Tuesday, December 22, 2009

Cara Atasi Sakit Gigi Untuk Ibu Mengandung

Sudah berapa hari aku tanggung sakit gigi yang berlubang dan bengkak ni. Sampai nangis pun ye sebab sakit amat sangat. Kalau tak pregnant, boleh lah aku makan panadol atau ponstan je. Boleh juga guna ubat gigi sensodine dan seangkatannya. Tapi kalau pregnant, mana boleh suka-suka hati guna atau ambil itu ini. Ubat gigi pun kena guna yang basic punya je. Ada terbaca supaya makan betik. Mujarab katanya. Tapi aku takut buah betik buat diabetis aku naik macam tu je (macam buah durian, pisang or mangga masak ranum). Semua buah ni "penyumbang" diabetis.

Last sekali aku call somebody. Dia saran aku tukar pengambilan vitamin. Sebelum ni aku cuma makan 4 biji calsium magnesium dan obimin yang doktor bagi (jenis vitamin 4 dalam 1). So, mulai pagi semalam aku ambil 6 biji Calsium Magnesium Amway (2 pagi, 2 tengahari dan 2 petang) dan B Complex Amway 3 biji sehari (aku makan 3 biji sekaligus waktu pagi). Katanya B Complex bagus untuk kurangkan rasa sakit gigi. Tengah hari sakit gigi aku mula berkurang. Malam pun dah makin kurang sakit gigi. Pagi ni Alhamdulillah sebab sakit gigi dah takde.

Bayangkan lepas seminggu aku sakit gigi baru tergerak nak call somebody ni. Bukan apa, kalau pegi klinik pun doktor cuma advise, tak bagi apa ubat pun (pernah kena masa anak kedua dulu). Rupa-rupanya aku terlupa baby dah nak masuk 27 weeks, so semua vitamin pun kena jaga jumlah pengambilannya. Vitamin yang doktor bagi terlalu basic buat kita. Jadi, pada ibu mengandung yang sakit gigi cubalah cara aku. Jaga pengambilan vitamin korang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment