Tuesday, January 12, 2010

Kecederaan di Rumah

Kecederaan di rumah yang melibatkan kanak-kanak ada kaitannya dengan umur, di mana kebanyakkan kejadian yang berlaku melibatkan kanak-kanak berusia dalam lingkungan 2 tahun. Ini ada hubungannya dengan keupayaan dan kebolehan mereka untuk merangkak, berjalan dan juga memanjat ke tempat yang merbahaya. Juga disebabkan sifat berminat mereka untuk mengetahui sesuatu serta kecederongan mereka untuk memasukkan benda-benda ke dalam mulut

Penyebab ?
Kecederaan di rumah yang berlaku pada kanak-kanak selalunya disebabkan oleh :
•Bucu dan juga bahagian tepi perabot, alat pertukangan, peralatan rumah dan juga alat permainan
•Jatuh dari perabot, basikal dan tempat tinggi ke atas permukaan atau lantai yang keras.
•Tercekik
•Lemas
•Keracunan
•Api dan luka terbakar
•Terkena kejutan elektrik dari peralatan rumah
•Lemas di dalam kolam mandi dan dalam bilik mandi

Faktor - faktor risiko ?
Faktor luaran (extrinsic) termasuk :
•Pencahayaan yang tidak baik
•Permukaan/lantai yang licin
•Terdapat halangan pada lorong/kawasan berjalan
•Tangga
•Kurang tempat memegang
•Ubat-ubatan

Faktor dalaman (intrinsic) pula termasuk :
•Umur dan kekuatan
•Kebolehgerakan dan juga daya imbangan
•Masalah pendengaran dan juga penglihatan
•Kemurungan
•Sakit kronik

Bahaya yang wujud di dalam rumah

Bilik Tidur
•Selalunya ia merupakan tempat yang paling selamat
•Periksa benda-benda yang terdapat di atas katil seperti bantal dan selimut. Ini dapat mengurangkan kejadian lemas pada kanak-kanak.
•Bilik tidur yang mempunyai peralatan elektrik seperti televisyen perlu diberi perhatian.

Bilik mandi
•Awasi anak anda semasa mandi di dalam tab mandi atau menggunakan air dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun pada air yang hanya sedalam 5 sm
•Pisau cukur (manual atau elektrik) dan juga bahan kimia yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya tidak digunakan dengan betul.
•Lantai yang licin dan juga tab mandi boleh menyebabkan seseorang terjatuh

Tangga
•Ini merupakan lubuk bahaya dalam rumah yang bertingkat
•Bagi melindungi kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak yang kecil, pintu kecil perlu dipasang untuk keselamatan
•Jangan tinggalkan barang-barang seperti alat permainan di atas tangga kerana ini boleh terpijak dan jatuh

Lantai
•Bahaya yang datang dari barangan elektrik dan juga penggunaan pengalas lantai yang salah
•Lantai licin dari tumpahan cecair adalah merbahaya
Bilik belajar
•Di dalam bilik ini, ibubapa perlu lebih berhati-hati terhadap peralatan elektrik, hiasan yang digantung, bahan kimia dan juga alat perabot boleh mendatangkan bahaya seperti rak buku yang penuh dengan buku-buku yang boleh menyebabkan buku-buku itu jatuh dan menimpa kanak-kanak apabila mereka cuba mengambilnya.
•Alat tulis yang tajam seperti gunting boleh menjadi sangat bahaya jika diambil main oleh kanak-kanak

Dapur
•Bahagian ini yang selalu menyebabkan berlakunya kecederaan yang berpunca dari peralatan dalam dapur.
•Minyak masak yang panas, air mendidih, kuali panas, rempah dan juga pisau boleh mewujudkan persekitaran yang sangat merbahaya bagi kanak-kanak.

Laman rumah
Di samping menghadapi bahaya-bahaya semula jadi seperi ular,lipan dan juga serangga berbisa, kanak-kanak juga terdedah kepada bahaya buatan manusia seperti bahan kimia (baja),racun serangga dan juga peralatan berkebun.

Bilik stor dan juga garaj
Terdapat banyak barang-barang yang merbahaya disimpan di sini. Bahan kimia dan juga alatan pertukangan adalah barang yang paling kerap boleh mendatangkan kecederaan.

