Friday, October 3, 2014

D Hotel, Bandar Seri Iskandar~~~jiwa kacau kat sini :'(

Minggu lepas aku joint 1 kursus di D Hotel yang terletak di Bandar Seri Iskandar, Perak. Kursus Pengurusan Emosi dari Persepektif Islam. Memang best. Antara kursus yang sangat banyak bagi impact (selain kursus Learning Quran by Jamiyah Singapore). 

Bilik hotel yang aku duduk simple but nice. Maklumlah hotel baru. Tq Mr Google. Lupa snap gambar. Makanan pun bagus untuk tambahkan kalori mak yang memang dah sama berat masa pregnant kan anak dulu :p. Ye lah, makanan pukul 4 petang pun agak berat (laksa Penang, mee rebus)


Ada 1 perkara yang aku agak terkesan. Macam terkena pada diri sendiri. Rasanya ramai pembaca pun terkena atau pernah lalui. Macam ni, cuba tengok video singkat kat bawah ni dulu.
How many passes does the team in white make?

video

Jawapan: 13

Cuba tengok lagi sekali. Masa korang kira tu, korang perasan tak ada beruang lalu antara pemain tu? Rata-rata jawapan TIDAK.

Macam tu jugaklah yang berlaku dalam kehidupan seharian. Kita boleh jadi seorang yang FOKUS pada keadaan sekeliling tapi selalu bukan seorang yang ALERT. Masa anak-anak ada kat sekeliling, banyak perkara yang dorang buat untuk tarik perhatian. Tapi kita anggap tu perkara kecik. Bila duduk jauh or anak-anak dah takde, automatik kita jadi PEKA & ALERT. Huhu...terasa aku lebih-lebih lagi pada perkara yang kita anggap remeh. Perkara-perkara besar or penting xde masalah tapi yang aku cakap lebih kepada benda sampingan tapi penting buat anak-anak. 

No comments:

Post a Comment