Tuesday, December 14, 2010

Punca Keracunan: Zon Suhu Bahaya Makanan!!!

Sempena kursus yg aku attend, aku nak kongsi beberapa info. Hari ni aku nak kongsi dulu mengenai bakteria yang sentiasa ada sekeliling kita. Bakteria akan membiak cepat dalam zon suhu +5 darjah hingga 60 darjah celsius.  Zon suhu ini amat bahaya kepada bahan makanan dan ia digelar Zon Suhu Bahaya". Sekiranya kita membiarkan hidangan yang telah dimasak dalam zon suhu ini, selepas 2 jam, kemungkinan bakteria telah membiak begitu cepat dalam makanan. Syarat 2 jam ini paling penting. Sekiranya Zon Suhu Biasa ini diabaikan, risikonya amat tinggi. Kita kerap kali dengar keracunan makanan di kantin-kantin sekolah tetapi pengetahuan tentang “Zon Suhu Bahaya” tidak dipedulikan. Kantin Sekolah jarang dibekalkan dengan “BinMerry” (pemanas hidangan )untuk menghindarkan Zon suhu bahaya ini. Imunisasi kanak-kanak terhadap bakteria bahaya rendah dari orang dewasa. Sepatutnya semua pengendali kantin sekolah perlu beri perhatian yang berat tentang perkara “Zon Suhu Bahaya”.


Tanda-tanda khusus keracunan makanan bergantung kepada jenis bakteria atau organismanya seperti:

Keracunan oleh bakteria
  • Campylobacterosis disebabkan oleh bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat dalam ayam mentah, daging dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas makan. Selain dari tanda-tanda umum, pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.
Toksin


  • Cirit-birit yang dialami oleh pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau E. coli yang boleh menghasilkan toksin.Penyakit ini berlaku kerana penyediaan makanan dan air tidak bersih. 
  • Cereus disebabkan oleh bakteria bacillus cereus.Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan. Bagaimanapun, keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam.
  • Cholera disebabkan oleh bakteria vibro cholera yang terdapat dalam ikan, kerang, kupang dan jenis-jenis siput yang ditangkap di kawasan air yang tercemar. Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas makan dan boleh bermula dengan cirit-birit ringan dan seterusnya maut akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk.
  • Gastroenteritis disebabkan oleh Yersinia enterocolitica, sejenis bakteria yang terdapat dalam daging, air, sayuran mentah dan susu tidak pasteur.Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda umum, demam dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema. Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi. 
  • Listeriosis kerana bakteria Listeria monocytogenes. Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut. Tanda penyakit termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup bulan bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang.
  • Shigeliosis atau Disenteri disebabkan oleh bakteria Shigella sp., tanda- tanda bermula dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum, darah, nanah atau lendir boleh terdapat dalam najis.
  • Salmonelosis. Keracunannya disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24-48 jam. 
  • Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi. Keracunan jenis ini sering berlaku. Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan sehingga 24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum. 
 E-Coli
Staphylococcus aureu
Cereus
Bakteria Cholera

Monday, December 6, 2010

Jangan Perlekeh Jasa Bapa


Seorang ayah mempunyai darjat tinggi dalam keluarga dan lelaki yang tugasnya mencari nafkah serta membahagiakan anak isteri tidak seharusnya diperlekehkan begitu saja, sebaliknya wajar diberi penghormatan.
Meskipun ibu lebih dimuliakan selaras sabda Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan syurga di bawah tapak kaki ibu, ayah juga perlu diangkat seumpamanya kerana peranan dimainkan selaku ketua dan pemimpin dalam keluarga. Umat Islam sekarang seharusnya mengambil kira perkara berkenaan sebagai asas utama menjadi seorang anak yang baik dan menghormati kedua-dua orang tuanya.
Jika dinilai dari perspektif agama, kita sebagai umat Islam perlu menilai bapa sebagai peluang untuk meningkatkan ibadat kepada Allah s.w.t, yakni dengan berbuat baik kepadanya, menabur bakti dan membalas jasa kerana ini cara kita mendapat pahala. 
Jangan sesekali kita jadi lupa diri pada jasa seorang bapa yang telah banyak berkorban untuk keluarga. Begitu juga jasa seorang ibu yang tak pernah berkira tentang masa, wang dan segala yang telah dikorbankannya. Paling penting, jangan mudah bersangka buruk pada ayah dan ibu. Sekali hati mereka terluka, tentu kita akan menyesal seumur hidup, apa lagi jika satu hari nanti mereka juga akan meninggalkan alam yang fana ini....

Maal Hijrah 1432 Dari Hospital

Dengan keadaan Haider yang masih belum baik sepenuhnya dari cirit, nampaknya Hospital jadi tempat aku menyambut Maal Hijrah. Jangkaan paling dekat yang doktor bagi untuk keluar pun cuma besok. Mintak-mintak aku dan anak dapat keluar dari sini. Dari wad 10, aku berpindah ke wad 11 dan hinggalah wad paling dekat dengan kaunter utama (depan sekali). Kiranya 3 kali aku bertukar wad.

Bercakap pasal Maal Hijrah, walau di mana kita berada rebutlah peluang yang datang setahun sekali ni. Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Temujanji SMS di PUSRAWI

Aku rasa cukup susah kalau nak call untuk buat or tukar appointment kat PUSRAWI ni. Kalau nasib baik, sekali dail terus dapat. Kalau tak, tunggu lah sampai kredit habis. Bila aku masuk website dia, aku terjumpa satu maklumat yang cukup berguna iaitu buat appointment by SMS. So, kat sini aku tempekkan apa yang ada dalam website tu:

TEMUJANJI SMS  

Pelanggan Yang Dihormati,

Dimaklumkan Hospital PUSRAWI Sdn Bhd menggunakan sistem SMS (perkhidmatan pesanan ringkas) bagi membolehkan tuan/puan membuat / menukar / membatalkan temujanji dengan Doktor.  Sila ambil maklum berkaitan bagaimana hendak menggunakan sistem ini.

1.  Untuk membuat temujanji, sila taip:  
ruang ruang ruang ruang ruang**

2.  Untuk menukar tarikh atau masa temujanji, sila taip:
ruang ruang ruang ruang

3.  Untuk membatalkan temujanji, sila taip:
ruang ruang ruang ruang

4.  dan hantar kepada:  012-648 5001*.Tuan/puan akan dimaklumkan oleh pihak kami melalui SMS berkaitan temujanji.

Contoh SMS: 
NEW AP 760029029990 06052008 1430 DR SALLEH; atau
CHGE AP 760029029990 06052008 1430 DR SALLEH; atau
CNCL AP 760029029990 06052008 1430 DR SALLEH


dan hantarkan kepada 012-648 5001*.

PIHAK PENGURUSAN HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD
setiap SMS akan dikenakan caj RM0.05 bagi talian Maxis dan RM0.15 bagi talian lain



dan kat bawah ni maklumat tambahan yang aku dapat dari website tu jugak. Bukan apa, ramai yang keliru pasal cawangan PUSRAWI. Contohnya Hospital Bersalin PUSRAWI Kota Damansara bukan cawangan PUSRAWI Jalan Tun Razak. Ni yang aku jumpa:



PERHATIAN !!!
HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur  hanya mempunyai 3 cawangan iaitu:- 
  1. Klinik PUSRAWI Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  2. Klinik PUSRAWI Taman Permata, Kuala Lumpur
  3. Klinik PUSRAWI Anjung Felda, Kuala Lumpur
HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur TIADA KAITAN dengan mana-mana hospital, klinik atau farmasi selain yang dinyatakan di atas.

Sunday, December 5, 2010

Suction Medela Harmony Tak Best Dah. Kenapa???


Since last week aku ada masalah dgn Harmony aku iaitu suction dah tak kuat. Aku dah pastikan komponen diafgram kering terutama yang melekat bawah handle kuning putih tu. Yg lain2 pun sama. Bila pump, kdg2 ada bunyi berdesir. Membran masih elok dan cantik. Aku tak tau apa perlu buat lagi. Dah la duk kat hospital, lagi risau bila pump buat hal. Nak dapatkan sebotol (5oz) pun amik masa hampir 1/2 jam. Padahal breast terasa penuh. Sebelum ni dalam masa 15 minit dah siap. Aku sengaja letak gambar Harmony berlabel supaya senang nak bg tau tang mana ada masalah.

Saturday, December 4, 2010

Warded: Pass Baton Kakak-Adik

Sejak Isnin lagi aku stay kat Pusrawi ni. Dah macam chartered hospital plak. Start dari kakak warded sampailah ke Haider. Keje ke mana, kursus ke mana. Semuanya gara-gara cirit dan muntah-muntah serta demam panas. Paling kesian Reezqi. Dengan bekalan susu tak seberapa, memang aku kesian sangat kat dia. Dia pun kena cirit dan muntah-muntah. Baru beberapa hari ni dia cuma cirit jer. Dengan bekalan beberapa ubat, dia duduk di rumah uminya. Setiap mlm, ayahnya akan bawa jumpa aku sekejap dan bawa balik bekalan susu untuknya sekali. Hari ni tak dapat jumpa dia atas sebab tertentu.

Kakak warded Isnin petang. Petang Khamis discharge, Haider plak warded. Masa datang amik kakak, Haider muntah teruk sangat. Tujuan bawa dia sekali ke hospital sebab nak bawak jumpa doktor sebab cirit. Tapi lain plak yang jadi. Result darah menunjukkan ada virus dan bacaan darah putih dah tinggi. Patut dia sakit perut dan muntah-muntah. Troli baju yang baru aku simpan dalam kereta, terpaksa bawak keluar balik. Berlaku selepas 2 jam kakak discharge! Sampaikan nurse di kaunter Ar-Raihan pun terkejut. Termasuk patients lain yang aku bye2 masa balik sebelum tu pun terkejut. Last-last aku gak yang tak balik-balik sampai sekarang.

