Monday, December 16, 2013

Tergantung cerita "The Hobbit: The Desolation of Smaug"???

Baru-baru ni aku tengok cerita The Hobbit: The Desolation of Smaug dengan encik suami. Inilah 1st time aku tengok wayang BERDUA selepas dah ada anak. Hahahhhh... biasanya kalau tengok wayang, mesti ada anak-anak. Maknanya selepas 8 tahun baru dapat dating tengok wayang. Encik suami beli tiket couple sit untuk kami :)

Aku memang suka sangat tengok cerita ni. Tapi sayangnya, aku frust bila cerita dia agak tergantung. Lepas berhempas pulas Hobbit, Thorin dan kawan-kawan dia bertarung dengan Naga Smaug (Naga berapi), naga ni terus keluar dari gunung tu dengan niat untuk mengamuk dan membakar orang kampung. Rasa macam sia-sia jer pertarungan tu. Tapi tak pasti sama ada dia nak serang kampung tu atau tidak. Sebab akhir cerita tu, orang kampung macam ketakutan dan naga plak macam siap sedia untuk serang (belum serang). Habis gitu je. Ye la, mana tau ada sambungan cerita macam LOTR (Lord of the ring).

 Taurine--wanita elf yang sangat tangkas dan berani. Aku memang suka watak-watak pompuan yang pandai pertahankan diri :)
 Watak-watak utama dalam filem ni. Tapi mana si Hobbit?
Hobbit---dia ni bukan raja tapi wataknya sangat penting dalam menjayakan misi si Thorin. Dah nama filem ni pun The Hobbit: The Desolation of Smaug kan.

Pada yang nak tengok filem-filem kat panggung sekarang, tak rugi tengok citer ni. Tambahan plak, ada contest untuk filem ni. Boleh KLIK SINI untuk joint. Tapi untuk joint contest ni, korang kena beli online tiket tu ye. Melalui kaunter, cuma boleh joint contest yang lagi satu ni je

2 comments:

  1. belum berkesempatan tengok lagi cerita ini..ada yg cakap best, ada yg cakap sebaliknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita macam ala2 LOTR. Tp cerita ni lagi best bg saya :)

      Delete