Friday, November 29, 2013

Penapis air Shaklee yang comel lagi awesome

Sebelum tu, rumah aku cuma guna penapis bertingkek-tingkek tu aje. Lepas tapis, kena masak pulak. Then, aku jumpa penerangan tentang penapis air Shaklee ni dari FB Puan Zefa. Lepas berbincang dengan dia dari Jun lagi, maka last week aku pun buat urusan jual beli dari dia (lamanya kan). Sebab modal takde sangat walaupun harga dia offer agak murah. 

Rata-rata yang aku tanya, harga penapis air ni RM368. Ada gak yang jual sampai harga RM460. Nape mahal sangat ek? Tapi dengan Pn Zefa, Insya Allah dia akan bagi harga yang JAUH LEBIH MURAH :). Percayalah cakap aku. So, agak-agak nak beli, boleh contact FB dia. (rasanya dia jual vitamin pun murah)

 Saje aku letak handphone kecik tu sebelah penapis air Shaklee. Nak tunjuk yang penapis ni cuma sebesar jug aje. Senang nak bawak ke hulu hilir. Tapi aku takde plak nak buat camtu kot sebab kat kampung semua guna penapis hebat-hebat (Penapis air Amway). Aku je ke belakang. Uhuk!! Tapi dah ada penapis ni, kira sangat bersyukur. yang penting, dapur gas aku dah jimat. Sebab lepas tapis, boleh terus minum. Dalam beberapa minit, penapis ni boleh tapis 5 liter air.
Yang ada warna hijau tu adalah penunjuk filter yang harus kita tukar bila dah sampai waktu. Tiap 80 gallon air, kena tukar filter. Kat sini yang aku suka sebab harga filter yang Pn Zefa jual pun lebih murah dari ahli Shaklee jual. Aku bukan niat nak menjual, sekadar pengguna biasa je. Apa-apa pun, kepada yang ada duit sekitar RM300, boleh dapatkan Pn Zefa untuk sesi runding-berunding bab jual beli penapis air ni :).

Tuesday, November 26, 2013

Voucher AEON setebal 1 buku cek

Jumaat lepas aku sekeluarga bertolak ke Kedah untuk bercuti. Masa ni plak aku dapat kol dari Encik GDEX ada surat dari Nestle. Semalam baru husband ke rumah kakak untuk ambil voucher AEON bernilai RM1k. Yang bestnya, voucher tu dipecah dalam nilai RM20. Bukan macam voucher Courts yang pecahannya RM100 x 10 sekeping.

50 keping voucher bernilai RM20. Aku rasa dah macam buku cek plak. Syukur alhamdulillah....boleh beli barang-barang keperluan anak-anak. Dan diri sendiri semestinya. Ngeh...ngeh....

Tuesday, November 19, 2013

Sponsor by Adabi

Kiranya 1st time dapur aku ditaja oleh ADABI. Memang tak termakan kalau tak dibahagikan dengan orang sekeliling. Sebabnya aku menang 2 kali atas nama sendiri (tempat ke-3) dan nama husband (tempat ke-2). Memang banyak okay. Ni aku menang dari contest yang sedang berlangsung Spice Routes TV3 Malaysia Musim ke-6

 Ni hamper aku.

 Ni aku baru amik semalam atas nama husband. Double dari hamper yang aku dapat. Terlalu banyak rempah ratus dan perencah, sampai aku malas nak susun macam hamper aku kat atas tu. Macam tokei Adabi dah. Paling best, berkoyan kopi dan tepung Adabi nan sedap tu
Sebelum buka, ni la rupa hamper. Dalam kotak tu, penuh barangan dapur Adabi.
Kesimpulannya, aku seolah-olah dapat tempat pertama coz menang 2 hadiah :). Syukur alhamdulillah....

Monday, November 11, 2013

Surah Al-Fajr....alunan yang menggetar jiwaku



Aku nak share video yang cukup buat aku nak tengok berulang kali. Boleh menitis air mata.... Lebih-lebih lagi bila kita faham maknanya (ada disertakan sekali)

Tuesday, November 5, 2013

Maal Hijrah---sambil dapatkan free perfume dari Avon bernilai RM89

Salam Maal Hijrah buat semua kengkawan semua. Moga doa kita semalam sebelum dan selepas Magrib seiring dengan diri kita.

Aku tertarik dengan tulisan seorang rakan di FB. Katanya:

Semalam saya mendengar Forum Bahaya Syiah di Masjid Negeri Shah Alam yang mana salah seorang panelisnya ialah Ustaz Nazmi Karim. 

Katanya cerita Nabi menyebut Ummati sebelum baginda wafat merupakan rekaan syiah semata. Tidak ada dalam kitab sirah yang muktabar bercerita tentang ini. Kisah ini banyak dikongsi di FB dan WhatsApp.

Nabi ada menyebut ummati sebanyak 2 kali. Pertama semasa hayat baginda dan kedua semasa di padang mahsyar nanti. Nabi wafat di riba Saidatina Aisyah. Tapi didalam cerita tersebut langsung tidak disebut tentang Aisyah. Ini kerana Syiah amat membenci Saidatina Aishah.

Cukuplah kita berpegang tentang cerita Ummati selama ini

Pagi ni sempena tahun baru, aku baru menang sebotol perfume "Only Imagine" dari Avon yang bernilai RM89. Sangat best.


Kalau nak joint, boleh KLIK SINI. Sehari ada had winner nya.