Monday, April 30, 2012

Terima angpau dari nuffnang

Total nuffnang aku pernah cash out. Today, kali ke-2 aku tekan mesin cash out. Tak lah banyak bagi kepala2 blogger @ otai kalu tgk jumlahnya pun. Ni blog kecik utk suka-suka je. So, suka2 atilah jugak nuffnang nak bagi berapa or bilakan? Aku terima jer :)

Tgk jumlah dulu sebelum pergi ke detail kat atas tadi. Last Oktober dulu, lebih seminggu aku tercari2 macam mana nak cash out duit ni. Sebabnya....sebab aku tak pernah buat lah dia jadi mcm tu. Orang lain tekan sebulan sekali...or seminggu sekali...or twice a month. Aku, TWICE A YEAR. Since 2008 berblogging, 2009 tukar channel sebab2 blogging, thn lps baru 1st time dapat. Lps lebih 3 thn baru dapat angpau dari nuffnang. Hihihihh....

Thursday, April 19, 2012

Merry-merry go round to collect the prizes

Sebelum tu, Isnin lepas aku terima hadiah thumb drive dari maggi. Semalam plak hari mengambil hadiah sekeluarga. Lps sarapan, terus ke Karangkraf. 1st time masuk situ, seronok gak. Aku dapat hamper Johnson & Johnson. Menariknya, aku suka teliti tarikh manufactured produk. Mmg berbaloi tunggu sampai 4 bulan hamper ni sebab produk dia manufactured by Nov 2011. Kira baru lah lagi. Pernah gak dapat hamper2 macam ni dari penganjur lain. Tapi kebanyakkan produk ada lagi 6bln-1thn expired date. So, gunalah cepat2.

Follow up Reezqi dulu sebelum ke Jacobs plak
Ni hadiah yang aku dan family collect semalam. Set Periuk La Gourmet, termos makanan dan termos air tu dari Jacobs. Jacobs kira express gak sebab aku hantar karangan 29 Mac, 2 wks later aku diumumkan sebagai salah seorang pemenang, 4 hari kemudian, dapat msg suruh collect hadiah. 
Haider dengan Wardatul suka sangat. Lps tukar jer seluar yang lencun (sebab hujan lebat semalam), terus nak posing. Gambar tak terang ler. Ada 2 sebab kenapa tak terang. Heheh...
Hamper Johnson & Johnson dari Karangkraf (Pa & Ma) yang sangat menarik.
Haider dengan Reezqi booking mana-mana yang berkenan kononnya
Ini thumb drive yang cute tu. Kiranya lama gak aku tunggu. Menang Disember, dapat surat Februari, April baru sampai hadiah. Dah nama pun hadiah, sabar aje lah :)

Thursday, April 12, 2012

Menang set periuk RM500 dan hamper Johnson


Alhamdulillah...minggu ni aku dapat 2 berita kemenangan dalam contests yg aku masuk. (satu lagi lebih kepada hadiah penghargaan artikel) Pa&Ma iaitu hamper Johnson & Johnson. Kena ambik sebelum hujung bulan ni. Satu lagi menang contest anjuran Jacobs "ibuku inspirasiku". Aku dapat conso prize bernilai RM500 iaitu produk La Gourmet. Korang try la masuk. Aku suka contest base on slogan/cerita/gambar ni. Paling nyampah jenis vote (senang cakap gamble la mcm like2 kat FB tu). Sah2 kalah. Maybe tak berkat sebab tak perlu usaha kot :). Jacobs ni aku pilih untuk tulis artikel pasal arwah mak. Aku hantar betul2 masa arwah mak genap 2 tahun kembali kepada-Nya (29 Mac 2012). Memang tulis penuh emosi gak lah....

Tuesday, April 10, 2012

Origami Heart Box



Suka betul aku dengan origami ni. Jom tengok macam mana dia buat kotak bentuk hati ni. Utk bahagian penutup, korang blh download sebaik saje habis part 1/2 ni.