Pencegahan ?
Pencegahan am dari kecederaan di rumah
•Memasang pagar keselamatan pada tangga
•Elakkan penggunaan walker yang beroda
•Awasi anak anda apabila ia mula belajar satu pergerakan baru seperti merangkak, memanjat dan lain-lain
•Bayi sepatutnya tidurkan di katil bayi atau pun di atas lantai. Ini adalah kerana bayi lebih cenderung untuk berguling dan terjatuh daripada tempat dia tidur.
•Pada peringkat umur tertentu, kanak-kanak cenderung untuk memanjat. Jadi jangan letakkan barang-barang yang boleh dipanjat berhampiran dengan tingkap. Awasi sepenuhnya aktiviti yang mereka lakukan.
•Cepat bersihkan lantai sekiranya tertumpahkan sesuatu di atas lantai
•Simpan semua hamparan atau permaidani yang dilipat. Pastikan benda-benda itu tidak bersepah di atas lantai.
•Simpan pisau dan segala objek tajam di tempat yang selamat, yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
•Simpan ubat dan juga bahan-bahan beracun di dalam almari yang berkunci dan sukar dicapai.
•Simpan ubat di dalam bekasnya yang asal.
•Jangan beri ubat orang dewasa ataupun ubat untuk kanak-kanak lain kepada anak anda
•Ubat yang tidak lagi digunakan haruslah dimusnahkan - buang di dalam sinki, ditanam ataupun dibakar
•Simpan botol minyak tanah di dalam kabinet ataupun di tempat yang tinggi untuk mengelakkan kanak-kanak tersalah ambil dan terminum dari bekas tersebut
•Detergen atau sabun basuh adalah bahan yang merbahaya sekiranya terminum ataupun terpercik pada kanak-kanak. Simpanlah di dalam tempat yang selamat.
•Simpan dan ingat nombor-nombor kecemasan yang penting dan juga pusat rawatan keracunan yang berdekatan. Ini berguna sekiranya anak anda tertelan ubat dan juga bahan-bahan yang tidak diingini.
•Racun serangga tidak sepatutnya dibiarkan terdedah. Ia perlu disimpan di tempat-tempat yang tersembunyi dan tidak mudah diambil oleh kanak-kanak.

Lemas
•Berhati-hatilah dan awasi dengan rapi apabila anak anda bermain dalam air, seperti di dalam tab mandi atau pun menggunakan air di dalam baldi. Mereka boleh lemas walaupun hanya dengan air yang sedalam 5 sm
•Tutup semua bekas air
•Didik and ajar anak-anak anda cara berenang
•Rumah yang mempunyai kolam renang seharusnya dipagar di kelilingnya bagi mengelakkan kanak-kanak menggunakannya tanpa pengawasan.

Luka terbakar dan melecur
•Biasakan dan pasang alat penggera untuk mengesan asap di tempat-tempat tertentu dalam rumah seperti dapur dan juga bilik tidur.
•Jauhkan kanak-kanak daripada memasuki dapur
•Jauhkan pemegang peralatan yang panas daripada jangkauan kanak-kanak
•Sorokkan semua mancis dan juga pemetik api
•Sentiasa merasa suhu air pada alat pemanas mandian sebelum memandikan anak anda
•Jauhkan anak-anak sekiranya anda sedang menggosok pakaian dan jangan sekali-kali membiarkan seterika terpasang
•Jangan tinggalkan atau biarkan api yang menyala (seperti lilin dan pelita) pada kanak-kanak

Bahagian Rumah
Di dalam bilik
•Seboleh-bolehnya, pasangkan alat penggera asap di luar bilik tidur pada setiap tingkat di rumah anda. Ini perlu dipertimbangkan.
•Uji alat-alat itu sebulan sekali dan juga tukarlah bateri sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
•Uji laluan keluar dari kebakaran dan tetapkan satu tempat untuk berkumpul di luar rumah sekiranya berlaku kebakaran.
•Letakkan bayi anda tidur di tempat tidur yang khas tanpa bantal atau pengalas di bawah tempat tidur.
•Gunakan krib khas untuk kanak-kanak yang mematuhi kesemua ciri-ciri keselamatan mengikut standardnya.
•Jauhkan alat permainan yang kecil, guli, belon dan juga bola kecil dari kanak-kanak kecil.
•Periksa label alat permainan dan pilihlah yang yang sesuai dengan umur anak anda. Pastikan bekas menyimpan permainan mempunyai penutup yang selamat.
•Untuk mengelakkan daripada tercekik, jangan gunakan sebarang tali untuk barang yang digantung dalam rumah dan juga permainan yang bertali seperti gasing, yang boleh mengakibatkan kanak-kanak tercekik.