Hari ni jer dah 11 kali Haider cirit. Kes kakak lebih mudah. Disebabkan asyik muntah-muntah, kuman lebih mudah keluar. That's y dalam masa sehari dia dah nampak segar. Tapi Haider agak teruk. Lps stop muntah, hanya melalui cirit jer cara nak buang kuman. Lps maghrib tadi baru doktor bagi ubat kurangkan cirit. Cuma aku agak lega sebab hari ni demam dia tak teruk sangat. Kalau tak, asyik 39 darjah tiap 5 jam.

Malam ni jugak sepupu dia pun warded. So duduk sebelah katil Haider. Bila bukak tirai tengah, dah nampak macam master bed room. Aku harap anak-anak aku sihat semula secepat mungkin. Tak sabar nak tidur peluk Reezqi. Sekarang ni cuma Medela Harmony yang bantu aku terus bekalkan susu utk dia. Tapi kenapa suction dah macam tak kuat ye? Adakah aku perlu tukar breastshield (softfit breastshield)?

Thursday, December 2, 2010

Adakah Anak Anda Ada Masalah Membaca

Disleksia ialah sejenis kecelaruan membaca, iaitu gangguan pembelajaran paling umum di kalangan kanak-kanak. Keadaan ini bukan disebabkan masalah penglihatan atau kurang pendidikan awal, tetapi dipercayai berpunca daripada keabnormalan dalam otak yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk membaca. Seorang kanakkanak menghadapi risiko disleksia yang lebih tinggi jika ada ahli keluarganya yang lain mengalami masalah yang sama.


Kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin kelihatan biasa atau pintar apabila bercakap, tetapi mengalami masalah membaca dan menulis. Justeru, dia mungkin mendapati sukar untuk belajar, menyebabkan keputusannya kurang memuaskan di sekolah. Lambat-laun kanak-kanak ini mungkin terasa dirinya “bodoh”, resah, kurang keyakinan diri, atau mengalami masalah emosi lain.
Jika tidak dirawat lebih awal, ia boleh menyebabkan kanak-kanak tidak mencapai potensi penuhnya, dari segi akademik atau sosial. Namun, jangan salah anggap bahawa kanak-kanak disleksia itu “bebal”. Sebaliknya mereka sering menunjukkan bakat dalam bidang lain, seperti muzik, sukan dan seni.

Tanda Penting

Disleksia ialah masalah sepanjang hayat. Namun begitu, keadaan ini tidak seharusnya menjadi sumber keresahan anak anda atau menjadi penghalang kejayaannya. Dengan intervensi awal, kanak-kanak disleksia boleh belajar untuk mengatasi masalah ini dan mencapai kejayaan di sekolah dan juga dalam kehidupan. Justeru, anda digalakkan untuk mengenali tanda umum untuk mengesan disleksia di peringkat awal hidupnya.
Berbincanglah dengan doktor anda jika:
  • Keluarga anda mempunyai sejarah disleksia.
  • Keupayaan membaca anak anda berada jauh di bawah tahap yang dijangkakan bagi usianya.
  • Mendapati tanda masalah pembelajaran di atas pada anak anda.

Doktor akan merujukkan anda kepada pakar psikologi atau pakar lain untuk menjalankan penilaian formal terhadap anak anda untuk mengesahkan disleksia.

Bantuan untuk Disleksia

Apabila disleksia disahkan, doktor atau ahli psikologi biasanya akan mengesyorkan program pendidikan pemulihan bagi kanak-kanak terbabit. Program khas untuk individu disleksia ini membabitkan guru terlatih khas atau pakar bacaan untuk mengajar teknik dan strategi khusus bagi membantu mereka belajar membaca, menulis, mengeja dan memahami bahasa dengan lebih baik. Kanak-kanak disleksia boleh belajar seperti rakan sedarjahnya yang lain apabila dia mengamalkan teknik dan strategi tersebut.
Sokongan dan galakan ibu bapa boleh mencepatkan lagi proses pembelajaran anak mereka yang mengalami disleksia. Ibu bapa boleh memperkukuh segala yang dipelajari dengan kerap membaca kepadanya dan juga memberinya masa untuk membaca seorang diri atau bersama. Lebih penting lagi, jadikan aktiviti membaca menyeronokkan dengan memilih bahan bacaan yang menarik minatnya. Dan galakkan anak menyertai kegiatan yang dilakukannya dengan baik, seperti melukis, muzik, drama atau bersukan.

Belajar menerusi Bermain

Belajar membaca mungkin lebih berkesan apabila membabitkan permainan. Cubalah permainan berikut:
  • Main makan perkataan. Perkenalkan perkataan baru kepada anak menggunakan biskut abjad. Dia dibenarkan makan biskut apabila menyebut perkataan dengan betul.
  • Main sorok. Tulis perkataan atas kertas dan sembunyikan di sekeliling bilik. Apabila anak anda menemui perkataan kertas yang disorok, suruh dia baca perkataan yang tertulis. Ini akan membantunya mengingati perkataan tersebut.
  • Mencari harta karun. Sembunyikan sesuatu barang (contoh mainan kegemaran anak) dan buat beberapa nota bertulis untuk memandunya mencari barang yang tersembunyi itu. (contohnya pergi ke dapur, lihat di bawah meja, lihat di dalam laci). Ini membantunya membaca dan mengikut arahan.