Tuesday, December 14, 2010

Punca Keracunan: Zon Suhu Bahaya Makanan!!!

Sempena kursus yg aku attend, aku nak kongsi beberapa info. Hari ni aku nak kongsi dulu mengenai bakteria yang sentiasa ada sekeliling kita. Bakteria akan membiak cepat dalam zon suhu +5 darjah hingga 60 darjah celsius.  Zon suhu ini amat bahaya kepada bahan makanan dan ia digelar Zon Suhu Bahaya". Sekiranya kita membiarkan hidangan yang telah dimasak dalam zon suhu ini, selepas 2 jam, kemungkinan bakteria telah membiak begitu cepat dalam makanan. Syarat 2 jam ini paling penting. Sekiranya Zon Suhu Biasa ini diabaikan, risikonya amat tinggi. Kita kerap kali dengar keracunan makanan di kantin-kantin sekolah tetapi pengetahuan tentang “Zon Suhu Bahaya” tidak dipedulikan. Kantin Sekolah jarang dibekalkan dengan “BinMerry” (pemanas hidangan )untuk menghindarkan Zon suhu bahaya ini. Imunisasi kanak-kanak terhadap bakteria bahaya rendah dari orang dewasa. Sepatutnya semua pengendali kantin sekolah perlu beri perhatian yang berat tentang perkara “Zon Suhu Bahaya”.


Tanda-tanda khusus keracunan makanan bergantung kepada jenis bakteria atau organismanya seperti:

Keracunan oleh bakteria
  • Campylobacterosis disebabkan oleh bakteria campylobacter jenis ini yang terdapat dalam ayam mentah, daging dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda keracunan bermula 2-5 hari selepas makan. Selain dari tanda-tanda umum, pesakit akan mengalami demam dan najis mengandungi darah.
Toksin


  • Cirit-birit yang dialami oleh pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau E. coli yang boleh menghasilkan toksin.Penyakit ini berlaku kerana penyediaan makanan dan air tidak bersih. 
  • Cereus disebabkan oleh bakteria bacillus cereus.Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan. Bagaimanapun, keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam.
  • Cholera disebabkan oleh bakteria vibro cholera yang terdapat dalam ikan, kerang, kupang dan jenis-jenis siput yang ditangkap di kawasan air yang tercemar. Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas makan dan boleh bermula dengan cirit-birit ringan dan seterusnya maut akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk.
  • Gastroenteritis disebabkan oleh Yersinia enterocolitica, sejenis bakteria yang terdapat dalam daging, air, sayuran mentah dan susu tidak pasteur.Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda umum, demam dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema. Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi. 
  • Listeriosis kerana bakteria Listeria monocytogenes. Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut. Tanda penyakit termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup bulan bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang.
  • Shigeliosis atau Disenteri disebabkan oleh bakteria Shigella sp., tanda- tanda bermula dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum, darah, nanah atau lendir boleh terdapat dalam najis.
  • Salmonelosis. Keracunannya disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24-48 jam. 
  • Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi. Keracunan jenis ini sering berlaku. Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan sehingga 24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum. 
 E-Coli
Staphylococcus aureu
Cereus
Bakteria Cholera

Monday, December 6, 2010

Jangan Perlekeh Jasa Bapa


Seorang ayah mempunyai darjat tinggi dalam keluarga dan lelaki yang tugasnya mencari nafkah serta membahagiakan anak isteri tidak seharusnya diperlekehkan begitu saja, sebaliknya wajar diberi penghormatan.
Meskipun ibu lebih dimuliakan selaras sabda Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan syurga di bawah tapak kaki ibu, ayah juga perlu diangkat seumpamanya kerana peranan dimainkan selaku ketua dan pemimpin dalam keluarga. Umat Islam sekarang seharusnya mengambil kira perkara berkenaan sebagai asas utama menjadi seorang anak yang baik dan menghormati kedua-dua orang tuanya.
Jika dinilai dari perspektif agama, kita sebagai umat Islam perlu menilai bapa sebagai peluang untuk meningkatkan ibadat kepada Allah s.w.t, yakni dengan berbuat baik kepadanya, menabur bakti dan membalas jasa kerana ini cara kita mendapat pahala. 
Jangan sesekali kita jadi lupa diri pada jasa seorang bapa yang telah banyak berkorban untuk keluarga. Begitu juga jasa seorang ibu yang tak pernah berkira tentang masa, wang dan segala yang telah dikorbankannya. Paling penting, jangan mudah bersangka buruk pada ayah dan ibu. Sekali hati mereka terluka, tentu kita akan menyesal seumur hidup, apa lagi jika satu hari nanti mereka juga akan meninggalkan alam yang fana ini....

