Lalat dapat terbang sebaik sahaja ia dilahirkan. Seekor lalat dapat mengepakkan sayapnya sekitar 500 hingga 1000 kali setiap saat. Kadar yang disebutkan bukan sejam dan tidak juga seminit; tetapi hanya sesaat. Ia itu sama masa yang kamu gunakan untuk mengelipkan mata kamu. Lalat dapat menyepakkan sayapnya sekurang-kurangnya 500 kali ketika kamu membuka dan menutup mata kamu.
Fikirkan contoh berikut: Apa akan kamu lakukan sekiranya kamu diminta membuka dan menutup tangan kamu 10 kali dan bukannya 500 kali? Sudah tentu mustahil untuk kamu melakukannya 500 kali dengan otot-otot yang kamu milik ini. Lalat, dengan otot-otot luar biasanya, dapat melakukan tugas yang tidak dapat kamu atau orang dewasa melakukannya. Tambahan pula, lalat tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika mengepak sayapnya; otot terbangnya tidak akan tercabut. Kerana Allah telah menjadikan mereka dengan sistem yang hebat.
Jika kamu dapat melihat lalat dengan dekat, kamu akan melihat ia tidak menghadapi sebarang kesukaran ketika terbang; kamu mungkin tidak merasa terkejut atau mengendahkannya. Bagaimanapun, sebenarnya ia adalah gerakan yang penting dan sukar.
Dalam penerbangan, sebuah helicopter tercanggih yang dihasilkan manusia dengan teknologi paling maju sekali pun tidak dapat menandingi seekor lalat. Kamu mengenali helikopter dan kapal terbang. Tahukah kamu bila manusia mula menggunakannya? Mesin yang dapat terbang hari ini hanya direka pada hujung abad lepas. Ini bererti beratus-ratus tahun dahulu, tidak terdapat kapal terbang atau helikopter seperti yang ada sekarang. Jurutera dan juru teknik telah mengkaji sekian lama; mereka bekerja selama beberapa tahun dan hanya berjaya menghasilkannya tidak beberapa lama dahulu. Perhatikan: Hari ini tidak ada satu pun mesin yang dapat terbang seperti lalat. Ciri-ciri ini terdapat pada beberapa jenis helikopter yang maju. Tetapi berapa lama pun usaha yang dijalankan dan enjin canggih yang kuat, helikopter ini masih tidak memiliki kebolehan untuk terbang seperti lalat.
Sekarang, perhatikan lalat yang kamu temui. Perhatikan apa yang dapat kamu kesan: Kamu akan mendapati lalat tersebut tidak terbang dalam keadaan lurus. Lalat dapat ke mana sahaja yang dikehendakinya dengan melakukan gerakan yang lincah. Contohnya, ia dapat melakukan "zigzag" di udara, dan melakukan peralihan mengejut. Ia dapat mendarat di atas sebarang permukaan, walau sesukar mana sekali pun. Ia dapat mendarat di atas siling atau dinding menegak dengan mudah.
Tiada satu pun mesin terbang yang dapat melakukan semua perkara ini. Cuba bayangkan di dalam minda kamu bagaimana keadaan kapal terbang dan seekor lalat berlepas untuk terbang, dan bandingkan yang manakah paling sempurna. Siapakah yang mengajar lalat-lalat ini semua gerakan seperti ini? Sekali lagi, kita akan menyaksikan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa. Allah telah mengurniakan lalat dengan kebolehan yang sempurna.
No comments:
Post a Comment