Friday, October 25, 2013

Kejar hadiah sebelum lebur

Semalam hari pulun untuk ambil hadiah. Ada gak yang aku mintak pos (yang free postage la)

 Ni hadiah dari majalah EH! tajaan Kao Asience. Produk rambut bernilai RM200. Aku rasa dah boleh buat salun sendiri kat rumah. Sangat puas hati dapat hadiah ni
 Ini contest Varnish. Just dapat conso je. Jadilah pulang modal
Ini hadiah dari majalah Eh! jugak. Bernilai RM250. Tapi comel2 je botolnya.

Hadiah dari Jacobs pun dah dapat 3 hari lepas iaitu set La Gourmat (untuk bawa bekal tu) bernilai RM130 rasanya. Sekarang aku tengah tunggu hadiah tajaan Adabi sempena contest Adabi Spice Routes 6, rancangan yang tengah hangat kat TV tu. Tak sangka lekat plak nama aku. Syukur sebab cek Redbull dalam proses mencari tuan-tuannya :)....

Sunday, October 20, 2013

Hadiah gown english cotton



Pagi tadi bila aku bukak blog G.A aku, aku tengok result G.A dari GreenApricot.Fashion dah kluar.
Waaa....nama aku naik (nombor 54 nombor bertuah kali ni). Hadiah dia sangat best, boleh pilih kain yang kita nak (dia bagi 4 corak) dan dia akan jahitkan. Sebagai 2nd winner, aku dapat buat untuk anak 2-4 tahun sahaja. So, aku email pada dia kalau-kalau boleh tambah duit untuk buat gown si kakak berumur 7 tahun (tapi badan dia macam 4-5 tahun je. Baju kurung pon boleh tapi aku pilih untuk buat gown biasa je.

Ni kain pilihan kakak sendiri. Ada gak corak bunga ros english tu tapi dah biasa sangat. So, cari sikit kelainan corak. Ok tak?

G.A ni aku joint kalau dah boring dan xde idea nak buat contest. Padahal cik siggy punya berlambak tunggu untuk diconteng. Tp no idea ler....kepala tepu. Huhu....

Wednesday, October 16, 2013

Contest CHIPSMORE hadiah best!!!

Klik banner untuk masuk contest ni

Hangatkan Hadiah GP dia? Syarat dia mestilah ada kaitan dengan biskut chipsmore peberet aku ni. Beli 2 pek chipsmore 85gm atau 1 pek yang 180gm, simpan resit. Pastu boleh login dengan klik banner kat atas tu. Lepas ni jangan stress kalau anak mintak chipsmore sebab dah ada peraduan :).

Ni hadiah dia. Due 30 November 2013

Sunday, October 13, 2013

Popia cheese ala malas-malasan

Dari semalam, aku duk gulung kulit popia. Ni semua gara-gara dari sorang parents iaitu Noorul Azny yang ajar aku cara-cara buat popia cheese.  Dia memang jual macam-macam jenis makanan berasaskan cheese. Dan semuanya melepasi lidah Q aku
 Ni popia yang dah siap gulung dan digunting menyerong. Agak remeh untuk orang macam aku yang nak cepat je :p
Lepas goreng, aku just tabur serbuk cheese yang nan berlambak jual kat tenet tu rata-rata. Rasanya? Memang awesome ok! Anak aku cakap, rasa macam kopok roller coster. Tapi kopok tu penuh dengan segala bagai ajinomoto dan msg. Ini cuma serbuk cheese. 
Pastu aku dah mula melalut macam biasa. Aku try tabur susu coklat DL plak. Rasa macam popia nestum. Tapi kalau popia nestum, aku tak kenan pesen gini. Aku suka yang jenis keping-keping coz terasa mabeles dia. Just potong kulit popia dalam kepingan kecik-kecik dan goreng. Haaa....jenis gitu.

Next time aku nak try potong keping-keping dan tabur cheese plak. Lepas ni, aku nak tabur apa plak? Tengok la kalau ada idea yang merepek tapi blh makan lagi ek. Salam Aidiladha semua :)

Friday, October 4, 2013

Bershopping preee....

