Keguguran rambut adalah masalah biasa wanita selepas beberapa bulan bersalin. Kenapa ia terjadi dan bagaimana mengelakkannya?
Apa yang anda perlu ketahui:
* Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
* Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.{mosimage}
* Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
* Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
* Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
* Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
* 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
* Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
* Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
* elepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
* Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus. (ini memang biasa aku buat)
* Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
* Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
(ini pun memang aku buat)
* Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
* Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
* Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
* Bersabar! Sebab keadaan ini cuma sementara sahaja :-)
No comments:
Post a Comment