Sebelum tu, Isnin lepas aku terima hadiah thumb drive dari maggi. Semalam plak hari mengambil hadiah sekeluarga. Lps sarapan, terus ke Karangkraf. 1st time masuk situ, seronok gak. Aku dapat hamper Johnson & Johnson. Menariknya, aku suka teliti tarikh manufactured produk. Mmg berbaloi tunggu sampai 4 bulan hamper ni sebab produk dia manufactured by Nov 2011. Kira baru lah lagi. Pernah gak dapat hamper2 macam ni dari penganjur lain. Tapi kebanyakkan produk ada lagi 6bln-1thn expired date. So, gunalah cepat2.
Follow up Reezqi dulu sebelum ke Jacobs plak
Ni hadiah yang aku dan family collect semalam. Set Periuk La Gourmet, termos makanan dan termos air tu dari Jacobs. Jacobs kira express gak sebab aku hantar karangan 29 Mac, 2 wks later aku diumumkan sebagai salah seorang pemenang, 4 hari kemudian, dapat msg suruh collect hadiah.
Haider dengan Wardatul suka sangat. Lps tukar jer seluar yang lencun (sebab hujan lebat semalam), terus nak posing. Gambar tak terang ler. Ada 2 sebab kenapa tak terang. Heheh...
Hamper Johnson & Johnson dari Karangkraf (Pa & Ma) yang sangat menarik.
Haider dengan Reezqi booking mana-mana yang berkenan kononnya
Ini thumb drive yang cute tu. Kiranya lama gak aku tunggu. Menang Disember, dapat surat Februari, April baru sampai hadiah. Dah nama pun hadiah, sabar aje lah :)
rezekikan!!
ReplyDelete