Wajah ceria Reezqi seminggu sebelum sakit
Semalam aku bergegas dari Masjid Wilayah terus ke Sentul. Dengan teksi sebab bas memang susah nak dapat. Sebabnya, aku dapat panggilan Reezqi sakit dan tak nak menyusu guna botol. Sampai rumah, terus capai dan menyusukan dia. Badan memang panas. Belum sempat bagi ubat demam, terus berderau-derau dia muntah. Tak berlengah, aku terus cari teksi ke Pusrawi Jln Ipoh. Suhu 39.3 darjah! Lepas masuk ubat, Dr terus keluarkan GL dan surat refer ke kecemasan.
Dengan air mata, aku gegas naik ke PERKIM. Kakak aku tolong siapkan GL dan bawa aku dengan anak ke Pusrawi Jln Tun Razak. Macam biasa, aku pilih Dr. Ruzini. Sebenarnya Reezqi kena cirit sejak Ahad lepas. Isnin malam, dia start muntah-muntah. Kata Dr, puncanya ada sedikit bronkitis dan jangkitan pada paru-paru. Peliknya masa di Jalan Ipoh, Dr kata paru-paru dia clear. Bila jumpa Dr. pakar baru tau hal sebenar. Terus Dr. suggest ambil gas dan drip air. Dan yang pasti terus kena warded! Reezqi sebilik dengan sepupunya yang juga menghidap bronkitis (dia masuk sehari lebih awal). Aku tak lah rasa sunyi sangat sebab anak buah yang berumur 9 tahun ada.
Tadi Dr. tak bagi HINT pun anak akan keluar besok. Beraya kat Pusrawi ke aku anak beranak? Tahun lepas tak sempat beraya dengan arwah mak, tahun ni lain pula jadinya.... Hati terubat sedikit melihat Reezqi semakin stabil. Setiap 6 jam perlu ambil gas. Lepas solat Zohor tadi, ada tetamu datang memberi hadiah dan angpau raya. Sempat bergambar lagi.
Oh ye! Di mana encik suami semasa aku dan anak kelam kabut? Sebenarnya pagi semalam baru dia berlepas ke Vietnam siapkan keje. Tak senang duduk dia bila dapat msg anak warded. Petang tadi baru sampai. Baju raya yang baru kutempah kelmarin telah siap malam tadi. Kata suami kalau terpaksa beraya di hospital, pakailah baju raya tu. Kesian kakak dengan abang....
No comments:
Post a Comment