Pernah tak korang dengar ayat kat atas? Ada baur-baur ugutan sikit. Tapi benda ni memang benar-benar berlaku. Dek kerana rasa diri terlalu rapat dengan bos dan selalu dapat apa saje dia request, sorang staf ni (biar ku namakan Miss L) berani ugut majikannya. Maklumlah, staf emas.
Yang kelakarnya ayat ni ditulis dengan cantik dalam surat resign. Lebih kurang gini:
"Kalau bos tak nak saya berhenti, naikkan gaji saya RMxxxx. Wah! yg bagusnya kerja baru 2 bulan, dah demand. Banyak cantik! Tapi majikan Miss L ni bijak. Kebetulan ada majlis farewell untuk sorang staf lama. Staf yang kerja lebih dari setahun biasanya dapat hadiah. Tapi yg peliknya Miss L ni pun diberi hadiah. Terkejut Miss L bila namanya dipanggil untuk ambik hadiah. Kalau dah dapat hadiah, maksudnya kenalah blah. He..he.. Bijak bos Miss L.
Besoknya merayu-rayu mintak di rejectkan surat resign dia. Tapi tak boleh sebab kompeni tu ada ramai director. Mana boleh suka-suka ati tarik balik. Yang bestnya, minah ni sebenarnya saje-saje nak test market. Tapi lain plak jadinya. Moralnya apa korang rasa? :-)
p/s: kisah benar yg telah diolah jadi CERPENGAT (Cerita Pendek Sangat)
No comments:
Post a Comment