahniah jugak buat ayu yg mng hadiah lg ump dr jacob ;)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Tahniah sis...jeles saye...saye lagi malas nak join, mana nk dapat menang berjemaah cam akak. hehehe... so raya kat Perak nnt yer...maka tak jumpalah kita nnt. Apa2 pun, klau akak2 buat open house aka kenduri kendara jgn lupa roger2 yer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kema. Raya nnt kita kumpul kat sentul ek :)

      Delete