Sejak Isnin lagi aku stay kat Pusrawi ni. Dah macam chartered hospital plak. Start dari kakak warded sampailah ke Haider. Keje ke mana, kursus ke mana. Semuanya gara-gara cirit dan muntah-muntah serta demam panas. Paling kesian Reezqi. Dengan bekalan susu tak seberapa, memang aku kesian sangat kat dia. Dia pun kena cirit dan muntah-muntah. Baru beberapa hari ni dia cuma cirit jer. Dengan bekalan beberapa ubat, dia duduk di rumah uminya. Setiap mlm, ayahnya akan bawa jumpa aku sekejap dan bawa balik bekalan susu untuknya sekali. Hari ni tak dapat jumpa dia atas sebab tertentu.
Kakak warded Isnin petang. Petang Khamis discharge, Haider plak warded. Masa datang amik kakak, Haider muntah teruk sangat. Tujuan bawa dia sekali ke hospital sebab nak bawak jumpa doktor sebab cirit. Tapi lain plak yang jadi. Result darah menunjukkan ada virus dan bacaan darah putih dah tinggi. Patut dia sakit perut dan muntah-muntah. Troli baju yang baru aku simpan dalam kereta, terpaksa bawak keluar balik. Berlaku selepas 2 jam kakak discharge! Sampaikan nurse di kaunter Ar-Raihan pun terkejut. Termasuk patients lain yang aku bye2 masa balik sebelum tu pun terkejut. Last-last aku gak yang tak balik-balik sampai sekarang.
Hari ni jer dah 11 kali Haider cirit. Kes kakak lebih mudah. Disebabkan asyik muntah-muntah, kuman lebih mudah keluar. That's y dalam masa sehari dia dah nampak segar. Tapi Haider agak teruk. Lps stop muntah, hanya melalui cirit jer cara nak buang kuman. Lps maghrib tadi baru doktor bagi ubat kurangkan cirit. Cuma aku agak lega sebab hari ni demam dia tak teruk sangat. Kalau tak, asyik 39 darjah tiap 5 jam.
Malam ni jugak sepupu dia pun warded. So duduk sebelah katil Haider. Bila bukak tirai tengah, dah nampak macam master bed room. Aku harap anak-anak aku sihat semula secepat mungkin. Tak sabar nak tidur peluk Reezqi. Sekarang ni cuma Medela Harmony yang bantu aku terus bekalkan susu utk dia. Tapi kenapa suction dah macam tak kuat ye? Adakah aku perlu tukar breastshield (softfit breastshield)?
No comments:
Post a Comment