Maal Hijrah 1432 Dari Hospital

Dengan keadaan Haider yang masih belum baik sepenuhnya dari cirit, nampaknya Hospital jadi tempat aku menyambut Maal Hijrah. Jangkaan paling dekat yang doktor bagi untuk keluar pun cuma besok. Mintak-mintak aku dan anak dapat keluar dari sini. Dari wad 10, aku berpindah ke wad 11 dan hinggalah wad paling dekat dengan kaunter utama (depan sekali). Kiranya 3 kali aku bertukar wad.

Bercakap pasal Maal Hijrah, walau di mana kita berada rebutlah peluang yang datang setahun sekali ni. Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
DOA AWAL TAHUN DAN AKHIR TAHUN

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

Temujanji SMS di PUSRAWI

Aku rasa cukup susah kalau nak call untuk buat or tukar appointment kat PUSRAWI ni. Kalau nasib baik, sekali dail terus dapat. Kalau tak, tunggu lah sampai kredit habis. Bila aku masuk website dia, aku terjumpa satu maklumat yang cukup berguna iaitu buat appointment by SMS. So, kat sini aku tempekkan apa yang ada dalam website tu:

TEMUJANJI SMS  

Pelanggan Yang Dihormati,

Dimaklumkan Hospital PUSRAWI Sdn Bhd menggunakan sistem SMS (perkhidmatan pesanan ringkas) bagi membolehkan tuan/puan membuat / menukar / membatalkan temujanji dengan Doktor.  Sila ambil maklum berkaitan bagaimana hendak menggunakan sistem ini.

1.  Untuk membuat temujanji, sila taip:  
ruang ruang ruang ruang ruang**

2.  Untuk menukar tarikh atau masa temujanji, sila taip:
ruang ruang ruang ruang

3.  Untuk membatalkan temujanji, sila taip:
ruang ruang ruang ruang

4.  dan hantar kepada:  012-648 5001*.Tuan/puan akan dimaklumkan oleh pihak kami melalui SMS berkaitan temujanji.

Contoh SMS: 
NEW AP 760029029990 06052008 1430 DR SALLEH; atau
CHGE AP 760029029990 06052008 1430 DR SALLEH; atau
CNCL AP 760029029990 06052008 1430 DR SALLEH


dan hantarkan kepada 012-648 5001*.

PIHAK PENGURUSAN HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD
setiap SMS akan dikenakan caj RM0.05 bagi talian Maxis dan RM0.15 bagi talian lain



dan kat bawah ni maklumat tambahan yang aku dapat dari website tu jugak. Bukan apa, ramai yang keliru pasal cawangan PUSRAWI. Contohnya Hospital Bersalin PUSRAWI Kota Damansara bukan cawangan PUSRAWI Jalan Tun Razak. Ni yang aku jumpa:



PERHATIAN !!!
HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur  hanya mempunyai 3 cawangan iaitu:- 
  1. Klinik PUSRAWI Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
  2. Klinik PUSRAWI Taman Permata, Kuala Lumpur
  3. Klinik PUSRAWI Anjung Felda, Kuala Lumpur
HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur TIADA KAITAN dengan mana-mana hospital, klinik atau farmasi selain yang dinyatakan di atas.

Sunday, December 5, 2010

Suction Medela Harmony Tak Best Dah. Kenapa???


Since last week aku ada masalah dgn Harmony aku iaitu suction dah tak kuat. Aku dah pastikan komponen diafgram kering terutama yang melekat bawah handle kuning putih tu. Yg lain2 pun sama. Bila pump, kdg2 ada bunyi berdesir. Membran masih elok dan cantik. Aku tak tau apa perlu buat lagi. Dah la duk kat hospital, lagi risau bila pump buat hal. Nak dapatkan sebotol (5oz) pun amik masa hampir 1/2 jam. Padahal breast terasa penuh. Sebelum ni dalam masa 15 minit dah siap. Aku sengaja letak gambar Harmony berlabel supaya senang nak bg tau tang mana ada masalah.

