Bila anak-anak cirit atau muntah-muntah, biasanya doktor mesti bekalkan air garam ORS. Tapi anak-anak aku biasanya akan reject atau paling tidak pun, minum sekadar ambil hati je. Sejak aku kenal dengan 100 PLUS EDGE ni tahun lepas, aku memang beli dan bagi anak-anak minum. Minuman ni LANGSUNG TIDAK ADA GAS. Jangan risau.
Ini rupanya dan botolnya berbentuk heksagon, bukan bulat macam 100 plus biasa tu
Tapi satu perkara yang kena jaga ialah masa bagi anak-anak minum 100 PLUS EDGE ni. Jangan lah ambil jalan mudah dengan guna straw atau togok gitu-gitu aje. Tu yang lambat baik. Aku biasanya sediakan cawan plastik kat sebelah botol untuk anak-anak yang cirit/demam minum. Sebab orang kebanyakannya tak sedar yang cirit ni paling mudah berjangkit melalui peralatan makan/minum, tandas atau angin. Aku memang sangat jaga benda ni. Pasal tu aku prefer anak-anak tuang air ni dalam cawan dan minum. Lainlah kalau sekali minum tu habis sebotol.
Dettol Disinfectant Spray
Spray ni sangat penting untuk isi rumah. Harga kat Jusco yang botol kecik dalam RM11.90. Tempat lain mayb boleh dapat lagi murah. Ada 2 warna iaitu hijau dan biru. Tapi biru ni bau agak fresh. Disebabkan cirit dan muntah-muntah mudah berjangkit, aku akan spray tempat yang kena muntah. Lepas bersihkan tempat yang kena muntah, aku spray bagi elakkan jangkitan bakteria. Tiap kali anak yang terkena cirit dah gunakan toilet, siaplah. Memang aku akan spray toilet tu sebab famili lain akan guna toilet yang sama dan ada potensi terkena jangkitan.
No comments:
Post a Comment