Thursday, April 22, 2010

Konvo dulu-dulu

Gambar Konvo Kali ke-2


Bila aku belek-belek FB, aku terjumpa gambar aku masa zaman muda-muda dulu. Setiap kali konvo pasti arwah mak dengan babah datang. Masa ni aku tgh pregnantkan wardatul (4 bulan). Tahun 2005. Masa ni parent aku suka sangat sebab Sultan Kedah sendiri yang bagi scroll. Sebab masa konvo pertama dulu, cuma naib Canselor jer yg bagi :-). Konvo kali pertama dulu pun suami ada (tapi masa tu belum kawen lagi). Andaikata aku further study lagi, gambar konvo dah jadi tak lengkap....

Wednesday, April 21, 2010

Penat giler rasa!

Haider, Wardatul & Reezqi
Ni gambar terbaru anak-anak. Penatnya nak kejar abang. Rasa geram pun ada, nak gelak pun ada. Tiap kali flash kluar, masa tu la ler dia buat mcm2 aksi. Tau-tau jer nampak kepala botak dia aje. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Aksi poyos Haider

Sambil-sambil tu try template baru utk blog (tp ijau gak, apsal tah). Si kecik dah masuk 37 hari. Susu belum buat stok lagi. Peh! Saje cari pasal. Next week kena mula dah.

Sunday, April 18, 2010

Naikkan gaji saya bos! Kalau tak...

Pernah tak korang dengar ayat kat atas? Ada baur-baur ugutan sikit. Tapi benda ni memang benar-benar berlaku. Dek kerana rasa diri terlalu rapat dengan bos dan selalu dapat apa saje dia request, sorang staf ni (biar ku namakan Miss L) berani ugut majikannya. Maklumlah, staf emas.

Yang kelakarnya ayat ni ditulis dengan cantik dalam surat resign. Lebih kurang gini:
"Kalau bos tak nak saya berhenti, naikkan gaji saya RMxxxx. Wah! yg bagusnya kerja baru 2 bulan, dah demand. Banyak cantik! Tapi majikan Miss L ni bijak. Kebetulan ada majlis farewell untuk sorang staf lama. Staf yang kerja lebih dari setahun biasanya dapat hadiah. Tapi yg peliknya Miss L ni pun diberi hadiah. Terkejut Miss L bila namanya dipanggil untuk ambik hadiah. Kalau dah dapat hadiah, maksudnya kenalah blah. He..he.. Bijak bos Miss L.

Besoknya merayu-rayu mintak di rejectkan surat resign dia. Tapi tak boleh sebab kompeni tu ada ramai director. Mana boleh suka-suka ati tarik balik. Yang bestnya, minah ni sebenarnya saje-saje nak test market. Tapi lain plak jadinya. Moralnya apa korang rasa? :-)

p/s: kisah benar yg telah diolah jadi CERPENGAT (Cerita Pendek Sangat)

Dapatkan Backlink Percuma - MLM Backlink

Ada berita baru dari rakan blogger di blog Blog Internet Bisnis. Ternyata, MLM sekarang bukan hanya digunakan untuk cari duit saja sama ada dari bisnes online ataupun bisnes offline.
Di dunia blogger, sistem MLM ini juga digunakan untuk mendapatkan backlink yang banyak. Buat rakan-rakan blogger lain yang ingin menyertai MLM Backlink ini, silakan copy paste tulisan dibawah ini dengan mengikut syarat yang telah dibuat….

Yang pasti ianya PERCUMA … dan jom kita lihat seberapa dahsyatnya sistem MLM ini digunakan untuk backlink…

Siapa yang meragukan hebatnya MLM Backlink ini? Siapa yang menganggap remeh kehebatan penyebaran produk dengan pemasaran sistem Multi Level Marketing? Ok, saya ingin mencuba mempelawa anda semua untuk memanfaatkan kedahsyatan faktor kali dan kepantasan penyebaran ini dalam bentuk backlink.
Caranya sangat mudah.
Anda hanya perlu meletakkan link-link berikut ini di blog atau artikel anda:

1) Jurnal Pustaka Nilna
2) Blog Internet Bisnis
3) Bisnis Pulsa DBS
4) Bisnis2qta
5) Asral Enterprise
6) Fadhilahmj
7) JAMUMAN
8) Fajridil Adha
9) Ringan Kepala
10) Mummy's Luv and Life

