Friday, January 13, 2012

Riba dan pekerja bank

Sambungan kisah dalam kitab "Al-Israa' wal Mi'raaj". Perkara lain yang Rasulullah SAW lihat ialah kumpulan lelaki dan wanita yang diberi minum dengan nanah dan danur, setiap kali dia memasuki perut mereka, lalu terkoyaklah kulit2 mereka, kemuadian sembuh semula. Rasulullah SAW bertanya "Siapakah mereka ini wahai saudaraku Jibril?". Dia menjawab "Mereka ini ialah orang-orang yang memakan riba (juga termasuk urusan yang memberi, mengurus, menjadi saksi dan lain-lain urusan yang ada hubungan dengan riba)".

Dalam persoalan riba, Nabi SAW menegaskan, maksudnya "Allah telah mengutuk pemakan riba, orang yang memberi makan orang lain dengan hasil riba dan para penulis (kerani atau pegawai yang menguruskan urusan riba), saksi dan semua mereka yang terlibat dalam urusan riba.
(Riwayat Imam Muslim)

Automatically kepala aku terfikir sedikit sebanyak kita memang terlibat dgn riba (beli kete, rumah dan segala bagai). Apalagi kerja di bank. Mungkin kalau nak jadi akauntan/juru audit, boleh pilih syarikat biasa... Wallahua'alam.

Wednesday, January 11, 2012

"Hadiah" buat penyanyi wanita


Dalam kitab "Al-Israa' wal Mi'raaj", antara perkara yang Rasulullah SAW lihat ialah kumpulan wanita dirantaikan dengan rantai-rantai daripada api, dan mulut mereka dibukan lalu menyalalah api keluar daripada perut mereka. Rasulullah SAW bertanya "Siapakah mereka ini wahai saudaraku Jibril?". Dia menjawab "Mereka ini ialah wanita-wanita penyanyi yang giat dan gigih (menyanyi) tanpa bertaubat."

Penyanyi wanita ini termasuklah para penyair yang alunkan suara mereka mendayu-dayu. Jadi, janganlah menangis kesedihan bila anak kita tak dapat masuk mana-mana program realiti nyanyian atau mana-mana pertandingan nyanyian ek. Baik menangis sebab gembira bila dia gagal terpilih. Walau bertudung, suara tetap aurat gitu.

Monday, January 9, 2012

Merangkak elak kanak-kanak kencing malam

Aku nak kongsi satu lagi perkara iaitu pasal MERANGKAK. Dah lama aku simpan info ni tapi lupa nak share kat tempat biasa ni. Aku pernah attend satu kursus berkaitan kanak-kanak last year. Antara topik mearik ialah tentang kebaikan merangkak. Setiap pagi/petang/malam (kalau tu jer sempat), ajak anak-anak kita merangkak. Main kejar-kejar sambil gayakan bunyi harimau pun boleh. Jangan merangkak biasa-biasa. Langsung takde daya tarikan. Hidup biar kreatif. Kat taska pun boleh cuba lakukan tiap-tiap pagi.

Sebab antara kebaikannya ialah dapat mengelak kanak-kanak dari kencing malam! Merangkak ni juga satu proses mengkoordisikan otak kiri dan kanan. Contohnya, masa merangkak, tangan kiri bayi ke depan dan pada masa yang sama kaki kanan dia juga ke depan.

Merangkak ni juga buatkan tulang belakang kanak-kanak ni kuat. Jangan sesekali bagi walker. Memang ada yang cakap walker buatkan kanak-kanak cepat jalan. Tapi kalau setakat cepat jalan, lepas tu mudah nak jatuh, baik elakkan. Cuba tengok, ada kanak-kanak mudah sangat nak tersungkur dalam tempoh yang kerap. Kalau sebulan dua berlaku tu ok, tapi kalau dah 2 tahun pun masih kejap2 tersungkur, ini salah satu sebab walker (selalunya). Anak-anak aku memang tak guna walker. (walker yang orang bagi ada). So, lepas ni mari ajak anak-anak kita merangkak selalu (aku pun kena buat gak ni, selalu lupa).

p/s: seronok bila kursus KAAK lulus dgn target yg kita nak.

