Allah genggam semua doa kita. Lalu dilepaskannya satu persatu di saat yang paling tepat.
Lama aku tak update blog. Lebih setahun! Pagi ni selepas terjumpa kata-kata di atas, tergerak nak update blog yang lama bersarang ni. Paling kuat pasal diri sendiri, aku update kemenangan atas contest-contest yang aku joint. Bukan tak menang, tapi tak terlalu kerap. Yang kerap pun cuma kecil-kecil. Last aku menang offline contest, Disember lalu. Loket dari Habib Jewels sebesar 5gm. Alhamdulillah.
Hari ni, dah masuk hari ke-6 aku berpantang selepas lalui rawatan D&C (Dilation and Curettage). Senang panggil, cuci selepas keguguran.
8 Mac 2016
Aku start bleeding. Hanya segaris atas pad darah coklat gelap. Aku jumpa doktor dan ambil Dufaston. Makan terus 4 biji dan sambung 2 biji sehari. Hati dah mula sedih.
10 Mac 2016
Bleeding tak stop. Kuantiti yang sama. Teringat pesan doktor, kalau still bleeding hingga lusa, jumpa doktor balik. Jadi, aku datang balik, terus buat GL dan refer ke Pakar Pusrawi. Frust sebab difahamkan aku tak boleh jumpa doktor favourite aku,
Dr Asmah Yun Mat Sidek. Katanya doktor tiada. Aku pilih doktor lain.
Sampai Pusrawi, ada kesilapan teknikal sikit. Disuruhnya aku minum air gula dan cek darah kat makmal dulu. Aku ikut jer walaupun pelik. Hahahhah....sengal. Tapi aku anggap, aturan Allah tu memang cantik. Aku terus mabuk kepayang dan ke bahagian O&G semula. Mengadu kenapa kena buat semua tu sedangkan tujuan utama aku bleeding. Tiba-tiba nampak bilik Dr Asmah Yun ada orang. Aku tanya, "tadi doktor kat jalan Ipoh kata takde tapi kenapa doktor yang saya biasa jumpa ni ada je? Tolong lah, saya nak jumpa Dr Asmah Yun". Nurse yang agak senior macam kesian kat aku, terus masuk jumpa doktor. Aku diarahkan rehat kat katil belakang. Akhirnya dapat refer Dr Asmah Yun. Nampak? Cantik tak aturan Allah? Disebabkan air gula yang memabukkan aku, aku dibenarkan tukar doktor. Terima kasih nurse yang buat silap tu :p.
Result dari scan yang dibuat menggunakan ultrasound transducer
Doktor cakap, baby kecik sangat iaitu dalam 5 wks. Sedangkan aku masa ni dah masuk 9 minggu 6 hari. Kantung macam takde janin. Aku terdiam, takut, semua ada. Doktor sambung dufaston (3 biji sehari) dan bagi MC. Aku tanya doktor, takde ke ubat yang boleh bagi baby besar lagi. Doktor gelak, dia terangkan dufaston sebenarnya vitamin untuk baby dan beri ruang kepada baby supaya dapat lebih oksigen. Orang biasa panggil ubat kuat rahim tapi dalam masa yang sama bagi vitamin pada baby. Huhuhu.....malu aku. Tapi at least dapat info baru. Doktor bagi seminggu, kalau takde perubaan, aku mayb kena buat D&C. Siyes, aku rasa down teramat sangat, sampai rumah terus menangis.
15 Mac 2016
Hari ni besday anak bongsu aku, Airis Reezqi. Cuma dapat wish saje dulu, cadang hujung bulan nanti buat besday dia kat tadika. Sampai ofis, aku makan nasi lemak sebungkus kecik harga RM1.20. Lepas makan, dalam pukul 8 pagi aku rasa macam pad agak basah. Aku cek kat toilet, penuh pad aku fresh blood. Kawan office mate terus hantar aku kat kecemasan Pusrawi. Sampai sana, aku tukar pad lagi, perut agak sakit. Lepas refer doktor, aku warded. Pilih bilik 4 bed dengan penuh confident!
