Korang boleh klik gambar tu untuk tengok link yang aku maksudkan. Dari situ, boleh tengok result penuh anak samaada slip keputusan ataupun tengok markah semua subjek. Mencabar gak si kakak, peratus keseluruhan 92% tapi KDK hampir separuh dari keseluruhan kelas. KDD (keseluruhan dalam darjah) pun nombor yang sama jugak. Saingan makin sengit. Tapi konsep budak, dia tau nak tengok nombor je. Bila dapat nombor puluh-puluh, mulalah nak nangis.
Pernah dia tanya aku, masa UPSR, time peksa aku buat apa. Sebab dia belek kertas result aku tahun 1990 yang dah menguning tu. Aku cakap aku main getah dan kejar-kejar. Hahahahhhh.....marah betul dia. Tapi itulah hakikatnya. Tapi aku cakap, dalam kelas aku fokus, habiskan keje sekolah selagi boleh sebab aku memang malas belajar (padahal aku tau, macam mana dia rajin pun, keje sekolah tetap kena bawak balik sebab keje sekolah budak sekarang saaaaaangatlah banyak!!!). Tok Aid kalu result bawah 90, dia tak nak sign tau. Haru mummy dibuatnya. Tapi godaan nak main susah nak buang :p.
Yang pasti, aku takkan mengata dia kalu result teruk sebab dia jenis rajin. Anak lelaki? Memang aku kena struggle sikit kot. Baru ari Isnin dah tanya bila cuti. Huhu....
mudah sggh utk ank2 skrg
ReplyDelete