Sunday, January 8, 2012

Merawat sendi dengan lafaz

Last month aku jumpa Dr. Asmah Yun. Sebelum jumpa dia, aku buat fisioterapi tangan kanan aku yang ada sikit masalah. Aku tak ingat apa Dr Ozlan panggil nama sakit sendi kat pergelangan tangan ni. Tapi aku baru sempat buat 3 kali fisio. Ada 3 method fisio aku guna. Satu, interferential therapy yang menggunakan getaran letrik (rasa ala2 semut gitu masa proses fisio), pastu aku pernah guna cara terapi lilin (celup tangan dalam lilin suam. masuk celupan kali ke10, aku rasa perit gak tapi lega rasa sakit tu) dan akhir ialah menggunakan infra red. Sebenarnya terapi pertama aku cuba infra red ni lah.

Berbalik pada cerita aku jumpa Dr Asmah Yun, dia ada menegur kenapa aku buat fisio petang tu (biasanya dokumen dari semua doktor disatukan dalam fail pesakit). Aku pun bagi tau apa yang berlaku. Semuanya gara-gara menyusukan anak sambil beralaskan lengan. Kalau tahun lepas sampai terpaksa ambil suntikan steroid, kali ni doktor cuba fisio dan gel khas. Jadi Dr. Asmah pun ada kongsi sesuatu dengan aku. Meh kita tengok:
"Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?
(Asy-Syu'araa' 26:130)


"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.
(Asy-Syu'araa' 26:131)

Ayat tersebut boleh dibaca sambil urut kat bahagian sendi yang sakit. Jadi, lepas sapu gel khas aku baca ayat kat atas berulang-ulang (boleh guna apa2 minyak pun masa urut hatta minyak kelapa/Johnson). Yakinlah dengan apa kita buat. Insya Allah. Tangan aku walaupun belum sembuh sepenuhnya tapi sekurang2nya rasa sakit tu tak lah teruk macam dulu. Buat masa ni, inilah fisio yang sempat aku buat. Kalu ada masa, bulan ni aku tekan no giliran kat pusrawi ye. Dan aku ada jumpa seseorang yang istimewa masa jumpa Dr. Ozlan. Sape dia? Nanti aku ceritalah. Dia juga ada kongsi tentang satu benda yang boleh merawat kanak-kanak malas dan merokok.

Saturday, January 7, 2012

BPA punca lelaki lembut

Aku sejak 3-4 tahun lepas mmg guna botol BPA free. Cuma anak sulong sempat "merasa" botol jenis polikarbonat yang telah diharamkan oleh kerajaan. Ni artikel yang aku petik dari iSihat...


"Sejak dahulu lagi, pelbagai perbincangan, kajian dan perbahasan dilakukan oleh saintis-saintis seluruh dunia terhadap barangan yang berasaskan plastik. Campuran bahan dikatakan mengandungi 1,001 jenis bahan kimia ini dikatakan boleh memudaratkan manusia sejagat dari pelbagai sudut kesihatan," kata Profesor Madya Dr. Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Ramai para aintis dan pengkaji dunia membincangkan bahan yang terkandung dalam bekas yang digunakan dalam membungkus makanan dan minuman teruatamanya bekas berasaskan plastik. Didorong atas kesan buruk yang menjejaskan kesihatan dan menganggu sistem hormon dalam plastik, maka bahan kimia dalam plastik seperti botol susu dan bekas minuman dikaji secara mendalam.

"Saya akui ramai pengguna di luar sana tidak menyedari atau mungkin juga tidak tahu langsung tentang kandungan yang digunakan dalam penghasilan sebuah bekas minuman berasaskan plastik. Sehubungan dengan itu, tidak mustahil masyarakat tidak terlalu peka terhadap kesan sampingan yang berbahaya jika bahan ini memasuki tubuh badan manusia.

