Saya pasti ramai ibubapa yang kurang alert mengenai masalah cirit ni. Apalagi kalau ada anak lebih daripada sorang. Kalau salah sorang daripada anak-anak kita yang telah kena cirit, pastikan kita cepat-cepat asingkan penggunaan bekas makanan dan minuman. Tangan juga mesti selalu bersih dan rajin sanitiser. Dulu saya pun tak tau yang cirit ni boleh berjangkit. Tapi bila dah masuk anak kedua, doktor selalu nasihat agar jaga anak pertama supaya tidak terkena cirit macam adiknya. Caranya ialah dengan titik beratkan penjagaan bab-bab makan minum anak.
Jangan sesekali nak berkongsi cawan, sudu or pinggan mangkuk. Sebab ini faktor paling mudah virus disebarkan selain melalui pengudaraan. So, pengusaha taska kena sensitif bab-bab ni sebab bukan mudah nak jaga kanak-kanak yang terkena cirit. Sebab cirit boleh menyebabkan kepada demam panas seterusnya membawa kepada penyakit-penyakit lain seperti selsema, batuk, kahak dan macam-macam lagi. Semuanya bermula daripada CIRIT! Aku cakap berdasarkan pengalaman sendiri. Bila sorang anak dah mula kena cirit, aku memang berhati-hati. Dan biasanya smecta jadi pilihanku (anak berumur setahun ke atas).
No comments:
Post a Comment