Tuesday, September 28, 2010

Kaedah-Kaedah Perancang Keluarga

Merancang Keluarga Secara Semulajadi

Ia diamalkan dengan mengelak dari membuat hubungan seks semasa subur. Ia mengunakan kaedah BBT dan dengan melihat perubahan lelehan lendir faraj setiap hari. Jangan membuat hubungan seks semasa tempoh subur yang selalunya berlaku dalam lingkungan 7-10 hari. Bagi sesetengah wanita, mereka memilih untuk mengunakan kondom semasa tempoh subur ini.

Kondom

Kondom ialah alat pencegah hamil yang menghalang sperma dari memasuki rahim wanita. Ia terdiri dari salur getah yang dipakai semasa ereksi sebelum berlaku sentuhan dengan faraj. Kondom adalah alat kontraseptif yang popular.

Ubat Anti-Sperma

Spermicides adalah bahan kimia yang boleh membunuh sperma. Boleh didapati dalam bentuk buih, jeli, dan tablet faraj.

Diaphragm

Diaphragm adalah getah lembut berbentuk bulat yang boleh meregang. Bahagian muncungnya diisi dengan jeli pembunuh sperma. Diaphragm dimasukkan ke dalam faraj sebelum hubungan seks.

Cap Serviks

Berbentuk cawan kecil yang diperbuat daripada getah latex atau plastik. Seperti diaphragm, cap serviks dimasukkan kedalam faraj dan diisi dengan jelly pembunuh sperma.

Alat Dalam Rahim (IUD)

Intauterine Device (IUD) atau Alat Dalam Rahim adalah berupa alat plastik yang mengandungi cooper atau hormon dan dimasukkan kedalam rahim oleh doktor.
IUD tidak mencegah sperma dari mengampiri telur tetapi ia boleh menyebabkan persekitaran rahim menjadi sukar untuk persenyawaan berlaku dan begitu juga dengan implantasi.

Kaedah Hormon

Kaedah hormon bertindak dengan 3 cara:
  1. Menghalang telur dikeluarkan dari ovari setiap bulan
  2. Menyebabkan mukus serviks tebal dan sukar untuk sperma menembusinya
  3. Menyebabkan dinding rahim menjadi nipis sukar untuk kehamilan terjadi walaupun persenyawaan sudah berlaku.
    Contoh kaedah hormon:

    1. Pill perancang
    2. Suntikan depo-provera

Kaedah Sterilasi

Tubal ligasi
Kaedah pembedahan dimana, kedua-dua salur fallopian wanita akan diikat dan dipotong. Ia adalah satu kaedah kekal dan tidak dapat diterbalikkan.

Vasektomi
Satu kaedah sterilasi dimana salur vas deferens lelaki yang terletak di antara testis dan groin akan diikat atau dipotong. Ia dilakukan secara pesakit luar mengunakan bius setempat.

Sunday, September 26, 2010

Apa Beza IUCD Biasa & IUCD Marina?

Tadi aku buat follow-up. Setelah sekian lama pergi balik untuk anak, kali ni untuk diri sendiri. Sekali pergi, 2 orang doktor sekali aku jumpa. Bukan suka-suka tapi memang perlu sangat-sangat terutama doktor Azmi. Sebabnya pergelangan tangan tangan aku dah 2 bulan sakit. Sebelum puasa lagi. Sampai nak sign dokumen pun sakit, apalagi nak menulis banyak-banyak. Menyapu pun macam orang cacat. Sampai kawan-kawan panggil OKU. Baru satu nikmat Tuhan tarik dah terasa susah. Tapi memang betul-betul sakit. Puncanya mayb BF sambil baring (pernah berlaku kat pergelangan tgn kiri 4 tahun lepas tapi bila urut ok. Kali ini memang tak jalan). Penyudahnya dapat suntikan utk legakan urat-urat yg tegang tu.

Pastu macam biasa jumpa Dr. Asmah Yun. La...dia takde plak, ganti dengan Dr. lain. Mujur nurse minta maaf awal-awal sebab tak sempat bagi tau. Dan mujur yang replace tempat dia Dr. yg ok dan bukan Dr......Kalau Dr....., aku rela balik jer. Aku tanya apa beza IUCD biasa dengan IUCD Marina. Katanya IUCD Marina ada hormon. Memanglah, tapi aku nak tau gak apa fungsi hormon tu. Kata Dr. fungsinya ialah untuk reduce heavy period. IUCD biasa bleeding mmg agak teruk. Emm...akhirnya dapat pon jawapan. Patutlah Marina agak mahal. 

Sebab sebelum ni orang kata IUCD Marina kurang elok sebab ganggu hormon dalam badan. Sebenarnya hormon dalam IUCD Marina cuma bertindak dalam ruang rahim dan bukan seluruh badan macam makan pil perancang or suntikan. So, takkan mengganggu pengeluaran susu badan. Kiranya macam IUCD biasa cuma hormon yang ada dalam Marina mengurangkan bleeding.

Sunday, September 19, 2010

Hangin Aku!!!

Semalam aku bawak Reezqi follow up dengan paed. Sepatutnya petang tapi aku pergi pagi. Aku terpaksa cuti (EL plak tu) kerana anak. Aku perlu pastikan dia betul-betul sihat. Pagi semalam pun badan dia macam dedar sikit. Kiranya hampir 2 minggu dah aku cuti. Berbalik pada tajuk kat atas, semua ni gara-gara PUSRAWI (Jln Tun Razak).

Dah la menunggu kat kaunter pendaftaran lama . Bila sampai giliran aku, ada masalah GL timbul. Last week Reezqi warded. Masa keluar, staf bertugas lupa keluar surat arahan GL baru. Sbb tempat keje aku guna GL berasingan untuk warded dan follow up. Lagi sakit, setakat GL untuk follow up ni, tak main faks-faks kecualilah kalau kena warded. Kena naik ke ofis HQ. Aku dah mula bengang. Bukan sekali tapi dah berkali-kali terkena. Katanya tak perasan sebab ada miscommunication. Sempat patient lain bagi tau dorang pun selalu terkena. Lepas aku dah luahkan rasa bengang dan separuh marah (separuh ke?), masalah setel. Mujur majikan aku ada tolak ansur sebab anak aku kebetulan tak sihat sangat. So, satu surat khas dikeluarkan. Mujur lah aku pergi pagi.....

Satu je yang buat aku jadi sejuk hati balik iaitu aku berdepan dengan staf dia yang cuba nak membantu. Aku berterus terang yang aku datang tanpa encik husband dalam hujan (sbb dia out station). Kebetulan air mata aku mcm nak tumpah pun sebab menahan marah dan geram. Dulu aku ada masalah yang hampir sama tapi staf PUSRAWI yang aku dapat tu agak lepas tangan. Maybe sebab dah berumur??? Mayb....

Tapi apa-apa pun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku masih ada panel dan anak-anak dapat refer pada doktor pakar yang kita pilih. Sebab dulu aku pernah bawak anak ke Hospital Selayang, dari pukul 6 petang sampailah pukul 11.45 malam baru siap! Nak tunggu ambik darah, hampir 3 jam baru dapat turn. Sepatutnya perkara ni tak berlaku sebab selayang antara hospital yg cepat gak. Tahu tak apa yang berlaku? Staf yang bertugas sedang sedap berborak sambil baca paper dalam bilik. Lepas kena sergah dek sorang pakcik yang anaknya tengah demam panas (mayb denggi katanya), baru nombor giliran tu bergerak---> kalau dia sergah pukul 8 lagikan bagus :). Inilah pengalaman 2 tahun lepas yang tak dapat aku lupakan.

Wednesday, September 15, 2010

Abby Tuntut Duit Hantaran Dari Norman


"SEPATUTNYA Norman Hakim jelaskan dulu hutang wang hantaran kahwin saya sebanyak RM11,111.11 dan kemudian barulah dia beri pula wang hantaran baru kepada orang lain," pinta Abby Abadi, 32, kepada bekas suaminya, Norman Hakim, 34, yang dijadualkan bertunang dengan Memey Suhaiza Suhaimi, 22, pada raya keempat kali ini.

Pengakuan menggemparkan Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan itu dibuat kepada Rap, baru-baru ini.

Kata Abby, dia tiada hak untuk menghalang Norman bertunang atau berkahwin lagi tetapi meminta agar diselesaikan dulu hutang wang hantarannya lapan tahun lalu (mereka menikah pada 8 Januari 2002) dan apa yang sewajarnya dilakukan sebagai seorang ayah kepada tiga anak mereka, Mohamed Danish Hakim, 7, Marissa Dania Hakim, 5 dan Maria Danisha Hakim, 2.

"Saya bersyukur dengan kehidupan saya dan apa yang baik untuk Norman. Saya tak kisah pun kalau mereka nak berkahwin tapi masalahnya sekarang sebelum dia sediakan wang hantaran baru, dia perlulah bayar hantaran saya dulu. Wang itu boleh juga saya gunakan untuk perbelanjaan anak-anak kami.

"Mereka semakin besar dan perlukan perbelanjaan yang banyak. Selama ini apa yang Norman buat tak seperti yang diucapkannya. Sejak dulu saya menanggung semuanya. Sekarang pun dia masih tak menanggung nafkah anak-anak dengan sepenuhnya. Dia cuma bagi ala kadar dan ikut suka hati. 