Terdapat dua jenis bahan yang biasa digunakan untuk membuat plastik iaitu BPA (Bisphenol A) dan Nonylphenol. Kedua-dua bahan ini biasa digunakan atau digabungkan bagi menghasilkan bekas berasaskan plastik agar lebih kukuh, kuat dan tidak rapuh. Walaupun kedua-dua bahan ini mendatangkan kebaikan kepada industri terutamanya yang berasaskan plastik supaya botol yang dibeli boleh tahan lama, lebih cantik dan menarik perhatian pengguna, namun terdapat racun yang boleh menjejaskan kestabilan hormon dan tubuh manusia di dalamnya.

Tegas beliau lagi, BPA dan Nonylphenol mampu menjejaskan kesihatan manusia tidak kira jantina kerana kehadiran bahan kimia akan mengganggu kestabilan hormon. Namun kesannya lebih teruk kepada lelaki kerana kandungan molekul daripada BPA amat mirip dengan hormon tubuh badan wanita iaitu estrogen.

Kehadiran hormon wanita 'tiruan' di dalam badan lelaki akan merendahkan penghasilan testosteron sehingga mungkin menjadikan golongan yang terkenal dengan kegagahannya ini mengalami masalah kesihatan berhubungan dengan keupayaan fungsi seksualnya dan sedikit menjejaskan tingkah lakunya.

"Pendedahan minuman dalam botol pastik mahupun botol menyimpan minuman berasaskan bahan kimia ini amat berbahaya kerana keupayaannya untuk 'menyingkirkan' hormon semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh badan."

"Fungsi seksual kaum lelaki boleh terjejas kerana bahan kimia yang memasuki tubuh badan akan mendatangkan kesan sampingan yang boleh mengurangkan penghasilan sperma lelaki yang normal dan sihat pada kebiasaannya akan menghasilkan sperma sebanyak 60 juta setiap mililiter namun kesan dari bahan ini menyebabkan penghasilan kuantiti sperma merosot sebanyak 20 juta menjadikan sperma hanya terhasil sebanyak 40 juta setiap mililiter. Keadaan ini mampu menjejaskan tahap kualiti sperma yang terhasil," ujarnya lagi.

Golongan yang berisiko;

Dalam kes ini, kumpulan yang paling berisiko adalah bayi terutamanya yang sudah bercerai susu dengan ibunya. Hal ini kerana bagi memenuhi keperluan khasiat sepanjang tumbesarannya, bayi perlukan susu formula sebagai gantian kepada susu ibu yang biasanya dimasukkan ke dalam botol susu. Pemilihan botol susu inilah yang mempengaruhi adakah botol yang dipilih mengandungi BPA atau tidak.

Kemasukkan bahan kimia BPA berlaku apabila botol susu yang mengandungi bahan ini bertindak balas dengan suhu air yang digunakan semasa membancuh susu. Selain itu, faktor penggunaan botol susu yang sudah tercalar permukaan dalamnya juga menjadikan BPA lebih mudah di rembes sekali gus memudahkannya bercampur susu bayi tadi.

Dalam peringkat umur sebegini juga menjadikan bayi adalah golongan yang menjadi sasaran racun kima BPA kerana mereka mempunya data tahan da sistem imunisasi yang agak lemah. Begitu juga dengan sistem perkumuhan bayi yang masih tidak berupaya menyingkirkan toksik berlebihan dalam badan.

Kesannya, BPA 'memainkan' peranannya sebagai bahan perosak sistem endokrin manusia yang berfungsi untuk merembeskan bahan kimia perutusan iaitu hormon. Selain kesan kepada bayi, ibu juga boleh bertindak sebagai medium perantaraan BPA untuk mengganggu sistem hormon si kecil walaupun masih berada dalam kandungan. Apabila seseorang ibu mengandung minum minuman dalam botol plastik, bahan kimia ini turut meresap dalam tubuh bayi.

