Wednesday, June 18, 2014

Bulan Jun bulan makan free ~~ hasil bercontest

Meh cuci mata hasil hadiah contest yang aku dapat sepanjang bulan Jun setakat ni

 Ni contest LINE KFC bulan lepas. Aku dapat RM200 untuk voucher KFC ni. Balik penat-penat selepas sukan anak Sabtu lepas, aku sambar KFC RM50. Sebahagiannya aku sedekah pada orang sekeliling, masih berbaki lagi untuk makan PIZZA/KFC nanti coz voucher sebelum ni pun ada lagi tak guna :)

 Ni pun contest FB je. Takde modal. Aku dapat 1 buku yang penuh macam-macam voucher. Ni antara voucher peberet aku.
 Dengan modal 2 kpg voucher + RM27, aku dapat set berger besar-besar gedabak lagi tebal ni dengan 2 gelas besar air. Jimat RM22.00!!! Sebenarnya aku dapat 4 buku voucher ni. Memang aku share habis-habis dengan semua orang. Hehehh...
Hadiah yang kiri tu hasil contest kat FB Comfort Zone sempena hari ibu. Tulisan spontan dapat perhatian. Alhamdulillah. Yang kanan tu contest dettol yang masih on hingga sekarang. Nak joint, boleh ke www.dettol.com.my. Ada 100 winner seminggu. Modal RM20 je. Setiap minggu hadiah bertukar ganti. Skarang hadiah barang elektrik rasanya. Hadiah utama sebiji kete

Ni pulak hasil redeem dari http://joy.woop.my/. Aku dapat redeem macam-macam barang. Kalau rajin masuk di www.febtogo.com, boleh redeem macam-macam hadiah jugak. Tak perlu modal. Dari febtogo, nama asben menang untuk Freshness Home Makeover. Rezeki raya....Skarang dalam proses menguruskan perkara ni untuk orang dari pihak P&G datang buat home makeover nanti :)

Bulan ni ada gak menang hadiah dari para blogger. Biasa aku joint melalui www.airis-contest.blogspot.com. Hadiah dari blu inc pun mengena untuk bulan lepas atas nama proxy. Rezeki akhir Syaaban. 

4 comments: