Monday, December 28, 2009

Bye-bye Bottle: Breastfeeding Baby Dolls are Here



Ni satu lagi toys yang agak advance. Bebe Gloton is a infant doll made by Berjuan, a toy maker in Spain, for the express purpose of promoting breastfeeding. The idea is to impress upon kids that breastfeeding is natural.

Your child wears a colorful bra-like halter-top featuring flowers over the nipple area. When the doll is lifted to the flowers, it makes a suckling motion and sound. When your child’s flower nipples grow sore and cracked, either the baby cries for more, or beckons to be burped.

Here is a Spanish video report and a second video report that provide a sense of how the doll functions. The second is better, but is tucked behind a 30 second commercial.

This gluttonous baby is 50 cm (19.6 inches) long, the average length of a real newborn and is available in either gender. The dolls retail for about 44 Euro.

My Wondercube: the tissue box baby toy


Lately ni aku suka sangat tengok toys yang U.K or U.S keluarkan sebab unik. Contohnya macam toys kat atas tu. Ni antara explanation pasal toys tu:

My Wondercube replicates the fun babies and toddlers have pulling tissues from a box and stuffing them back in. At first I thought, oh how dumb. But no, it’s not as if you’re going to give your baby a real tissue box. Wonderube is so simple, so brilliant.

The toy consists of a fabric cube with fabric swatches stuffed inside. The cubes comes in three styles — organic cotton jersey, fairtrade organic woven cotton and a wooden cube. The fabric cubes are machine washable and rated from birth on up. The wooden cube is rated for 2-year-olds (which isn’t so strange, see below).

Each cube style differs in artwork and the number of swatches included, 4, 5 or 6 pieces. Some swatches make crinkly noises, others offer differing textures such as silk, corduroy, velvet and denim. Best of all, the swatches can be linked together at their Velcro corners, creating a magician pulling scarves from a hat effect.
Tapi ada juga yang bagi respon yang agak kreatif. Boleh tengok kat sini:

Perkembangan Bayi (Minggu ke 27 & 28)

(Baby's heart)
Minggu ke-27, bayi sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik
Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Kita mungkin akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. Sepanjang bulan-bulan terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan. Selain itu kita juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil Braxton Hiks. Sepanjang kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau negatif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.

Baby at week 28:
If your baby is a boy, his testes can already be descending (yup! Insya Allah my baby is boy). Should your baby be born around this time, he or she will have a very good chance of survival with the right medical help. Your baby measures about 35 cm and has reached the 1 kg moment!

Tuesday, December 22, 2009

Cara Atasi Sakit Gigi Untuk Ibu Mengandung

Sudah berapa hari aku tanggung sakit gigi yang berlubang dan bengkak ni. Sampai nangis pun ye sebab sakit amat sangat. Kalau tak pregnant, boleh lah aku makan panadol atau ponstan je. Boleh juga guna ubat gigi sensodine dan seangkatannya. Tapi kalau pregnant, mana boleh suka-suka hati guna atau ambil itu ini. Ubat gigi pun kena guna yang basic punya je. Ada terbaca supaya makan betik. Mujarab katanya. Tapi aku takut buah betik buat diabetis aku naik macam tu je (macam buah durian, pisang or mangga masak ranum). Semua buah ni "penyumbang" diabetis.

Last sekali aku call somebody. Dia saran aku tukar pengambilan vitamin. Sebelum ni aku cuma makan 4 biji calsium magnesium dan obimin yang doktor bagi (jenis vitamin 4 dalam 1). So, mulai pagi semalam aku ambil 6 biji Calsium Magnesium Amway (2 pagi, 2 tengahari dan 2 petang) dan B Complex Amway 3 biji sehari (aku makan 3 biji sekaligus waktu pagi). Katanya B Complex bagus untuk kurangkan rasa sakit gigi. Tengah hari sakit gigi aku mula berkurang. Malam pun dah makin kurang sakit gigi. Pagi ni Alhamdulillah sebab sakit gigi dah takde.

Bayangkan lepas seminggu aku sakit gigi baru tergerak nak call somebody ni. Bukan apa, kalau pegi klinik pun doktor cuma advise, tak bagi apa ubat pun (pernah kena masa anak kedua dulu). Rupa-rupanya aku terlupa baby dah nak masuk 27 weeks, so semua vitamin pun kena jaga jumlah pengambilannya. Vitamin yang doktor bagi terlalu basic buat kita. Jadi, pada ibu mengandung yang sakit gigi cubalah cara aku. Jaga pengambilan vitamin korang.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Sempena awal Muharram, marilah kita baca doa di bawah:


Doa Akhir Tahun dibaca sebelum masuk waktu Maghrib


Doa Awal Tahun dibaca selepas masuk waktu Maghrib

Tuesday, December 15, 2009

Petua Anak Pintar

Cubalah petua di bawah ni dan Insya Allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. Petua ni pernah disampaikan oleh Dato' Fadhilah Kamsah.
Petua Anak Pintar

Monday, December 14, 2009

Personaliti Mengikut Jenis Darah

DARAH O (aku le ni)
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.

Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Doa Surah Al-Waqiah

Selepas habis baca Surah Al-Waqi’ah, bacalah doa di atas.
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Thursday, December 10, 2009

Nama Anak

Hari ni puas aku cari website nama anak. Akhirnya jumpa balik website tu. http://www.names4muslims.com/baby-girls.php. Kat sebelah kanan bahagian bawah sekali sengaja aku letak link ni. Dari website ni dulu lah aku cari nama anak-anak sebelum ni. Aku suka sangat website ni sebab nama yang ada agak unik tapi masih ada makna yang baik.

Wednesday, December 9, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Based on true story...
Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg melarang pengambilan makanan laut dan darat, secara saintifiknya makanan ini berbeza dr segi kandungan ionnya satu +ve dan satu -ve, dan apabila dicampur menyebabkan perut kan mengalami masalah penghadapan- alin) Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (perkara ini telah diutarakan oleh Nabi kita Rasulullah S.A.W yg menasihatkan kita makan buah dahula sebelum mkn benda lain, secara saintifiknya, buahan mudah dihadam dan mengandungi asid, bila kite makan benda berat mcm nasi dan selepas tu baru mkn buah, buah akan ganggu penghadaman dan akan mengeluarkan asid dan gas, yg boleh menyebabkan angin - alin SI)
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon

Tips Elak Jaundis (Sakit Kuning)

Aku tengah kumpul tips untuk elak jaundis pada baby. Ni antara yg aku dapat:

1. Pada minggu terakhir kehamilan, minumlah susu kambing setiap hari atau setiap 3 hari sekali atau sekerap yg boleh sehingga tiba hari bersalin. Insya Allah baby anda takkan dapat jaundice.cubalah, Insya Allah kalau dizinkan Allah, anak anda akan lahir tanpa jaundice (tips dari ibukauthar SI)

2. Amalkan makan:

a. epal hijau(buang kulit la ya..melainkan anda petik dr pokok epal)
b. Makan pegaga...jus ke ulam ke
c. makan spirulina
(Ni tips dari lovebaby SI aka Fid)

3. Melalui pengalaman turun temurun, keluarga saya (adik-beradik,nenek, pakcik ,makcik) mengamalkan mandi daun durian+daun asam jawa..bila baby lahir, dan mula nampak nak kuning..rebus daun durian 7helai+daun asam jawa dalam segenggam gtu...air tu wat mandi bb, Insya Allah..ok. (Tips dari Imaan_09 SI)

4. Ni dari aku sendiri. Boleh cuba HB kapsul dari HPA.

HB ni dihasilkan daripada pegaga dan bayam duri yang amat baik untuk imunisasi dan tenaga khususnya untuk menambah tekanan darah. Ia juga dapat mengatasi kekurangan darah dan kelesuan badan akibat dari melahirkan anak.

Selain itu H.B juga dapat menyembuh::
# Penyakit keputihan
# Penyakit kecing manis
# Penyakit kulit dan saraf
# Penyakit kuning atau jaundis
# Wanita yang hamil yang mana kekurangan darah.
# Menghancurkan batu karang
# Penyakit Bawasir
# Penyakit Siphlis
# Masaalah sembelit,perut kembung dan peptic ulser


Harga RM17 (harga ahli).
Insya Allah aku nak cari produk HB ni hujung bulan ni. Tu pun aku terbaca secara tak sengaja. Tapi semua tips kat atas kita yang pregnant ni yang makan / minum kecuali yang berasaskan mandian. Jangan pula memandai-mandai nak bagi baby minum susu kambing atau apa-apa selain susuibu.

Perkembangan Bayi (Minggu ke 25 & 26)

Last week aku scan kat Kelana Jaya dulu. Insya Allah baby boy lagi. Ni dah nak masuk minggu ke-25. Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi sudah mencapai 33 cm.

Tuesday, December 1, 2009

Perkembangan Bayi (Minggu ke 23 & 24)

Pada minggu ke 23, tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan baik. Perubahan yang berlaku pada kita untuk minggu ini juga amat baik. Antaranya ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.

Jumaat ni kandungan aku genap 24 minggu. Pada minggu ke-24 pula, kita akan merasa gembira, sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan kita. Kita akan dapati berat badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya kita dapati muka menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan air yang berlebihan.