"Ingatkan apabila sudah berdepan dengannya bolehlah dapat bajet untuk belanja raya tapi tak nampak bayang pun. Selama ini saya berdepan dengan manusia yang tidak ada hati dan perasaan.

"Di lokasi saya buat biasa saja dan kalau perlu bercakap pun berkaitan anak-anak. Kalau tak sebab anak, saya tak perlu ambil tahu apa pun yang terjadi padanya. Banyak perkara yang dia patut selesaikan dan dah berjuta kali saya cakap tapi bak kata pepatah, macam curah air ke daun keladi, tak berbekas langsung.

"Apa yang saya buat dan cakap, seolah-olah tak memberi impak kepadanya. Banyak lagi cerita yang saya simpan, kalau saya keluarkan nanti takut ramai terkejut. Tapi tak perlulah saya buka aib orang, cuma saya tengok dia jenis tak tahu menghormati perasaan saya sebagai wanita, bekas isteri dan ibu kepada anak-anaknya," kata Abby dengan kesal.

Sejak awal perkahwinan lagi tambah Abby, Norman tidak bersedia untuk meletakkan dirinya sebagai seorang suami.

"Saya tak tahu apa yang difikirkannya. Dia hendak buat apa, sesuka hatinya saja dan saya rasa ia tidak patut berlaku. Selama ini saya banyak mengalah dan apabila saya memutuskan hendak bercerai, perkara itu semakin memberi ruang kepadanya untuk bersikap lepas tangan.

"Bagusnya apabila perceraian itu berlaku, terlepaslah bebanan perasaan saya dan dapat memberi tumpuan kepada anak-anak. Barangkali ramai yang kata saya kuat dan untuk itu saya sangat berterima kasih kepada Allah swt kerana beri kekuatan ketika saya sangat memerlukannya.

"Tapi saya juga manusia biasa dan setiap kali terkenang perbuatannya, saya menangis sendiri. Mungkin ramai anggap saya terlalu berterus-terang tapi sebenarnya banyak lagi perkara yang saya pendam," katanya.

Kepada Memey, pnta Abby jangan diulang lagi yang dia dapat menerima anak-anaknya sebagai anaknya sendiri.

"Mereka adalah anak-anak dan zuriat saya dan saya amat berat hati untuk menerima Memey menjadi ibu mereka. Dia langsung tak menghormati perasaan saya. Kalau teringin hendak anak juga, beranaklah sendiri, jangan ambil anak orang.

"Begitu indah susunan kata Norman apabila media bertanya mengenai tanggungjawabnya kepada anak-anak. Berapa sen sangat yang dia bagi. Kalau dia bercakap benar, cuba suruh dia bercakap mengenai perkara itu depan saya.

"Sepatutnya soal pemberian nafkah diputuskan sama ketika hendak bercerai dulu tapi atas nasihat peguam demi tak mahu panjangkan cerita, lebih baiklah ia dibincangkan di luar mahkamah.

sumber:  metro

Child Abuse by Maid Indon At Singapore

Tuesday, September 14, 2010

Seikhlas Mana Kita BF Anak?

Rasanya tak terlambat lagi saya nak ucapkan Salam Aidilfitri pada semua pembaca blog. Berkenaan N3 kali ni,  saya selalu baca tentang sebab musabab orang susukan (BF) anak. Untuk menaikkan semangat atau motivasikan diri orang lain, saya akan bagi banyak sebab kenapa kita BF anak. Tapi untuk diri sendiri, jawapannya ringkas. Sebab PUAS. 

Saya terlalu sayangkan anak-anak. Antara cara saya merungkaikannya ialah melalui BF dan dari situ datang satu kepuasan. Puas saya bertanya pada diri sendiri kenapa BF anak? Ini lah jawapan paling ikhlas ada dalam diri ni. 

Reezqi ketika di hospital minggu lepas

Cuba tanya pada diri sendiri kenapa? Biasanya jawapan yang ikhlas akan terbit dalam masa kurang 5 saat :). Bukan apa, kalau kita benar-benar ikhlas, kita tidak akan pandang buruk atau serong pada yang tak mampu  atau yang tak nak menyusukan anak. Percayalah.

Wednesday, September 8, 2010

Reeqzi Warded

Wajah ceria Reezqi seminggu sebelum sakit

Semalam aku bergegas dari Masjid Wilayah terus ke Sentul. Dengan teksi sebab bas memang susah nak dapat. Sebabnya, aku dapat panggilan Reezqi sakit dan tak nak menyusu guna botol. Sampai rumah, terus capai dan menyusukan dia. Badan memang panas. Belum sempat bagi ubat demam, terus berderau-derau dia muntah. Tak berlengah, aku terus cari teksi ke Pusrawi Jln Ipoh. Suhu 39.3 darjah! Lepas masuk ubat, Dr terus keluarkan GL dan surat refer ke kecemasan.