Saturday, December 4, 2010

Warded: Pass Baton Kakak-Adik

Sejak Isnin lagi aku stay kat Pusrawi ni. Dah macam chartered hospital plak. Start dari kakak warded sampailah ke Haider. Keje ke mana, kursus ke mana. Semuanya gara-gara cirit dan muntah-muntah serta demam panas. Paling kesian Reezqi. Dengan bekalan susu tak seberapa, memang aku kesian sangat kat dia. Dia pun kena cirit dan muntah-muntah. Baru beberapa hari ni dia cuma cirit jer. Dengan bekalan beberapa ubat, dia duduk di rumah uminya. Setiap mlm, ayahnya akan bawa jumpa aku sekejap dan bawa balik bekalan susu untuknya sekali. Hari ni tak dapat jumpa dia atas sebab tertentu.

Kakak warded Isnin petang. Petang Khamis discharge, Haider plak warded. Masa datang amik kakak, Haider muntah teruk sangat. Tujuan bawa dia sekali ke hospital sebab nak bawak jumpa doktor sebab cirit. Tapi lain plak yang jadi. Result darah menunjukkan ada virus dan bacaan darah putih dah tinggi. Patut dia sakit perut dan muntah-muntah. Troli baju yang baru aku simpan dalam kereta, terpaksa bawak keluar balik. Berlaku selepas 2 jam kakak discharge! Sampaikan nurse di kaunter Ar-Raihan pun terkejut. Termasuk patients lain yang aku bye2 masa balik sebelum tu pun terkejut. Last-last aku gak yang tak balik-balik sampai sekarang.

Hari ni jer dah 11 kali Haider cirit. Kes kakak lebih mudah. Disebabkan asyik muntah-muntah, kuman lebih mudah keluar. That's y dalam masa sehari dia dah nampak segar. Tapi Haider agak teruk. Lps stop muntah, hanya melalui cirit jer cara nak buang kuman. Lps maghrib tadi baru doktor bagi ubat kurangkan cirit. Cuma aku agak lega sebab hari ni demam dia tak teruk sangat. Kalau tak, asyik 39 darjah tiap 5 jam.

Malam ni jugak sepupu dia pun warded. So duduk sebelah katil Haider. Bila bukak tirai tengah, dah nampak macam master bed room. Aku harap anak-anak aku sihat semula secepat mungkin. Tak sabar nak tidur peluk Reezqi. Sekarang ni cuma Medela Harmony yang bantu aku terus bekalkan susu utk dia. Tapi kenapa suction dah macam tak kuat ye? Adakah aku perlu tukar breastshield (softfit breastshield)?

Thursday, December 2, 2010

Adakah Anak Anda Ada Masalah Membaca

Disleksia ialah sejenis kecelaruan membaca, iaitu gangguan pembelajaran paling umum di kalangan kanak-kanak. Keadaan ini bukan disebabkan masalah penglihatan atau kurang pendidikan awal, tetapi dipercayai berpunca daripada keabnormalan dalam otak yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk membaca. Seorang kanakkanak menghadapi risiko disleksia yang lebih tinggi jika ada ahli keluarganya yang lain mengalami masalah yang sama.


Kanak-kanak yang mengalami disleksia mungkin kelihatan biasa atau pintar apabila bercakap, tetapi mengalami masalah membaca dan menulis. Justeru, dia mungkin mendapati sukar untuk belajar, menyebabkan keputusannya kurang memuaskan di sekolah. Lambat-laun kanak-kanak ini mungkin terasa dirinya “bodoh”, resah, kurang keyakinan diri, atau mengalami masalah emosi lain.
Jika tidak dirawat lebih awal, ia boleh menyebabkan kanak-kanak tidak mencapai potensi penuhnya, dari segi akademik atau sosial. Namun, jangan salah anggap bahawa kanak-kanak disleksia itu “bebal”. Sebaliknya mereka sering menunjukkan bakat dalam bidang lain, seperti muzik, sukan dan seni.

Tanda Penting

Disleksia ialah masalah sepanjang hayat. Namun begitu, keadaan ini tidak seharusnya menjadi sumber keresahan anak anda atau menjadi penghalang kejayaannya. Dengan intervensi awal, kanak-kanak disleksia boleh belajar untuk mengatasi masalah ini dan mencapai kejayaan di sekolah dan juga dalam kehidupan. Justeru, anda digalakkan untuk mengenali tanda umum untuk mengesan disleksia di peringkat awal hidupnya.
Berbincanglah dengan doktor anda jika:
  • Keluarga anda mempunyai sejarah disleksia.
  • Keupayaan membaca anak anda berada jauh di bawah tahap yang dijangkakan bagi usianya.
  • Mendapati tanda masalah pembelajaran di atas pada anak anda.

Doktor akan merujukkan anda kepada pakar psikologi atau pakar lain untuk menjalankan penilaian formal terhadap anak anda untuk mengesahkan disleksia.

