Friday, October 4, 2013

Bershopping preee....

Ahad lepas, tv kat rumah dah makin lip lap. Kejap-kejap terpadam sendiri dan terbukak sendiri. Macam kena sumpahan si merah padi plak. Sampai anak-anak terus tutup tv dan main basikal kat luar. Jadi, aku mlm tu jugak aku ke Courts Megastore Bdr Sri Damansara untuk bershopping pree hasil baucer contest dari F&N. Aku ambik TV LED Phillips 39 inc. Setiap Jumaat-Ahad, promoter bagi tau, harga akan lbh murah dari Isnin-Khamis. Tapi ni kat Courts tertentu sahaja. Aku dapat RM1,199. Cuma perlu tambah lagi RM199 je lagi. Sape nak bagi TV besar gedabak harga RM199 ;)

 Suka anak-anak dapat TV baru lagi besar dari yang lama
 Ni plak Hamper dari Shahirah bernilai RM100. Aku dapat 2 set. 1 set lagi aku hadiahkan pada umi anak-anak aku yang sambut harijadi hujung bulan ni. Paling best, ada minyak wangi yang memang wangi :)
 Aku dapat 3 kotak besar inner shine ni. Harga hampir RM200 semuanya. Ni contest on9 dari female.
 Hadiah paling awesome bulan lepas. Minyak wangi bernilai RM239 in the house!!!
 Aku rasa sangat bernasib baik due dia sampai 31 Dec. Pastu aku dapat hotel kat KL. So, tak jadi nak bagi orang lain :p. Kesian kat kawan-kawan lain sebab dorang dapat Kat Swiss garden Lumut. Due plak 30/9. Macam tak nak bagi je. Syukur rezeki anak-anak....

Ni kenangan aku masuk contest Redbull. Alhamdulillah....dapatlah sikit habuan. Kenangan paling best bila bonus lekat atas nama sendiri. 

No comments:

Post a Comment