Wednesday, January 13, 2010

Gabungan Makanan yang dilarang dan Pesanan Nabi s.a.w

Rasulullah s.a.w melarang memakan makanan-makanan berikut secara bersamaan
[susu dengan ikan , cuka dengan susu , buah-buahan dengan susu , atau selada dengan ikan , bawang putih dengan bawang merah , daging kering dengan daging segar , makanan masam dengan makanan beasam , lemak dengan cuka ,cuka dengan nasi ,anggur dengan terung yang berlebihan , buah delima dengan lemak daging , dua makanan yang sejuk , dua makanan yang panas , atau dua makanan yang menghasilkan kentut]

SABDA NABI
Sebelum menyenaraikan makanan-makanan , lebih baik kita kemukakan sabda Nabi s.a.w berkenaan cara-cara kebersihan , mengelakkan penyakit dan seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan . Nabi besar Muhamad s.a.w pernah bersabda demikian :

1. Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan-Nya juga ubatnya , kecuali mati . Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk Al-Quran akan lanjut usianya.
2. Asal segala penyakit ialah . Oleh itu, makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.
3. Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat . Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan anda.
4. Pada pandangan Allah . makanan yang paling baik ialah makanan yang di makan beramai-ramai.
5. Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan , makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim , makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s
6. Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya , kerana makanan yang panas itu tidak berkat .
7.Apabila makan , tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat . Inilah nasihat yang baik.
8. Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan . Oleh itu , mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu , bukan mula dari tengah . ( pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat berkat , jangan seorang diri saja ) .
9. Ada keberkatan dalam tiga perkara : dalam sarapan pagi , dalam roti , dan dalam sup .
10. Berus gigi dengan miswak ( berus gigi kayu yang biasanya dibuat daripada dahan pokok ( pokok pelu ) selepas makan dan kemudian berkumur-kumur , kerana kedua-keduanya amalan ini adalah penjaga gigi .
11. Gunakan miswak kerana amalan ini datang kebersihan , dan kebersihan datnag dari iman , dan iman membawa orang itu ke Syurga
12. Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung ( iaitu tidak membazir ) .
13. Makan bersama barulah bersurai , kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan .
14. Kurang makan kurang dosa .
15. Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul gandum , barli , kismis , sekoi , lemak , madu , lebah , keju , sejenis pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan ( walnut ) dan zaitun .
16. Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada pangkal paha ( sciatica ) 17. Sarapan pagi waktu fajar ( dini hari ) ada berkatnya
18. Ketika saya mikraj , tidak ada seorang Melaikat pun yang tidak berkata , Wahai Muhamad s. a.w beritahu umatmu supaya berbekam . Rawatan yang paling baik ialah berbekam , ketumbar dan sejenis herba ( costus ) .
19. Siapa yang sakit 7 hari , maka ia adalah penebus dosa 70 tahun .
20. Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan kerana berhutang .
21. Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit , baginda biasanya berkata : Hindarlah pedaya iblis , kekuatan itu dengan Allah , sembuh dan disembuhkan , tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau

No comments:

Post a Comment