Wednesday, February 29, 2012

Besday yang indah buat dia






Semalam besday kakak. Besok last day kat tadika MW. Jumaat ni pindah tadika ke TPJ tadi masih under MAIWP. Abang dan adik pun sibuk nak teman kakak potong kek. Sudahnya, tiga2 orang tak jamah kek. Eksyen nak bergambar je lebih. Mula-mula aku tak suka gak kek coklat tu sebab kek span. Tapi bila makan, macam kek aiskrim plak sebab lembut dan moist (cam ner nak citer ek?). Mujur ada kad ahli kakak aku, dapat murah sikit. King Confectionary (KC) mmg murah tapi still berkualiti (kalau member ler). Nak jadi member KC cuma RM20 tapi beratus ringgit dapat cover. Senang citer, korang tgk SINI.

Majlis bermula dengan bacaan beramai-ramai 
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهوالسميع العليم
Kemudian rakan-rakan sekelas kakak sedekah Al-Fatihah buat besday girl ni
Dan doa-doa sebagai anak yang solehah
Akhir sekali nyanyian lagu hari jadi buat kakak.

Potong kek? Kalau takde yang meneman potong kek, mati2 dia tak nak. Dia cuma nak tiup lilin (tu pun sikit2). Alahai kakak.

Aku dapat berita dari adik ipar semalam tentang kelahiran anak sulong dia. Yang menarik, anak sulong dia pun perempuan, sama tarikh lahir macam kakak (28 Feb 2006 - Selasa)! Bezanya cuma, kakak lahir waktu pagi, si kecik tu lahir waktu malam. Thn depan boleh sambut besday dgn adik sepupu ek.

No comments:

Post a Comment