Semalam aku bawak Reezqi follow up dengan paed. Sepatutnya petang tapi aku pergi pagi. Aku terpaksa cuti (EL plak tu) kerana anak. Aku perlu pastikan dia betul-betul sihat. Pagi semalam pun badan dia macam dedar sikit. Kiranya hampir 2 minggu dah aku cuti. Berbalik pada tajuk kat atas, semua ni gara-gara PUSRAWI (Jln Tun Razak).
Dah la menunggu kat kaunter pendaftaran lama . Bila sampai giliran aku, ada masalah GL timbul. Last week Reezqi warded. Masa keluar, staf bertugas lupa keluar surat arahan GL baru. Sbb tempat keje aku guna GL berasingan untuk warded dan follow up. Lagi sakit, setakat GL untuk follow up ni, tak main faks-faks kecualilah kalau kena warded. Kena naik ke ofis HQ. Aku dah mula bengang. Bukan sekali tapi dah berkali-kali terkena. Katanya tak perasan sebab ada miscommunication. Sempat patient lain bagi tau dorang pun selalu terkena. Lepas aku dah luahkan rasa bengang dan separuh marah (separuh ke?), masalah setel. Mujur majikan aku ada tolak ansur sebab anak aku kebetulan tak sihat sangat. So, satu surat khas dikeluarkan. Mujur lah aku pergi pagi.....
Satu je yang buat aku jadi sejuk hati balik iaitu aku berdepan dengan staf dia yang cuba nak membantu. Aku berterus terang yang aku datang tanpa encik husband dalam hujan (sbb dia out station). Kebetulan air mata aku mcm nak tumpah pun sebab menahan marah dan geram. Dulu aku ada masalah yang hampir sama tapi staf PUSRAWI yang aku dapat tu agak lepas tangan. Maybe sebab dah berumur??? Mayb....
Tapi apa-apa pun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku masih ada panel dan anak-anak dapat refer pada doktor pakar yang kita pilih. Sebab dulu aku pernah bawak anak ke Hospital Selayang, dari pukul 6 petang sampailah pukul 11.45 malam baru siap! Nak tunggu ambik darah, hampir 3 jam baru dapat turn. Sepatutnya perkara ni tak berlaku sebab selayang antara hospital yg cepat gak. Tahu tak apa yang berlaku? Staf yang bertugas sedang sedap berborak sambil baca paper dalam bilik. Lepas kena sergah dek sorang pakcik yang anaknya tengah demam panas (mayb denggi katanya), baru nombor giliran tu bergerak---> kalau dia sergah pukul 8 lagikan bagus :). Inilah pengalaman 2 tahun lepas yang tak dapat aku lupakan.
sabooor je le.. x kena kt btg idung sndri, tu yg dorg main lengah2 lg..
ReplyDeletebetul tu umialya. sbb org2 mcm ni lah hospital kerajaan dpt bad reputation. (tp saya tetap suka hospital kerajaan bab2 cucuk/cek budak tiap2 bulan sbb dorang lebih detail. cuma masa jer tak mengizinkan)
ReplyDeleteSeb baik ada panel kan..kalau saya terpaksa keluar duit beratus juga kalau nak cepat baik. An Nur kat Bangi tu memang bagus tapi ialah keje gomen, kadang2 kesihatan lebih penting dari duit kan.
ReplyDeleteen suami pun ada gak panel tapi tu la...kadang2 klinik panel ni check tak betul2...tu yg refer gak klinik pakar kanak2 yg lain...
ReplyDeleteMamaAnis: tu lah mamaAnis. kdg2 demi anak kita terpaksa gak tolak tepi bab duit
ReplyDeleteAyu: ayu, saya sampai sekarang teringat klinik komuniti kelana jaya. mmg suka sgt2. nak2 kalau anak lelaki mmg dia akan cek detail. nak cek apa pun senang sbb semua ada termasuk gigi. anak kedua paling untung sbb cek kat situ start dari sebulan sampai 1 1/2 tahun :)