Bantuan untuk Disleksia

Apabila disleksia disahkan, doktor atau ahli psikologi biasanya akan mengesyorkan program pendidikan pemulihan bagi kanak-kanak terbabit. Program khas untuk individu disleksia ini membabitkan guru terlatih khas atau pakar bacaan untuk mengajar teknik dan strategi khusus bagi membantu mereka belajar membaca, menulis, mengeja dan memahami bahasa dengan lebih baik. Kanak-kanak disleksia boleh belajar seperti rakan sedarjahnya yang lain apabila dia mengamalkan teknik dan strategi tersebut.
Sokongan dan galakan ibu bapa boleh mencepatkan lagi proses pembelajaran anak mereka yang mengalami disleksia. Ibu bapa boleh memperkukuh segala yang dipelajari dengan kerap membaca kepadanya dan juga memberinya masa untuk membaca seorang diri atau bersama. Lebih penting lagi, jadikan aktiviti membaca menyeronokkan dengan memilih bahan bacaan yang menarik minatnya. Dan galakkan anak menyertai kegiatan yang dilakukannya dengan baik, seperti melukis, muzik, drama atau bersukan.

Belajar menerusi Bermain

Belajar membaca mungkin lebih berkesan apabila membabitkan permainan. Cubalah permainan berikut:
  • Main makan perkataan. Perkenalkan perkataan baru kepada anak menggunakan biskut abjad. Dia dibenarkan makan biskut apabila menyebut perkataan dengan betul.
  • Main sorok. Tulis perkataan atas kertas dan sembunyikan di sekeliling bilik. Apabila anak anda menemui perkataan kertas yang disorok, suruh dia baca perkataan yang tertulis. Ini akan membantunya mengingati perkataan tersebut.
  • Mencari harta karun. Sembunyikan sesuatu barang (contoh mainan kegemaran anak) dan buat beberapa nota bertulis untuk memandunya mencari barang yang tersembunyi itu. (contohnya pergi ke dapur, lihat di bawah meja, lihat di dalam laci). Ini membantunya membaca dan mengikut arahan.

Friday, November 26, 2010

Ular Besar....Balasan...Melewatkan Waktu Solat



بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..

PENDEKATAN POSITIF MENDIDIK ANAK-ANAK, JADIKAN MEREKA SEBAGAI WINNER

Beautiful of me: PENDEKATAN POSITIF MENDIDIK ANAK-ANAK, JADIKAN ME...: " Assalamualaikum.., harap semua yg membaca akan dapat manfaatnya. Doakan lah agar anak-anak kita ini menjadi penenang jiwa kita, permata di..."

Friday, November 12, 2010

Di Sebalik Gerak Jari Anda

1. Memicit atau suka memegang hidung

-Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
-Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.
2. Meletak tangan pada bahu kawan
-Suka ikut kepala sendiri
-Pentingkan diri sendiri
-Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat
3. Bermain dgn tangannya
-Mempunyai tahap humor yang tinggi
-Pandai berjenaka
-Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa am bil hati
-Jenis open minded
4. Mematahkan jari jemarinya
-Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain
-Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja
5. Menggigit kuku
-Gugup dan gementar bila berbicara
-Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati
6. Memintal hujung rambut
-Suka berkhayal
-Sukar diperdayakan
-Keras kepala
7. Menongkat dagu
-Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya
-Suka mendengar masalah teman2
-Setia dlm persahabatan
8. Suka letakkan tangan atas meja
-Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri
-Seorang yg Peramah
-Suka bergantung pada orang lain
9. Menggosok 2 telapak tangan
-Ramah dan berfikiran matang
-Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2
-Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu
10. Memutar cincin
-sangat menepati janji
-berhati2 dlm tutur kata
-gemar hidup yang teratur

Thursday, November 11, 2010

Cirit Adalah Penyakit Mudah Berjangkit!!!

Saya pasti ramai ibubapa yang kurang alert mengenai masalah cirit ni. Apalagi kalau ada anak lebih daripada sorang. Kalau salah sorang daripada anak-anak kita yang telah kena cirit, pastikan kita cepat-cepat asingkan penggunaan bekas makanan dan minuman. Tangan juga mesti selalu bersih dan rajin sanitiser. Dulu saya pun tak tau yang cirit ni boleh berjangkit. Tapi bila dah masuk anak kedua, doktor selalu nasihat agar jaga anak pertama supaya tidak terkena cirit macam adiknya. Caranya ialah dengan titik beratkan penjagaan bab-bab makan minum anak.

