Tuesday, June 7, 2016

Resepi-Resepi Popia Nestum dan Popia Cheese Terbaik Lagi Simple

Panjang nau tajuk entry kali ni. Sebab dah lama tak post pasal masakan. Dulu aku pernah post resepi popia kat SINI. Tapi kali ni aku nak post resepi popia yang lebih simple. Tak payah nak gulung bagai. Anak-anak pon boleh tolong buat, bukan tolong makan je kan. Popia keping macam ni lebih sedap makan banding yang gulung tu. Toksah cakap yang dinestum/dicheese ni aje sedap, makan kulit popia kosong gitu je pon dah sedap. Lepas try and error dari cik google, aku adjust sikit bagi betul-betul kena selera aku.

Memang sedap sangat! Resepi mudah, cara buat pulak sempoi. 

3 RESEPI POPIA 
Bahan asas:
Kulit popia digunting ala-ala papadom. Goreng hingga kekuningan, ketepikan. Aku suka kulit popia jenama KG
(Tips mudah potong kulit popia: Tarik sehelai-sehelai dulu. Susun dalam 3 keping, lipat-lipat dan gunting ala-ala papadom. Kalau korang tak tarik sehelai-sehelai dulu, punyalah payah nak bukak lepas gunting tu.

1). Popia Nestum Wow! Hahahh...nama kemain
Bahan:
3 sudu besar nestum
2 sudu besar horlicks (boleh gantikan dengan susu tepung)
1/2 sudu besar gula (lebihkan sikit kalau guna susu tepung)
(Campur semua, mesin kering. Gaulkan dgn kulit popia tadi)

2). Popia Wonder Cheese (Aku beli popia wonder cheese ni sebotol besar RM25).
4 sudu besar powder cheese
2 sudu besar nestum
(Campur semua, mesin kering. Gaulkan dgn kulit popia tadi)
‪#‎INIPALINGWOW

Kalau korang malas, boleh jer gaulkan kulit popia yang dah digoreng dengan powder cheese ni aje. Tapi sebab nak bagi lemak-lemak masin sikit, tu aku tambah 1 sudu nestum untuk setiap 2 sudu powder cheese.

Popia yang ditabur serbuk dari resepi Curry Cheese. Aku guna bekas berpenutup supaya senang nak balik-balikkan bagi rata.

3). Popia Curry Cheese Terangkat. Fuh!
2 sudu besar powder cheese
2 sudu besar kari daging
1 sudu besar nestum
1/2 sudu besar gula
(Campur semua, mesin kering. Gaulkan dgn kulit popia tadi)

Aku order online je powder cheese ni dari Ieman Cheese Powder Official. Sekarang pon dia tengah offer. 

Semua jenis popia ada dalam gambar ni. Bila botol kerepek pisang bertukar kepada popia nestum. Hahahhh. 1 paket besar kulit popia yang 40 keping tu, boleh dapat lebih kurang 4 balang besar. Memang untung la sape yang jual popia nestum/cheese ni. 

Modal popia nestum dan popia cheese (ikut harga Speed Mart99)
Kulit popia RM4.75
Nestum 250 gm RM3.95 (Boleh pakai banyak kali)
Powder Cheese 200gm RM13 (Boleh pakai banyak kali. Aku beli banyak-banyak sebab lebih murah dan jimat postage)
Horlicks 400 gm RM10.50 (Boleh pakai banyak kali. Nak jimat, guna je susu anak, rasa tetap sama dan sedap).
Barang-barang lain aku tak masuk modal sebab banyak je kat dapur. Bayangkan kalau buat projek popia nestum, siyes untung wei. Tapi aku buat makan je sebab tak larat nak gunting kulit popia. huahahhh. Dah simple pon banyak alasan lagi.

‪#‎sebalangtakcukup‬
‪#‎malasgulungsebabmacamnilagisedap‬

8 comments:

  1. Boleyh tahu tak serbuk cheese tu yang macam mana? And cheese apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada bagi link untuk dapatkan serbuk cheese (powder cheese) kat atas

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. saya dah try buat popia chees..... saya potong kulis popis bentuk empat segi... kulit popia tu saya goreng terus tanpa saya sapu apa apa pun... selepas di tos saya gaulkan dengaan serbuk.. masalahnya serbut tu tak melekat dengan cantik dikulit popia. lekat jarang jarang... nak buat mcm mn suopaya kulit popia tu melekat elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dah cara gorengnya. Biasa saya alami masalah serbuk TERLALU BANYAK melekat sebab minyak kadang-kadang tak ditoskan dengan elok. Mungkin boleh cuba dengan cara gaulkan dalam 2 genggam popia dulu supaya lebih senang nak ratakan. Kalau bekas berpenutup untuk gaulkan popia terlalu banyak atau penuh pon boleh buat tak berapa rata.

      Delete