Saturday, January 7, 2012

BPA punca lelaki lembut

Aku sejak 3-4 tahun lepas mmg guna botol BPA free. Cuma anak sulong sempat "merasa" botol jenis polikarbonat yang telah diharamkan oleh kerajaan. Ni artikel yang aku petik dari iSihat...


"Sejak dahulu lagi, pelbagai perbincangan, kajian dan perbahasan dilakukan oleh saintis-saintis seluruh dunia terhadap barangan yang berasaskan plastik. Campuran bahan dikatakan mengandungi 1,001 jenis bahan kimia ini dikatakan boleh memudaratkan manusia sejagat dari pelbagai sudut kesihatan," kata Profesor Madya Dr. Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Ramai para aintis dan pengkaji dunia membincangkan bahan yang terkandung dalam bekas yang digunakan dalam membungkus makanan dan minuman teruatamanya bekas berasaskan plastik. Didorong atas kesan buruk yang menjejaskan kesihatan dan menganggu sistem hormon dalam plastik, maka bahan kimia dalam plastik seperti botol susu dan bekas minuman dikaji secara mendalam.

"Saya akui ramai pengguna di luar sana tidak menyedari atau mungkin juga tidak tahu langsung tentang kandungan yang digunakan dalam penghasilan sebuah bekas minuman berasaskan plastik. Sehubungan dengan itu, tidak mustahil masyarakat tidak terlalu peka terhadap kesan sampingan yang berbahaya jika bahan ini memasuki tubuh badan manusia.

Terdapat dua jenis bahan yang biasa digunakan untuk membuat plastik iaitu BPA (Bisphenol A) dan Nonylphenol. Kedua-dua bahan ini biasa digunakan atau digabungkan bagi menghasilkan bekas berasaskan plastik agar lebih kukuh, kuat dan tidak rapuh. Walaupun kedua-dua bahan ini mendatangkan kebaikan kepada industri terutamanya yang berasaskan plastik supaya botol yang dibeli boleh tahan lama, lebih cantik dan menarik perhatian pengguna, namun terdapat racun yang boleh menjejaskan kestabilan hormon dan tubuh manusia di dalamnya.

Tegas beliau lagi, BPA dan Nonylphenol mampu menjejaskan kesihatan manusia tidak kira jantina kerana kehadiran bahan kimia akan mengganggu kestabilan hormon. Namun kesannya lebih teruk kepada lelaki kerana kandungan molekul daripada BPA amat mirip dengan hormon tubuh badan wanita iaitu estrogen.

Kehadiran hormon wanita 'tiruan' di dalam badan lelaki akan merendahkan penghasilan testosteron sehingga mungkin menjadikan golongan yang terkenal dengan kegagahannya ini mengalami masalah kesihatan berhubungan dengan keupayaan fungsi seksualnya dan sedikit menjejaskan tingkah lakunya.

"Pendedahan minuman dalam botol pastik mahupun botol menyimpan minuman berasaskan bahan kimia ini amat berbahaya kerana keupayaannya untuk 'menyingkirkan' hormon semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh badan."

"Fungsi seksual kaum lelaki boleh terjejas kerana bahan kimia yang memasuki tubuh badan akan mendatangkan kesan sampingan yang boleh mengurangkan penghasilan sperma lelaki yang normal dan sihat pada kebiasaannya akan menghasilkan sperma sebanyak 60 juta setiap mililiter namun kesan dari bahan ini menyebabkan penghasilan kuantiti sperma merosot sebanyak 20 juta menjadikan sperma hanya terhasil sebanyak 40 juta setiap mililiter. Keadaan ini mampu menjejaskan tahap kualiti sperma yang terhasil," ujarnya lagi.

Golongan yang berisiko;

Dalam kes ini, kumpulan yang paling berisiko adalah bayi terutamanya yang sudah bercerai susu dengan ibunya. Hal ini kerana bagi memenuhi keperluan khasiat sepanjang tumbesarannya, bayi perlukan susu formula sebagai gantian kepada susu ibu yang biasanya dimasukkan ke dalam botol susu. Pemilihan botol susu inilah yang mempengaruhi adakah botol yang dipilih mengandungi BPA atau tidak.

Kemasukkan bahan kimia BPA berlaku apabila botol susu yang mengandungi bahan ini bertindak balas dengan suhu air yang digunakan semasa membancuh susu. Selain itu, faktor penggunaan botol susu yang sudah tercalar permukaan dalamnya juga menjadikan BPA lebih mudah di rembes sekali gus memudahkannya bercampur susu bayi tadi.

Dalam peringkat umur sebegini juga menjadikan bayi adalah golongan yang menjadi sasaran racun kima BPA kerana mereka mempunya data tahan da sistem imunisasi yang agak lemah. Begitu juga dengan sistem perkumuhan bayi yang masih tidak berupaya menyingkirkan toksik berlebihan dalam badan.

Kesannya, BPA 'memainkan' peranannya sebagai bahan perosak sistem endokrin manusia yang berfungsi untuk merembeskan bahan kimia perutusan iaitu hormon. Selain kesan kepada bayi, ibu juga boleh bertindak sebagai medium perantaraan BPA untuk mengganggu sistem hormon si kecil walaupun masih berada dalam kandungan. Apabila seseorang ibu mengandung minum minuman dalam botol plastik, bahan kimia ini turut meresap dalam tubuh bayi.

Source: iSIHAT

No comments:

Post a Comment