Tapi ingat, sebelum anda meletakkan link diatas, anda harus membuang peserta nombor 1 dari senarai. Sehingga semua peserta naik 1 level. Yang berada di nombor 2 ditukar menjadi nombor 1, nombor 3 jadi 2, dan seterusya. Kemudian masukkan link anda sendiri di bahagian paling bawah (nombor 10).
Jika setiap peserta mampu mencari 5 orang saja, maka jumlah backlink yang akan diperoleh adalah
Ketika Kedudukan anda 10, jumlah backlink = 1
Kedudukan 9, jml backlink = 5
Kedudukan 8, jml backlink = 25
Kedudukan 7, jml backlink = 125
Kedudukan 6, jml backlink = 625
Kedudukan 5, jml backlink = 3,125
Kedudukan 4, jml backlink = 15,625
Kedudukan 3, jml backlink = 78,125
Kedudukan 2, jml backlink = 390,625
Kedudukan 1, jml backlink = 1,953,125

Dan semuanya menggunakan kata kunci (keyword) yang anda inginkan. Dari segi SEO anda sudah mendapatkan 1,953,125 backlink dan kesannya jika pengunjung web para downline anda mengklik link itu, anda juga mendapatkan traffik tambahan.

Jadi, silakan copy paste artikel ini, dan hilangkan peserta nombor 1 lalu tambahkan link blog/web anda di kedudukan 10. Ingat, anda harus bermula dari kedudukan 10 agar hasilnya dapat dimaksimumkan. Kerana jika tiba-tiba anda di kedudukan 1, maka link anda akan hilang begitu ada yang masuk ke kedudukan 10.
Selamat mencoba.. dan ayuh kita lihat bagaimana kesannya.

Thursday, April 15, 2010

Rambut Gugur Selepas Bersalin

Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?

Apa yang anda perlu ketahui:

* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.{mosimage}
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* elepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.

Untuk mengurangkannya:

* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus. (ini memang biasa aku buat)
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
(ini pun memang aku buat)
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabar! Sebab keadaan ini cuma sementara sahaja :-)

Wednesday, April 14, 2010

Kasihmu Seteguh Taj Mahal - Nilai Kasih Seorang Suami (Kisah Mak-Baba)

Ni merupakan kisah benar arwah mak dengan baba aku. Saat-saat terakhir dia sebelum dia pergi. Sedih aku baca nukilan kak ILA-ALI ni. Apalagi bila tengok gambar-gambar arwah semasa dia masih hidup. Korang boleh baca entry ni kat Kasihmu Seteguh Taj Mahal - Nilai Kasih Seorang Suami . Thanx kak sebab sudi tulis kisah ni. Aku sendiripun tak mampu nak tulis sebaik dia.

Tuesday, April 13, 2010

Di Mana Ranking Blog/Wesite Anda di Dunia?

Sekadar nak tau dan berkongsi je. Maybe korang boleh cuba tengok kat mana kedudukan atau ranking blog/website korang melalui The Web Information ni. Contohnya susuibu.com. Korang boleh tengok sendiri kat mana susuibu.com punya ranking dunia. Kalau korang ada info lebih baik macam mana nak tengok ranking ni, boleh kongsi kat sini. Dulu ada kawan ajar macam mana nak tengok sama ada kedudukan blog/website kita di dunia, Malaysia or mana-mana negara. Tapi dah lupa ler...

Buku Merah: Faham ke Apa Doktor Tulis?

Tiap kali pergi hosital atau jumpa doktor, mesti semua ibu mengandung bawa buku merah ni. Tah apa-apa doktor tulis pun kadang-kadang kita tak faham. So, meh kita kongsi maksud tulisan doktor ni sama-sama (aku ambil dari buku panduan penjagaan ibu dan anak). Dulu aku sendiri pun salah tafsir apa doktor tulis. Pelik gak kenapa mesti ada perkataan TCA :-)