Di dalam bilik mandi
•Untuk mengelakkan keracunan, kunci semua ubat-ubatan dan juga vitamin, walaupun ia disedia dan dibungkas khas untuk mengelakkan dari kanak-kanak.
•Sentiasa simpan sirap Ipecac, tetapi gunakan hanya jika dinasihatkan oleh doktor atau pusat kawalan racun sahaja.
•Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda di dalam bilik air bersendirian, terutamanya di dalam tab mandi
•Sebelum memandikan anak-anak anda dengan air panas, uji dahulu kepanasan air itu dengan belakang tapak tangan atau siku anda sama ada air itu terlalu sejuk atau terlalu panas. Ini bertujuan untuk mengelakkan kejadian melecur.
•Untuk mengelakkan daripada melecur, sentiasa tetapkan aras pemanas pada 120?F dan juga pasangkan alat anti melecur, jika boleh.
•Pastikan tab mandi, dan juga air pancuran mempunyai permukaan yang tidak licin dan juga mempunyai alat pemegang.
•Simpan peralatan elektrik seperti pengering rambut dan juga alat kerinting rambut jauh dari kanak-kanak dan jauh dari air.

Di dapur
•Simpan pisau, beg plastik, pemetik api dan mancis di tempat yang berkunci dan jauh dari kanak-kanak
•Elakkan dari api dan luka terbakar dengan tidak meninggalkan masakan, pusingkan pemegang periuk ke bahagian belakang dapur dan jauhkan makanan dan juga cecair yang panas dari terlalu hampir dengan meja dan kaunter.
•Pastikan anak anda tahu cara BERHENTI, JATUH dan juga BERGULING sekiranya baju mereka terbakar.
•Cabut semua wayar penyambung tanggal dari plag dan ikatkannya dengan rapi. Gantikan penyambung wayar yang sudah rosak.
•Letakkan anak anda dengan baik di kerusi tinggi, buaian ataupun tempat-tempat yang dikhususkan untuk kanak-kanak.

Pada keseluruhan kawasan di rumah
•Untuk mengelak serangan asma (lelah), jauhkan sumber-sumber yang terdiri daripada kulat, habuk dan juga serangga seperti lipas. Sekiranya anda memiliki haiwan peliharaan, peliharalah ditempat tertentu dan pastikan tempat tinggal itu sentiasa bersih. Jauhkan haiwan itu dari perabot rumah anda.
•Merokok merbahayakan kesihatan. Elakkan dari merokok terutamanya di dalam rumah kerana kesannya bukan sahaja terhad kepada perokok itu sahaja, tetapi juga melibatkan ahli keluarga yang lain, terutamanya kanak-kanak.
•Pastikan semua peralatan yang melibatkan pemanasan seperti ketuhar, tempat pemanas, dapur arang, dan juga dapur gas berada dalam keadaan baik dan juga sentiasa diperiksa untuk tujuan keselamatan.
•Gunakan pagar keselamatan pada tangga (dan juga lain-lain tempat yang bahaya), gunakan plak keselamatan untuk melindungi sumber-sumber elektrik. Gunakan selak keselamatan untuk laci dan juga almari.
•Jauhkan kanak-kanak dari peralatan memanjat atau perabot yang membolehkan mereka memanjat tingkap
•Pasangkan gril atau penahan pada tingkap (bukan pada tingkap kecemasan)
•Untuk mengelakkan kanak-kanak daripada terjatuh, pastikan keadaan di tempat laluan seperti kaki lima dan juga tangga sentiasa cerah dan terang dan juga gunakan pengalas yang tidak licin.
•Jauhkan sebarang objek daripada mengganggu laluan di tangga untuk mengelakkan sesiapa terlanggar dan terjatuh
•Tempatkan bahan pencuci, racun serangga dan juga bahan lain yang mungkin merbahaya dalam bekasnya yang asal atau bekas yang berlabel dan juga jauhkan dari dicapai oleh kanak-kanak
•Belajar cara memberi pertolongan cemas dan juga resusitasi jantung atau CPR (bantuan pernafasan)

No comments:

Post a Comment