Sampai wad, aku orang kedua dalam wad tu. Perasan gak, banyak katil kosong kat wad lain. Lepas tukar baju, aku naik wheel chair untuk jumpa Dr Asmah Yun. Doktor cek, kantung masih ada tapi janin dan heart tetap takde. Doktor cadang buat D&C hari tu jugak. Doktor minta aku sign form untuk masuk bilik Oper Theatre (OT) nnt.
Sampai wad, tukar plak baju OT. Pukul 4 petang, baru aku ditolak ke bilik OT sebab kena puasa 6 jam dulu. Pakar bius iaitu
Dr Zul terang pada aku serba sedikit pasal bius. Aku difahamkan akan dibius penuh. Mujur nurse dan pembantu dalam bilik O.T semua lembut-lembut. Hati memang berdebar sebab dah lama tak dibius penuh.
Sebaik nampak Dr Asmah Yun, hati lagi takut. Sebab ini kali pertama aku gugur dan kali pertama buat D&C. Aku dipakaikan oksigen dan Dr Zul terus masukkan ubat bius dari tangan kanan aku yang sudah berjarum. Sedar-sedar, ada orang panggil aku. Tengok jam dah pukul 5.35 petang. Badan rasa lemah dan ngantuk sangat. Kemudian aku terus ditolak ke wad semula.
Bila encik husband sampai, air mata menitis-nitis. Aku rasa kosong giler. Aku cakap dengan suami aku nak tukar wad 1. Tapi semua wad 1 & 2 dan penuh. Lagi aku menangis. Menyesalnya amik 4 bed tadi. Aku tak sangka akan rasa down seteruk ni lepas buat D&C. Wad 1 sahaja dibenarkan untuk suami teman. Jadi malam tu anak sulung aku si Wardatul Arissa teman aku di wad. Pukul 9.45 mlm, baru aku dibenarkan makan. Tapi memang tak lalu lah. Pergi toilet pun terhuyung-hayang dipapah suami. Masih rasa mabuk. Aku decide, tak nak minum malam tu sebab takut jatuh masa pegi toilet. Malas nak kacau nurse setakat pegi toilet. Chewah! Boleh plak macam tu. Oh ye! Selepas buat D&C, aku dimasukkan ubat kecut rahim.
16 Mac 2016
Dalam tengah hari doktor datang cek. Aku dibenarkan keluar hari ni dan diminta datang follow up pada 30 Mac nanti. Aku dibekalkan beberapa jenis ubat dengan MC untuk 2 minggu. Maka bermulalah sesi berpantang aku di rumah.
Ini memang makanan wajib aku setiap kali berpantang terutama halia goreng besar mancis. Bawang putih dipotong nipis-nipis dan digoreng sampai rangup. Pure black pepper yang disangai dan ditumbuk lumat dan ikan bilis goreng. Semuanya dibuat oleh encik husband. Aku rasa dia goreng bawang putih dan halia lebih cantik dari aku yang kadang-kadang terhangus sikit atau tak rata. Makan dengan nasi panas-panas or roti bakar. Kalau makan dengan roti bakar, bubuh halia goreng dengan ikan bilis je. Yang penting, makan dengan nasi apa pun, aku memang bubuh semua ramuan kat atas tu.
Aku berbengkung jenis zig zag tu (bengkung free tiap kali beli set bersalin amway). Sebelum berbengkung, pakai losyen halia jenama Yusmira dan pakai stokin. Tapi takdelah sampai berpilis bagai. Over plak! Encik husband memang garang jaga orang berpantang ni :p. Arahan dia, berpantang untuk Sebulan lebih. Fewwww!!!
Sekali update, panjang nau plak. Apa-apa pun, lain orang, lain pengalaman dia. Aku sekadar share pengalaman kecil aku. Moga Allah permudah dan permurahkan rezeki aku sekeluarga dan rezeki para pembaca semua. Insya Allah.