Friday, November 25, 2011

Antara bentuk katil kat dunia...

 Oval...macam buaian pun ada
 Kalau jenis tak bergerak, boleh lah cuba katil ni
 Ni boleh tido kalau gaduh
 Pd yang ingin jimat ruang
 Gol!
 kat bahagian mana nak tido?
 anak lelaki memang suka
 kreatif design ni
 nyenyak ke tido berdiri?
 katil impian kanak-kanak
 sangkar....
 kalau panas, terjun je kat sebelah nun
nampak lembut jer katil ni. suka aku 
 Peminat mercedes sesuai...
ala-ala menara telekom pun ada

Wednesday, November 23, 2011

Menang Hamper Johnson & Jonhson dari Pa&Ma

lebih kurang hadiah set ni aku dapat dulu

Tadi ke selera duta sekejap, ternampak majalah Pa&Ma Disember. Dah 2 bulan terlepas majalah ni. Belek punya belek, tengok soalan aku naik dalam ruangan Tanya Sama Pakar. Disebabkan aku hantar sekitar September lalu, aku memang pun dah jumpa paed last month seperti yang disarankan. Tapi memang best sebab hadiahnya hamper Johnson & Johnson. Dulu aku pernah gak menang hamper macam ni dari mami&baby, memang berbaloi. Dapat cover duit make-up anak-anak untuk 2 bulan :).

Monday, November 21, 2011

Online contest bernilai RM800

Cuti sekolah dah mula, jalan memang lengang. Sempena cuti sekolah ni, aku nak invite pada kaki contest-contest ni joint satu contest berkaitan cuti sekolah. Contest ni anjuran Dutch Lady. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berumur 6 tahun dan ke-atas, dan ingin berkongsi pengalaman anda sila hantarkan emel beserta jawapan anda bagi soalan-soalan yang dikemukan. 
Ibu bapa yang mengemukakan jawapan terbaik akan memenangi hadiah wang tunai berupa RM800 + hamper sumbangan Dutch Lady Malaysia, serta berpeluang untuk menyertai sesi temu bual yang akan dikendalikan oleh selebriti, pakar nutrisi dan pakar psikologi. Bukan susah pun, just isi masa lapang dengan karangan cerita sebenar dan emel. Tapi anak aku baru nak cecah 6 tahun. Rugi.....

Thursday, November 17, 2011

Istana Negara Baru 2011

Tiap kali lalu highway tol duta ke masjid wilayah, mata aku mesti pandang meleret ke istana baru ni. Memang cantik. Tapi betul gak kata penulis blog ni. Try usha gambar2 mewah istana tu kat RINGAN KEPALA: Istana Negara Baru 2011: " Ya Allah... Mewahnya Istana Negara kita yang baru nieh!! Memukau mata Sk bila tengok gambar-gambar nieh. Istana Negara baru yang dibina ...

Thursday, November 3, 2011

Bahaya tengking anak!

Tengking kanak-kanak SEKALI, 1 JUTA neuron musnah. Untuk pulihkan 1 juta neuron tu semula, kita kena bagi mereka makanan yang sihat selama 3 BULAN. Ini info yang aku dapat dari seminar bulan lepas.


Antara info menarik atau tips berguna yang aku dapat lagi ialah:
~ Jika makan atau minum sambil berdiri, mudah diserang angin ahmar.
~ Jika kita beri duit pada ibubapa, berilah dalam jumlah yang berubah-ubah supaya mereka tak mengharap. (Cthnya, bulan ni mungkin RM200, bulan depan RM 180, bulan seterusnya RM250. Bukan makin turun selamanya). Tu take for granted namanya.
~Bagi perokok, makan jambu batu yang tiada biji untuk buang karbon. Makan berpada-pada, jangan banyak.

Wednesday, November 2, 2011

Cara lembutkan hati anak yang degil


Sambungan dari seminar Pak Din yang aku attend...
Dia ada bagi cara nak lembutkan hati anak yang degil atau nakal sangat:

Bila anak tidur, letak tangan atas ubun-ubun anak (atau sekadar syarat jer). Lps tu, baca surah Al-Ikhlas ayat 1-2, berhenti dan mohon dengan doa Nabi Daud a.s (Ya Allah, lembutkan hati anakku [sebut nama anak] seperti mana kau lembutkan besi Nabi Daud a.s). Baca doa tu sebanyak 3 kali, kemudian sambung surah Al-Ikhlas ayat 3-4. Lepas tu baca Ya Syahid 3 kali dan tiup ikut tangan dari ubun2 sampai ke kaki (tangan melurut dari ubun2 hingga kaki).

Usaha...tawakal pada-Nya...

Thursday, October 20, 2011

Pemakanan yang merosakkan otak kanak-kanak


Antara isi yang aku dapat tentang pemakanan dalam ceramah Tn. Hj. Samsudin @ Pak Din

~ Makanlah sayur-sayuran hijau bersulur macam kangkung sbb bagus. Ianya boleh elak pendarahan dalam perut.
~ Makanlah ayam dara yang belum bertelur
~ Jangan minum teh/kopi campur susu sebab dalam teh dan kopi ada antioksidan. Dalam susu ada thyrofem yang boleh memusnahkan bahan antioksidan. Bila campur (macam teh tarik yang sedap sangat tu), takde apa khasiat dah.
~ Daging kambing jauh lebih baik dari daging lembu/kerbau sebab kolestrol dalam kambing adalah 480, lembu 600++.
~ Elak makan bawang putih kecuali untuk berubat (nabi pun tak suka bawang putih)
~ Bawang merah bagus katanya. (tapi aku pernah baca jangan terlebih makan, otak jadi sebaliknya ~ tumpul)
~ Halia bagus ada dalam diet tapi jangan makan banyak sangat
~ Elak makan bawang besar dan kentang bertunas sebab akar-akarnya boleh merosakkan otak terutama kanak-kanak
~ Bubur bagus tapi jangan campur ikan/daging (dengan kata lain jangan campur makanan darat dan laut sebab bahayakan kesihatan)
~ Batang-batang sayur perlu dihancurkan/hentak sampai keluar getah. Sebab getah2 tu bagus untuk penghadaman.
~ Elak bagi kanak-kanak coklat putih sebab ada "hyper violent". Kalau nak sangat, cukup sekadar coklat hitam atau coklat yang berwarna coklat (korang pahamkan?).

Okaylah, next time kita sambung lagi. Banyak gak aku dapat dari dia ni....

Saturday, October 15, 2011

Finger Sandwiches

Bahan2:
Roti putih atau roti gandum, tuna mayonis, telur, timun, sos tomato, hirisan daging atau ayam (kat kedai ada banyak jual dalam bentuk segiempat)

Cara-cara:
Roti putih dibuang kulit tepi. Sapu sekeping roti dengan tuna mayonis. Taburkan black papper (kalau suka) dan letak lapisan telur. Seterusnya letak timun dan hirisan daging/ayam dan ratakan dengan sos tomato (kalau dewasa boleh guna sos cili baru sedap). Tutup dengan roti kedua. Bakar hingga kekuningan. Bakar atas kuali leper lagi mudah. Tara... dah siap.

Untuk kesan yang cantik, potong sandwich ke dalam segi tiga . Bukan apa, kalau potong dua segiempat gitu2 aje, nak makan pun tak selera (kata anak aku).