Friday, June 11, 2010

Kat Mana Ada Cloth Diaper Murah?


Aku teringin nak try Cloth Diaper (CD) brand Bamboolite or Dyana. Tapi harga dia boleh tahan. Dyana yg satu insert dalam RM45. Bamboolite paling murah RM54. Brand apa lagi ye yang boleh guna sampai 18kg (jenis one size)? Kalau boleh microfleece or bamboo. Atau ada ke sape2 yg jumpa brand bamboolite dgn harga lebih murah? Chewah!

Monday, June 7, 2010

Kalau Aku Diberi Peluang Kembali....

Kalau aku dapat putar kembali waktu mengandungkan reezqi, tentu aku nak buat benda ni. AKU TAK AKAN BELI APA2 SET BERSALIN. Bukan set Amway tak bagus tapi disebabkan pelbagai masalah aku hadapi sepanjang berpantangkan dia, banyak benda aku tak guna. Pil makan pun abis lepas Reezqi dah nak masuk 70 hari! Anak2 lain, memang aku guna KESEMUANYA.

Apa aku akan buat kalau diberi peluang putar kembali (macam dapat)? Aku cuma beli Gamat Healin, Hi-Goat 4-8 kotak, Calsium Magnesium, B-Complex dan Protein (semuanya Amway). Sebab Calsium dah tentu2 boostkan susu aku (ada Alfafa) dan B -complex dapat kawal emosi dan bagi tenaga. Protein untuk boost susu gak dan untuk pulihkan jahitan. Hi-Goat bagus untuk buasir dan lawaskan buang air serta anak pun cepat baik dari kuning. Set bersalin plak, aku terpaksa guna minggu ke-4 sbb anak kena kuning/jaundis.

Dan hati pun tak terkilan kalau tak habis guna set bersalin. Sebab dengan menyusu, badan pun tetap cepat turun kalau tak guna set bersalin. So, pada bakal-bakal ibu kenalah fikir-fikirkan benda ni ya.


Thursday, June 3, 2010

Kembali BercDing


Haider dengan koleksi CD nya

Antara koleksi CD yg ada

CD terbaru aku beli (Autumnz)

CD paling aku sayang (Thirsties)

Sebaik habis jer pantang, aku kembali bercding semula. Cuma waktu malam, aku still guna pampers. Sebab sekarang aku perlu keluar dari rumah seawal 6.20 pagi. Lain lah dulu, aku keluar keje dalam pukul 8 pagi. Kalau lah pagi tu anak aku buat poo..poo.., aku tak sempat nak basuh. Kecuali waktu cuti, aku boleh fully Cding.

Reezqi masih guna pampers. Kalau dia dah mula stabil buang air besar (1-2 kali jer sehari, baru aku guna CD). Skarang ni lebih kepada abangnya. Aku target bulan 7, Reezqi guna CD.

Aku ada try beberapa jenis CD. Tapi coola baby (terutama AIO) dan Thirsties gak tetap di hati. Reason dia senang jer, anak selesa. Aku baru beli brand Autumnz. Cantik dan lembut tapi anak tetap request dua brand kat atas tu. Walaupun boleh guna sampai 18kg, aku tengok sama besar macam coola baby jer. Lunatots pun ok material dia tapi kecik macam Autumnz gak. Cuma Thirsties, kita terpaksa beli ikut size. Tu yg sakit. So, aku pilih coola baby.

Brand paling buat aku geram is Palm & Pond. Walaupun kita beli saiz besar (XL), sebenarnya kecik jer. Material pun tah apa-apa (Macam plastik). Better guna CD pureen (insert napkin). Shinies ok tapi insert kurang menyerap. Kasih sayangku plak agak mencengkam kat bahagian paha. Lain2 brand, sekadar percubaan kali pertama (dan terakhir sebenarnya :) )So, pada yang nak berCding, aku nasihat beli dalam jumlah yang sikit. Nanti menyesal plak.

Kiddy Wash

Pasal sabun plak, aku undi Kiddy Wash (Cosway). Sebotol aku guna hampir setahun (Aku basuh CDs 2 hari sekali). Memang orang kata boleh guna sabun murah yg basic tu (macam fab, daia). Tapi yg susahnya, kalau terlebih guna sikit, mula ada something build up dan CD mula bocor. Dan aku percaya ramai moms kat luar sana slalu putus asa sebab masalah CD bocor. Sabun salah satu sebabnya. Aku beli dua sebab bulan ni ada offer (RM17 untuk 2 botol).
Yang pasti, aku jimat berkali-kali ganda bila guna CD ni since awal tahun lepas.

Thursday, May 27, 2010

Warmer oh Warmer

Warmer Snow Bear


Dua hari lps aku dapat warmer snow bear. Beli kat njoybreastfeed. Ni hari kedua baby sitter ada mslh cara guna warmer. Aku pun macam terkial-kial lagi. Pamphlet dia pun tak berapa jelas tentang cara guna. Sempat tak sempat, aku kena godak gak susuibu.com.