Monday, April 9, 2012

Blueberry cheese utk abang

 kek special "kedai made" utk besday abang Haider
 simple...roti krim jadi pengiring kek blueberry cheese
 adik plak terlebih teruja nak potong kek
 besday boy nak potong kek ke?
 lilin padam, semua pakat rebut segala "aset" atas kek. hahah...
 sape dapat strawbery?
 umm....masamnya buah ni
 yummy! aku mmg suka cheese kek
 adik mcm nak bersilat dapat makan cheese kek
 fuh! panas plak air ni
adik plak yg makan penuh perasaan banding besday boy

Thursday, April 5, 2012

Pesta buku antarabangsa I Dapatkan baucer buku berjumlah RM5300


Macam mana nak dapatkan baucer buku tu? Klik (SINI). Daftar jer, boleh dapatkan DISKAUN BONANZA 20%-30% (sms akan dihantar ke H/P kita). Tu belum termasuk baucer buku bernilai RM5300.
Teringat tahun lepas, bawak RM10 pun masih boleh bawak balik 5 buah buku (saiz A4) yang tebal dan sesuai untuk bacaan anak-anak. Aku suka pergi 2-3 hari sebelum habis pesta buku sebab harga durian runtuh!

Wednesday, April 4, 2012

Berdoa jangan melampaui batas, agak-agaklah


Aku suka artikel ni. Aku jumpa di blog an-nawawi. Kredit utk beliau. Artikel penuh ada kat situ. Aku pinjam sebahagian isinya untuk share di sini. Teringat kata-kata baba aku, jangan suka-suka nak lagukan zikir. Itukan doa.


Termasuk dalam maksud melampaui batas dalam berdoa adalah dengan mengeraskan suara ketika berdoa sehingga didengari orang. Termasuk contoh ini adalah berdoa dengan menjerit, dengan nyanyian, dan dengan melagukan doa mengikuti lenggok-lenggok muzik tertentu. Ini turut berlaku dalam siri-siri doa dan zikir-zikir berjama’ah sebaik selesai solat dalam kalangan masyarakat hari ini.

Sedangkan apa yang benar, berdoa dan berzikir sebaik selesai solat fardhu itu adalah dengan cara sendiri-sendiri dan perlahan-lahan, cukup diri sendiri yang mendengarnya. Bukan dengan cara berjama’ah beramai-ramai, senada dan seirama. Hal ini ditegaskan antaranya oleh ramai ulama terkemuka termasuk imam asy-Syafi’i rahimahullah dan para pembesar mazhabnya. Tetapi entah kenapa ramai kalangan pengamal mazhab asy-Syafi’i di negara kita hari ini boleh menyimpang dari batas-batas ini.

Di antara contoh lain yang banyak berlaku hari ini adalah amalan menyusun bait-bait lirik, qasidah, dan sya’ir-sya’ir tertentu dalam bentuk doa lalu dijadikan sebagai nyanyian, hiburan, nasyid, persembahan konsert, dan mencari populariti serta imbuhan. Ini adalah perbuatan yang bersalahan dengan sunnah dan menyimpang dari ruh asal doa. Malah ada yang menyangka dengan perbuatan seperti ini dapat menjadi wasilah mendekatkan diri kepada Allah.

Hakikatnya, Allah tidak pernah meminta jika seseorang mahu berdoa atau berzikir, hendaklah ia melakukannya dengan cara melagukannya sambil diringi irama-irama muzik tertentu. Bahkan sebaliknya Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya benci cara yang seperti itu. Para ulama juga turut melarang amalan doa seperti ini sebagaimana ditegaskan para imam mazhab yang empat dan pembesar-pembesar mazhab mereka.

Mereka memanggil golongan yang memperlakukan amalan-amalan doa dan zikir seperti itu sebagai kaum zindiq lagi tidak berakal. Sejarah berdoa dan berzikir dengan suara yang kuat dan beramai-ramai asalnya dipelopori oleh golongan khawarij di pertengahan zaman para sahabat. Kemudian dikembangkan lagi oleh kaum sufi tasawuf dengan iringan gendang dan muzik, bahkan sampai ada yang menari-nari ketika berdoa dan berzikir. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan...

“Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak berdoa kepada yang pekak dan yang jauh, sesungguhnya Dia bersama kamu, Maha Mendengar lagi sangat dekat. Maha suci Nama-Nya dan maha Tinggi Kebesarannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2992)

Adapun doa dengan suara perlahan dengan cara bisik-bisik ini adalah kaedah dan adab yang bersifat umum untuk setiap doa dan zikir. Terkecuali bagi doa-doa yang dikhususkan padanya dengan suara kuat dan lantang. Seperti Doa qunut witir, qunut nazilah, doa istisqa’ (solat memohon hujan), doa dalam khutbah Juma’at dan hari raya, atau yang seumpamanya yang padanya terdapat dalil-dalil bersifat khusus.

sumber: Agar Doa Mustajab Lagi Berpahala