Source: iSIHAT

Monday, January 2, 2012

No more free shoubox! Jom ganti dgn comment luv


Mulai pagi tadi aku tgk chatbox (shoutbox) dah mula kena bayar. No more free shoutbox!
Tapi, bagi mudahkan antara blogger/pembaca blog yg t'singgah kat blog aku utk mudah chitchat or komen  (walaupun takde blog), aku mmg dah lama get ready penggunaan comment luv. Aku belajar dari ila-ali@anywhere cara nak buat comment luv ni.
Kelebihan comment luv ni aku tengok ialah bila aku landing kat mana-mana blog yg ada comment luv ni jugak, automatically tajuk terbaru entry aku terpapar. Bagus jugak lah. Korang blh try jugak.

Lalat mahkluk terbang terbaik dunia

Lalat dapat terbang sebaik sahaja ia dilahirkan. Seekor lalat dapat mengepakkan sayapnya sekitar 500 hingga 1000 kali setiap saat. Kadar yang disebutkan bukan sejam dan tidak juga seminit; tetapi hanya sesaat. Ia itu sama masa yang kamu gunakan untuk mengelipkan mata kamu. Lalat dapat menyepakkan sayapnya sekurang-kurangnya 500 kali ketika kamu membuka dan menutup mata kamu.

Fikirkan contoh berikut: Apa akan kamu lakukan sekiranya kamu diminta membuka dan menutup tangan kamu 10 kali dan bukannya 500 kali? Sudah tentu mustahil untuk kamu melakukannya 500 kali dengan otot-otot yang kamu milik ini. Lalat, dengan otot-otot luar biasanya, dapat melakukan tugas yang tidak dapat kamu atau orang dewasa melakukannya. Tambahan pula, lalat tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika mengepak sayapnya; otot terbangnya tidak akan tercabut. Kerana Allah telah menjadikan mereka dengan sistem yang hebat.

Jika kamu dapat melihat lalat dengan dekat, kamu akan melihat ia tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika terbang; kamu mungkin tidak merasa terkejut atau mengendahkannya. Bagaimanapun, sebenarnya ia adalah gerakan yang penting dan sukar.

Dalam penerbangan, sebuah helicopter tercanggih yang dihasilkan manusia dengan teknologi paling maju sekali pun tidak dapat menandingi seekor lalat. Kamu mengenali helikopter dan kapal terbang. Tahukah kamu bila manusia mula menggunakannya? Mesin yang dapat terbang hari ini hanya direka pada hujung abad lepas. Ini bererti beratus-ratus tahun dahulu, tidak terdapat kapal terbang atau helikopter seperti yang ada sekarang. Jurutera dan juru teknik telah mengkaji sekian lama; mereka bekerja selama beberapa tahun dan hanya berjaya menghasilkannya tidak beberapa lama dahulu. Perhatikan: Hari ini tidak ada satu pun mesin yang dapat terbang seperti lalat. Ciri-ciri ini terdapat pada beberapa jenis helikopter yang maju. Tetapi berapa lama pun usaha yang dijalankan dan enjin canggih yang kuat, helikopter ini masih tidak memiliki kebolehan untuk terbang seperti lalat.

Sekarang, perhatikan lalat yang kamu temui. Perhatikan apa yang dapat kamu kesan: Kamu akan mendapati lalat tersebut tidak terbang dalam keadaan lurus. Lalat dapat ke mana sahaja yang dikehendakinya dengan melakukan gerakan yang lincah. Contohnya, ia dapat melakukan "zigzag" di udara, dan melakukan peralihan mengejut. Ia dapat mendarat di atas sebarang permukaan, walau sesukar mana sekali pun. Ia dapat mendarat di atas siling atau dinding menegak dengan mudah.

Tiada satu pun mesin terbang yang dapat melakukan semua perkara ini. Cuba bayangkan di dalam minda kamu bagaimana keadaan kapal terbang dan seekor lalat berlepas untuk terbang, dan bandingkan yang manakah paling sempurna. Siapakah yang mengajar lalat-lalat ini semua gerakan seperti ini? Sekali lagi, kita akan menyaksikan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Allah telah mengurniakan lalat dengan kebolehan yang sempurna.