Monday, July 21, 2014

Bantuan Hari Raya dari Febreeze ---> Freshness Makeover

Semalam wakil dari Febreeze febtogo.com datang ke rumah untuk buat Freshness Makeover yang encik suami menang. Lebih 10 orang datang. Start dari pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang. Lama sangat coz melibatkan shooting, interview, pembersihan seluruh rumah dan waktu untuk dorang break. Tak banyak gambar yang aku ambik coz penat tahap melampau termasuk layan karenah anak-anak. Encik suami sebagai "actor" utama dalam shooting ni.

 Sampai je, dorang bincang dulu dan buat pemasangan kamera dulu. Ni je, hampir sejam
 Antara wakil Febreeze yang best
 Untuk tujuan pengambaran, rumah kena nampak berselerak. Langsir dibiarkan lepas, yang dibuka terus pun ada, tilam pun kena nampak belum kemas. Kalau aku tau, aku tak kemas pagi tu (tapi segan plak).
 Alat untuk encik suami bercakap dipasang di bahagian poket
 Keadaan rumah sebelum kemas dan dibersihkan
 Testing...testing suara
 Antara team yang terlibat dalam pembersihan
 Tengok rakaman okay atau tak
 Ni orang Philippines. Ekceli, 3 wakil Philippines ni milik dari salah sorang team Febreeze. Segan plak aku coz all out dorang buat. 
 Pembersihan di ruang tamu. Ni agent yang dilantik Febreeze (baju merah polkadot tu tidak termasuk) :p
 Marmar tepi-tepi dinding pon dah putih berkilat (dalam gambar ni belum bersih lagi)
 Masa sesi interview. Masa ni badan dah penat sangat-sangat (padahal aku tak kemas pun). Sampai 1 tahap, minum air je mampu masa berbuka. Sahur baru makan nasi.
 Anak-anak dah macam terpaksa senyum coz kepenatan. Ye lah, time rumah dibersihkan, semua duduk luar. Shooting untuk interview pun makan masa gak coz ada gangguan buny motor dan kete. Paling kelakar bila ada sorang kakak ni jalan sambil gesek-gesek kasut. Bila kami semua pandang dia serentak, terus dia malu-malu :)
 Selepas dibersihkan....lupa nak amik gambar ruang dapur, toilet dan bilik
Candid! shooting untuk bukak small token. Salah 1 hadiah bernilai RM50 aku dah bagi orang lain atas sebab-sebab tertentu ;). Paling kelakar, berlakon part lepas rumah dibersihkan. Lepas upah aiskrim, baru anak-anak bagi komitmen balik. Huhu....

Apa-apa pun, aku rasa berbaloi sangat coz rumah dibersihkan sebelum raya minggu depan. Ini hadiah paling unik dan berharga aku pernah dapat sepanjang joint contest. Kalau video dah siap, aku upload nanti ek. Masuk TV atau idak pun, dia akan bagi tau. Sebab ada 3-4 orang yang terpilih untuk shooting dan service pembersihan. Ingatkan semua winner terlibat shooting. Tq Febreeze!!!

4 comments:

  1. Alhamdulillah, tahniah. memang unik dan best hadiah ni :D

    ReplyDelete
  2. Wahhh rezeki ramadan. Bes bes

    ReplyDelete
  3. Blogwalked!

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    ReplyDelete