Dengan air mata, aku gegas naik ke PERKIM. Kakak aku tolong siapkan GL dan bawa aku dengan anak ke Pusrawi Jln Tun Razak. Macam biasa, aku pilih Dr. Ruzini. Sebenarnya Reezqi kena cirit sejak Ahad lepas. Isnin malam, dia start muntah-muntah. Kata Dr, puncanya ada sedikit bronkitis dan jangkitan pada paru-paru. Peliknya masa di Jalan Ipoh, Dr kata paru-paru dia clear. Bila jumpa Dr. pakar baru tau hal sebenar. Terus Dr. suggest ambil gas dan drip air. Dan yang pasti terus kena warded! Reezqi sebilik dengan sepupunya yang juga menghidap bronkitis (dia masuk sehari lebih awal). Aku tak lah rasa sunyi sangat sebab anak buah yang berumur 9 tahun ada.

Tadi Dr. tak bagi HINT pun anak akan keluar besok. Beraya kat Pusrawi ke aku anak beranak? Tahun lepas tak sempat beraya dengan arwah mak, tahun ni lain pula jadinya.... Hati terubat sedikit melihat Reezqi semakin stabil. Setiap 6 jam perlu ambil gas. Lepas solat Zohor tadi, ada tetamu datang memberi hadiah dan angpau raya. Sempat bergambar lagi.

Oh ye! Di mana encik suami semasa aku dan anak kelam kabut? Sebenarnya pagi semalam baru dia berlepas ke Vietnam siapkan keje. Tak senang duduk dia bila dapat msg anak warded. Petang tadi baru sampai. Baju raya yang baru kutempah kelmarin telah siap malam tadi. Kata suami kalau terpaksa beraya di hospital, pakailah baju raya tu. Kesian kakak dengan abang....

Monday, September 6, 2010

Baru Tempah Baju Raya Malam Ni???

Ni bukan gurauan di bulan Ramadhan. Petang tadi encik suami baru cari sepasang dua baju. Tapi bukan ready made punya, ready to jahit malam ni! Biar betul???? Besok malam siap kata tukang jahit. Alasan tailor, baju tempahan semua dah siap. Sementara nak tunggu balik kampung Rabu malam, baik dia jahit baju aku. Lagi pun suami dia akan bantu. Tapi aku tetap risau. Tiba-tiba dia bergurau ke... Wah! Beli baju ready made jugak jawapnya. Tengok jer la surprise apa untuk aku besok. Risau gak ni.

Saturday, September 4, 2010

Roh di bulan Ramadhan

Menurut satu hadith Rasulullah.... menceritakan  apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak   dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.                                            

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.              

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.                                

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah. 

Sebarkan dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan  mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam  kebaikan.

Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu, Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita.

Friday, September 3, 2010

Commentluv Dalam Blog...Tolong!!!

Wah...Dah lebih sejam aku melekat depan laptop ni. Semuanya gara-gara nak pasang commentluv kat blog. Tapi kenapa tak keluar kat post terbaru aku? Cuma ada kat bahagian comment. Aku ni bukan ler pandai sangat bab-bab IT ni. Adoi....

Bukan apa, kalau ada commentluv ni, aku boleh tgk backlink latest entry kengkawan. Trafic pun tinggi. Kat sini aku bagi link tentang Tutorial commentluv

Kalau korang berjaya buat, bagilah tau rahsianya. Aku sendiri pun tak pasti kat mana silapnya. Please.....

Yang Terakhir Dari-Nya

Tak sampai seminggu lagi hari raya bakal tiba. Baju sendiri pun tak sempat beli lagi. Baru settle hal anak-anak. Tapi macam biasa kuih raya tetap buat sendiri. Buat dengan kakak-kakak aku lah. Kuih wajib mestilah tart keju dan cornflakes madu. Cerita pasal cornflakes madu, inilah kuih kegemaran arwah mak. Tahun ni first time aku sekeluarga sambut raya tanpa dia. Arissa siap bagi tahu, raya nanti tak dapat makan kuih yang nenek mummy buat kan (kuih karas). Sampai sekarang aku masih terkilan sebab tahun lepas akulah satu-satunya anak dia yang tak dapat beraya bersama sebab kebetulan giliran beraya di kampung suami.

Rupa-rupanya Nuzul Quran merupakan pertemuan yang terakhir aku dengan mak semasa dia sihat, Subuh 6 Syawal merupakan perbualan terakhir aku dengan mak sebelum dia koma dan Rabiul Akhir adalah petemuan terakhir aku sekeluarga dengan mak.... Sampai sekarang aku rasa macam dia ada.

Antara rezeki dan dugaan, aku rasa macam seiring dalam hidup setahun kebelakangan ni. Tapi ada sesuatu yang mak tinggalkan buat aku.....