Jangan sesekali nak berkongsi cawan, sudu or pinggan mangkuk. Sebab ini faktor paling mudah virus disebarkan selain melalui pengudaraan. So, pengusaha taska kena sensitif bab-bab ni sebab bukan mudah nak jaga kanak-kanak yang terkena cirit. Sebab cirit boleh menyebabkan kepada demam panas seterusnya membawa kepada penyakit-penyakit lain seperti selsema, batuk, kahak dan macam-macam lagi. Semuanya bermula daripada CIRIT! Aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Bila sorang anak dah mula kena cirit, aku memang berhati-hati. Dan biasanya smecta jadi pilihanku (anak berumur setahun ke atas).

Baby Recipes


Aku rasa agak ambil masa bagi cari resepi-resepi mantop untuk anak. Jadi kat sebelah kiri blog nun, aku tempekkan resepi-resepi yang pernah aku buat dan bakal buat nanti. Aku rasa itulah the best way sebagai menghormati orang yang menciptanya or at least yang mengumpul resepi tu. Orang yang merekanya pun taklah bengang sebab sekurang-kurangnya aku dah bagi kredit percuma dengan link kan blog or website dia orang kat blog aku ni. Bukan pakai tempek jer :D. 

Bila korang bukak link tu, bolehlah explore kat link2 yang berikutnya. Sebab ada gak yang memang ambik dari orang lain punya resepi (senior la kiranya). Lagi satu suka aku peringatkan agar jangan lah terlalu lurus sampai ikut jer apa-apa ingredient kat dalam resepi tu. Kalau ada yang guna bahan-bahan terlarang seperti garam, gula, perasa or bahan-bahan dalaman (seperti hati lembu, ayam), janganlah ikut. Lainlah kalau anak dah 2 tahun, boleh lah tambah garam gula.

Kalau ada blog or website yang bagus berkaitan resepi, aku akan add kat situ.

Perfume & Colonge Bahaya untuk Ibu Menyusu


Aku rasa takut bila baca pasal bahan chemical yang ada dalam perfume-perfume yang kita gunakan ni. Rupa-rupanya benda ni boleh concentrate ke susuibu. Wah.... Artikel penuh, aku bagi kredit pada empunya blog kat Hidden Chemical in Perfume & Colonge.

Wednesday, November 10, 2010

Rahsia Melalui Tulisan

Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)
Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang
iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah
iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan :
Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Tuesday, November 9, 2010

Pernah Tangok Kek Macam Ni???

 Kek untuk yg suka muzik

Ais betul ke tu???

 
 Macam batang kayu betul kek ni

 Bagi pada yang workaholic

 Hadiah kek ni pada pasangan kita yg selalu out-station

Memang nampak real!

Monday, November 8, 2010

Rahsia Pemakanan Ilmuwan Islam

 Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam. 


Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

  1. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  2. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  3. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  4. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Sunday, November 7, 2010

Tingkatkan Ranking Trafik Alexa

Alexa.com adalah sebuah syarikat di internet yang memberikan ranking kepada setiap laman web di internet. Terdapat laman web yang berada di ranking ke 26,000,000 dan terdapat juga laman web yang berada di ranking 100,000 dan ke bawah. Dan ranking 100,000 ke bawah yang perlu dikejar dan dijadikan target. Ini adalah kerana, jika website/blog anda berada di ranking 100,000 dan ke bawah dengan mudah anda bolehmenjana wang dengan blog/website anda. Ini adalah kerana, ranking di bawah 100,000 menunjukkan website/blog anda sebuah website/blog yang popular dan mendapat ribuan pelawat percuma dalam masa sehari. Anda boleh letakkan iklan adsense,iklan nuffnang, Abrite or ape-2 je iklan yang anda suka..pasti ada yang akan klik. Anda juga boleh meletakkan ruangan iklan sendiri dimana anda boleh tentukan harga setiap ruangan iklan yang anda tawarkan. Tp, sekarang kenalah berusaha untuk menempatkan diri dikalangan 100,000 website/blog di ranking Alexa.


Disebabkan tutorial ini aku ambil dari website rakanku iaitu Encik Faizul, adalah adil aku memberi kredit terus padanya dengan link kan Tutorial Trafik Alexa ni terus ke website dia.




p/s: Lps download, mmg best. Dari situ kita boleh tgk website paling tinggi ranking kat dunia. Hanya klik kat toolbar kanan tu jer terus kuar ranking website (macam gambar kat atas tu---->yang bertanda "a"). Nak tgk ranking blog sdiri mmg malu arr...namapun suka-suki tulis...