Rupa-rupanya aku yang salah guna. Tak letak air dalam cup putih tapi terus masuk botol dalam warmer. Cup putih tu aku simpan (ha..ha..). Kat blog sue (diyaluna) pun ada cara-cara guna warmer ni. Apa lagi, terus aku link kat label penyusuan blog aku. Rupa-rupanya, masa yang diambil utk susu ni panas bergantung pada suhu susu. Kalau nak cepat, lps kuar peti (bukan dari bahagian beku ek) alirkan bawah paip dulu. Pastu terus masuk dalam warmer. So, masa utk susu warm cuma 10-15 minit jer. Bak kata mamahadiff kat sini, "sometimes the bottle can be heated up but not the milk..". So, jgn risau. Tapi tu cuma utk brand snow bear. Lain2 brand tak berani nak komen banyak. Ni pun terkial-kial baru belajar (sebelum ni guna rendam2 air suam jer).

Moralnya, sempat tak sempat, kena gak rajin explore untuk belajar sesuatu demi anak...

Tuesday, May 25, 2010

Barang dah sampai

Barang-barang yang ku order dari Enjoybreasfeed

Warmer dan botol yang kutunggu-tunggu

Pagi tadi, barang-barang yang ku order sampai. Bestnya, terutama bila tengok warmer snow bear dan diaper Autumn Minky. Lembutnya macam kain sutera. Chewah! Dah lama dah tak beli CD, bila dapat design baru, tentu teruja.

Aku memang kena C'ding semula. Aku stop C'ding masa pregnant dah cecah 7-8 bln. Sbb tak larat nak basuh. (Aku akan bilas sehelai-sehelai tiap2 insert sebelum masuk dalam WM supaya tiada bau hancing). Lps habis pantang, baru aku berCD semula. Anak dah ada tiga, so kena pandai cari mana-mana ruang untuk jimat beb!

Monday, May 24, 2010

Susu Ibu...Tersilap Langkah ke Aku???

Antara hasil yg aku dapat

Aku takde masa nak menulis tapi pada masa sama aku perlukan info Penyusuan. Then aku dapat idea, maka aku pun buat LABEL PENYUSUAN. Aku just ambik semua link dan letak kat situ. Pada masa sama, aku dapat sebarkan blog-blog or website yang berguna. Sebab selama ni aku buat silap sikit dari segi teknik penyimpanan.

Setiap sesi mengepam, aku dapat dalam 7-8oz. So, Lebih kurang 1 botol setengah (aku guna botol bumble bee saiz 5 oz). So, sesi ke-2 aku dapat jumlah yg sama. Botol yg ada setengah tu, terus aku campur susu yang aku perah tadi (Suhu bilik + suhu sejuk). Kat rumah baru aku bekukan. Rupa-rupanya teknik aku salah. Aku perlu sejukkan dulu, baru campur. Banyak pulak tu aku dah buat macam tu.

Lagi satu aku silap dari segi teknik pemberian EBM. Sepatutnya aku makesure susu segar (yang tidak dibekukan) patut diberi dalam kuantiti 70-80%. Maksudnya, kalau ada 5 botol, cuma satu jer susu beku digunakan. Tujuan, supaya antibodi baby lebih kuat. Selama ni aku bagi setengah yang segar, setengah lagi beku. Kesian Reezqi :(. Maybe terlebih baca info or banyak blog. (Setiap blog ada info berlainan dan tak semestinya tepat).

Wednesday, May 19, 2010

Teruknya Service Airpak!!!

Walaupun benda ni dah sebulan berlalu, aku tetap nak tulis gak. Geram sangat-sangat. Bulan lepas aku ada beli barang dari enjoybreasfeed. Barang-barang kat situ memang murah selepas kita register sebagai ahli. Cuma aku tak puas hati pasal penghantaran. Aku tak salahkan Enjoybreasfeed sebab dia ada sediakan beberapa pilihan cara penghantaran. Salahnya memang datang dari diri aku sendiri gak. Buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku guna service AIRPAK COURIER SERVICE. Punya lah sakit ati, Tuhan aje yang tahu. Sepatutnya barang aku sampai hari Isnin tapi alasan yang diberi, tak jumpa address yang diberi. Macam lah rumah kat Sentul tu susah nak cari. Rumah taman, bukan rumah kampung yang takde nombor rumah.

So, hari seterusnya bagi plak address rumah aku. Tunggu punya tunggu, tak sampai gak. petang baru dapat tahu motornya pancit. Last2 hari Khamis baru dapat! Tu pun janji sampai sebelum pukul 10 pagi tapi pukul 11 pagi baru sampai!!!. Putar belit punya orang (tau la kaum jenis lidah cakap putar belit---faham2 je lah kaum apa ek). Geram sangat ler ni. Dah lah kredit habis macam tu aje masa nak kol. (sehari 3-4 kali aku kol). Enjoybreastfeed pun setiap hari kol tanya barang dah sampai ke belum.

Moralnya, kalau nak order barang, gunalah pos laju jer. Biar mahal tapi barang sampai ikut masa yg sepatutnya. Kepada enjoybreastfeed, harap2 buang jer lah service Airpak Courier tu. Kesian pada customer. Ok ke cadangan aku ni???

Award lagi...

Award Beautiful Blogger

Award Blog Mesra Mata
Kali ni aku dapat award dari umialya plak. Thanx so much umialya. Walaupun baru sgt2 berblog (baru setahun), dah dapat 2 award. Sebenarnya dah hampir sebulan dapat award dari umialya. Cuma hari ni baru berkesempatan update blog yg makin bersawang ni. (Nnt anugerah beautiful blogger kena tarik plak. :) )