AA: Ujian hepatitis
AFP: Alfa fetoprotein
Alb: Albumin (sejenis protein) yg ditemui dlm air kencing
BP: Tekanan Darah
Br: Bayi songsang
C/Ceph Bayi dlm kedudukan normal (kepala ke bawah)
atau Vx:
CS: Bahagian caesarean
E/Eng: Kepala bayi dlm kedudukan sedia untuk dilahirkan
EDD/EDC: Tarikh jangkaan kelahiran/tempoh bersalin
Fe: Zat besi tambahan yg ditetapkan
FH: Jantung fetus
FHH/H: Jantung fetus kedengaran
FHNH: Jantung fetus tidak kedengaran
FMH: Pergerakan fetus dirasakan
Fundus: Bahagian atas rahim
Hb: Tahap hemoglobin dalam darah (untuk menguji anemia)
H/T: Tekanan darah tinggi
LMP: Kitaran haid yg akhir
MSU: Sampel air kencing aliran tengah
NAD/nil: Tiada yg luar biasa ditemui dlm air kencing
NE: Kepala bayi belum dlm kedudukan sedia untuk dilahirkan
Oed: Edema (bengkak)
Para O: Perempuan yg tidak mempunyai anak lain
PET: Praeklampsia
Penyampaian: Kedudukan ke atas dan melengkung bayi
Primigravida: Kehamilan pertama
Kaitan antara Kaitan antara bahagian bayi yg dilahirkan dahulu dengan bibir pelvik
PP dgn bibir:
SFD: Kecil untuk tarikh
TCA: Datang lagi
TCI: Datang ke hospital
Tr atau +: Kesan ditemui
U/S: Ultrasound
VE: Pemeriksaan faraj
WR/KAHN: Ujian untuk siflis

Monday, April 12, 2010

Senaman Selepas Kelahiran

Di syorkan untuk memulakan senaman pada hari pertama selepas kelahiran biasa. Anda boleh juga memulakan senaman semasa anda berbaring dikatil.

Cuba cara-cara berikut: :
• Gerakan kaki keatas dan kebawah, 10 kali.
• Gerakan kaki secara pusingan, 10 kali.
• Senaman tarik nafas dalam, 3 kali.

Ulang senaman ini 3 kali sehari.

Bila anda bertambah baik anda boleh megubah kedudukan( baring, duduk,dan berdiri )semasa bersenam:
• Kuncupkan otot-otot pelvis anda, rasakan kontraksi dan relaks ,5 kali.
• Kuncupkan perut dan relaks 5 kali.
• Kuncupkan otot punggung, relaks 5 kali.

Bergantung kepada kebolehan dan keupayaan, anda boleh meneruskan seperti berikut:
• Meniarap dengan melapikkan satu atau dua bantal dibawah pinggul, kuncupkan perutdan relaks - 5 kali
• Meniarap, kuncupkan otot pelvis - 5 kali
• Meniarap kuncupkan otot punggung, relaks - 5 kali
• Senaman untuk menguatkan otot belakang

Tapi kalau ada yang beli buku PENJAGAAN IBU & ANAK oleh Elizabeth Fenwick dan Terbitan Pelangi Sdn Bhd, lagi bagus sbb ada siap dengan gambar sekali. Penerangannya pun jauh lebih baik. Buku ni macam-macam info ada, start dari Kehamilan dan Kelahiran, Penjagaan Bayi (penyusuan, lampin, perkembangan bayi dll) dan Penjagaan Kesihatan. Kalau ada masa, saya try upload gambar muka depan buku ni. (buku kat saya ni pun cetakan tahun 2002 punya. mayb yg latest punya ada tambahan yg lebih advance)

Beautiful Award


Beberapa hari lepas saya dapat award dari Hazu tapi baru hari ni sempat update. Thanx to Hazu coz ni 1st time dapat award gitu :-).

Friday, April 9, 2010

Kesan Zikir Kepada Otak

Otak berfungsi melalui aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia beroperasi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Thursday, April 8, 2010

Kenangan Terindah Dari-Nya...

Antara gambar kenangan terbaru arwah mak dgn baba sebelum dia jatuh sakit dulu.

Khasiat ASMAUL HUSNA

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.

1. Allah

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah

5. Al-Quddus - Maha Suci

Bacaan seterusnya...

P/s: Buat semua dan juga diri sendiri. Bukan setakat maksud tapi juga kelebihan di sebalik nama-nama Allah.

Sunday, April 4, 2010

Akhirnya dia pergi....

29/3/2010.... tarikh paling duka buat aku sekeluarga. Lepas 6 bulan mak koma dan keluar masuk ICU HKL/Melaka, akhirnya dia pulang ke Rahmatullah pada 7.02 mlm. Dia pergi selepas 2 minggu aku lahirkan Reezqi. Aku rasa macam dia masih ada. Masih terbayang kat mata saat dia dimandikan dan kali terakhir aku cium dia.... Rasa nak rebah aku. Aku rindu sangat kat arwah mak. Dah hampir seminggu dia pergi. Moga rohnya dicucuri Rahmat dari-Nya.