Ahad lepas, tv kat rumah dah makin lip lap. Kejap-kejap terpadam sendiri dan terbukak sendiri. Macam kena sumpahan si merah padi plak. Sampai anak-anak terus tutup tv dan main basikal kat luar. Jadi, aku mlm tu jugak aku ke Courts Megastore Bdr Sri Damansara untuk bershopping pree hasil baucer contest dari F&N. Aku ambik TV LED Phillips 39 inc. Setiap Jumaat-Ahad, promoter bagi tau, harga akan lbh murah dari Isnin-Khamis. Tapi ni kat Courts tertentu sahaja. Aku dapat RM1,199. Cuma perlu tambah lagi RM199 je lagi. Sape nak bagi TV besar gedabak harga RM199 ;)

 Suka anak-anak dapat TV baru lagi besar dari yang lama
 Ni plak Hamper dari Shahirah bernilai RM100. Aku dapat 2 set. 1 set lagi aku hadiahkan pada umi anak-anak aku yang sambut harijadi hujung bulan ni. Paling best, ada minyak wangi yang memang wangi :)
 Aku dapat 3 kotak besar inner shine ni. Harga hampir RM200 semuanya. Ni contest on9 dari female.
 Hadiah paling awesome bulan lepas. Minyak wangi bernilai RM239 in the house!!!
 Aku rasa sangat bernasib baik due dia sampai 31 Dec. Pastu aku dapat hotel kat KL. So, tak jadi nak bagi orang lain :p. Kesian kat kawan-kawan lain sebab dorang dapat Kat Swiss garden Lumut. Due plak 30/9. Macam tak nak bagi je. Syukur rezeki anak-anak....

Ni kenangan aku masuk contest Redbull. Alhamdulillah....dapatlah sikit habuan. Kenangan paling best bila bonus lekat atas nama sendiri. 

Tuesday, October 1, 2013

Sukan Anak 2013

 Wardatul get ready sebelum sukan Sekolah Damansara Damai 1 mula
 Senyum memanjang anak pompuan aku ni time bergambar
 Wardatul selepas mengambil gula-gula dari dalam tepung. Muka dah macam tepung gomak gamaknya. Hihihhh
 Hanya mapu dapat tempat ke-3
 Ni plak Haider punya hari sukan. Dia nampak excited masa cikgu PASTI pakaikan tanda rumah sukan
 Disebabkan datang lewat sikit, sila duduk kat belakang sekali ye.
 Masa sesi bacaan ikrar dan doa, aku suka tengok budak comel ni yang petah sangat. Tapi, nape aku amik gambar dari belakang? huhu...
 Tengah get ready untuk menari. Sayangnya video tu terpadam plak. Hangin aku wei...
2 Tadika PASTI bergabung untuk sukan
Maintain gitu Haider bawak bola
 Haider dapat tempat pertama untuk acara bawa bola dalam sudu. Hadiah disampaikan oleh ustaz.... (aku lupa nama dia)
Aku lupa apa dia sukan yg lagi satu. Sebab sukan lagi satu tu dia buat masa hari lain. So, dapatlah 2 hadiah.

Aku 1st time hantar anak ke tadika PASTI. Haider agak lambat masuk tadika, bulan Jun baru masuk atas sebab-sebab tertentu. Insya Allah tahun depan aku masih nak teruskan Haider kat tadika ni. Masa hari sukan, tadika PASTI sediakan makanan untuk tetamu yang datang sampai dah tak termakan dah. Macam kat cafe plak aku rasa coz pilih la apa pon nak makan. Dari kuih-muih, sate, sampai makanan berat lain. Kalau tadika swasta lain, sendiri sediakan makan. Paling tak pon, dapat kuih seketul. Tapi still ok dari takde langsung. Sampaikan Wardatul tegur, sekolah dia dulu tak macam ni. Sukan yang sederhana tapi meriah. Hadiah biasa-biasa tapi dikongsi sorang sikit :)