Monday, October 20, 2014

Retis meningkat naik untuk iklan Joy

Baru aku perasan, tahun ni paling ligat dapat publisiti tak sengaja dari media cetak dan elektronik :p. Masa pertengahan tahun, rasa terkejut gak bila muka masuk semua paper utama gara-gara Majlis Anugerah Cemerlang. Walaupun ramai-ramai, tapi siyes rasa best. Hahahhh....bukan senang muka masuk semua paper.

Keratan berita harian pasal APC MAIWP. Kebetulan aku sorang je pakai tudung soft pink, senang ler sikit nak tengok kononnya.

Pastu aku dapat panggilan dari pihak sabun Joy. Buat video testimonial. Dia datang ofis dan buat immediate shooting sehari lepas aku setuju. Tiap hari Selasa since 3 minggu lepas, ada rancangan khas macam MHI, WHI dan Jom Singgah. Masa tu la iklan yang tayangkan testimoni aku pasal pengguna pencuci pinggan Joy dalam 10 saat. Syok tengok muka sendiri dan kawan-kawan dalam TV3 walaupun beberapa saat. Lagi best bila ulang-ulang tiap minggu.

 Muka gumbira kuar tibi :p
 Ni pon antara kawan opis yang dapat joint
 Dalam 5 orang antara kami yang buat testimonial untuk rancangan khas TV3 dengan Joy
Yang ni special sikit. Dapat offer siaran langsung dengan Maria Tunku Sabri dalam rancangan khas Jom Singgah. Lama jugak lah dia appear untuk rancangan khas ni.

Wednesday, October 8, 2014

Bila 8 BE dari nuffnang serang hampir serentak. Meh tengok Tips sempoi dapatkan BE

Income aku dari cik nuffnang tak banyak mana pun. Setahun 1-2 kali jer aku casah out. Tu pun dalam RM100++ or kurang. Sesuai dengan tahap kemalasan aku lately ni nak update blog. Jom tengok benda sempoi yang aku buat untuk dapatkan BE

1st sekali, pastikan akaun nuffnang sentiasa dalam keadaan Liplap aka Glitterati. Ini penting sangat. Ha....aku baru cash out RM63. Tu bukti aku cash out (tinggal singgit jek). Nak maintain, biasanya aku update jer Blogger Bio aku kat bahagian Survey. Sebulan sekali pun dah ok sangat. Pernah sekali cik Liplap aku ni hilang. Kelam kabut aku update Bio dan msg nuffnang. Mujur dapat balik dalam masa beberapa hari. Huhu....Seram mak

8 BE dari cik nuffnang yang masih on going. 

Tapi terus terang aku cakap, income tak berapa sangat. Mayb aku jarang update blog. Tapi kalau tengok kat keyword, blog kecik aku selalu dikunjungi untuk benda-benda berkaitan penyusuan, bersalin, tips keibubapaan dan seangkatannya. Lagi 1, pasal percutian. Aku jarang bercuti tapi kalau update, best gak tengok Uniques nuffnang. Percutian yang paling tinggi dapat perhatian (kononnya) ialah Salak Denai. So far, dah lebih 4000 yang view. Ok la tu kan untuk blog kecik cenonet ni.

Yang pasti, aku memang tak pro pasal nuffnang, yang basic2 jer boleh ler share. Sebab blog ni cuma hobi sampingan. Hobi utama aku tetap contest walaupun jarang menang :p. Teeett...


Tuesday, October 7, 2014

Cara padam atau buang gambar rumah anda dari Google Street View

Sekarang ni semua risau bila rumah kita boleh terpampang macam tu aje dalam internet by www.instantstreetview.com

Contoh tempat yang aku boleh google gambar dia

Kita memang senang terdedah dengan bahaya! Penjenayah boleh nampak jenis kereta yang kita pakai, berapa banyak buah kereta kita, pintu pagar selalu berkunci atau tidak dan macam-macam lagi maklumat. Dah takde privasi!

Ini adalah cara untuk memadam rumah kita dari Google Street View. Hanya ada 4 langkah sahaja.

1. Buka Google Maps
2. Taip alamat rumah anda, klik Street View pada butang kiri sebelah atas.
3. Kemudian klik Report A Problem pada bawah kanan, dan akan terpapar satu borang.
4. Pada pilihan ReQuest Dance Crew blurring:What would you like us to blur? pilih Home, dan taip alamat rumah dan seterusnya tekan butang Submit

Friday, October 3, 2014

D Hotel, Bandar Seri Iskandar~~~jiwa kacau kat sini :'(

Minggu lepas aku joint 1 kursus di D Hotel yang terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak. Kursus Pengurusan Emosi dari Persepektif Islam. Memang best. Antara kursus yang sangat banyak bagi impact (selain kursus Learning Quran by Jamiyah Singapore). 

Bilik hotel yang aku duduk simple but nice. Maklumlah hotel baru. Tq Mr Google. Lupa snap gambar. Makanan pun bagus untuk tambahkan kalori mak yang memang dah sama berat masa pregnant kan anak dulu :p. Ye lah, makanan pukul 4 petang pun agak berat (laksa Penang, mee rebus)


Ada 1 perkara yang aku agak terkesan. Macam terkena pada diri sendiri. Rasanya ramai pembaca pun terkena atau pernah lalui. Macam ni, cuba tengok video singkat kat bawah ni dulu.
How many passes does the team in white make?


Jawapan: 13

Cuba tengok lagi sekali. Masa korang kira tu, korang perasan tak ada beruang lalu antara pemain tu? Rata-rata jawapan TIDAK.

Macam tu jugaklah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kita boleh jadi seorang yang FOKUS pada keadaan sekeliling tapi selalu bukan seorang yang ALERT. Masa anak-anak ada kat sekeliling, banyak perkara yang dorang buat untuk tarik perhatian. Tapi kita anggap tu perkara kecik. Bila duduk jauh or anak-anak dah takde, automatik kita jadi PEKA & ALERT. Huhu...terasa aku lebih-lebih lagi pada perkara yang kita anggap remeh. Perkara-perkara besar or penting xde masalah tapi yang aku cakap lebih kepada benda sampingan tapi penting buat anak-anak.