Friday, November 30, 2012

Won Kotex & Kidzania Ticket dan....

 Sebenarnya dah lama aku nak update apa yang aku menang ni. Ezy mix T-shirt tu aku menang sempena contest anjuran Dutch Lady (Biar Betul). Lebih kepada konsep lucky draw. Aku pon tak ingat bila aku masuk. Tau-tau, dapat email pasal menang T-Shirt.

 T-SHirt dari DL
Yang ni plak contest dari Stabilo (scariest story). Aku dapat 4 ticket Kidzania. Goodiest, aku kena amik kat sana nanti. Cadang dalam bulan Disember nnt nak bawak anak-anak ke sana sebab dah ada 6 ticket Kidzania kat tangan. Nak guna duit sendiri, tak terbawak gak sebab ticket mahal bebenau (RM55 sorang).

 Haa...ni semalam encik husband pi amikkan. Aku dapat bekalan kotex setahun. Overnight Wing (16s) dapat 24 pek!
Panty liner ni pon aku dapat 24 pek. Lepas tgk harga pasaran, semua nilai pad kotex ni dalam RM400 lebih.

Dalam minggu ni gak, aku dapat panggilan dari DLady menang hadiah toys bernilai RM250. Syukur alhamdulillah. Moga-moga nama encik suami pon naik (kalau naik hadiah grand, pergh! Tapi aku target hadiah bekalan susu setahun pon jadilah. Moga2 ada rezeki. Ops! ada lagi, aku dapat hadiah 2 helai Apron yang comel tajaan BABA'S & U.

Syukur Alhamdulillah. Pelbagai ujian dan rezeki yang datang hampir seiring sejak bulan lepas hingga November. Bak kata arwah mak dan mentua, jangan lupa bersedekah atas apa2 yang kita dapat. Memang itu selalu aku ingatkan diri.

Pemergian orang tersayang

Lama sangat aku tak update blog ni. Since mak mertua aku sakit, lagi aku tak update. Akhirnya dia pergi pada 19 Nov 2012, hari Isnin jam 6.45 petang. Tarikh yang sama juga, dia pernah raikan aku sebagai menantunya 8 tahun dulu. Banyak cerita duka di sebalik tarikh ini. Orang yang cukup memahami diri aku, sama macam arwah mak aku sendiri. Takde beza. Moga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah....Amin

Wednesday, October 24, 2012

Promote sikit....Kaedah Penyelidikan Perniagaan


PENULIS :
Al-Mansor Abu Said
PENERBIT: DBP

ISBN: 9789834606589
TAHUN: 2012
HALAMAN: 120
MYR 36.00

Just nak promote buku tulisan abang aku. Tertengok kat blog dia tadi. Detail macam kat atas tu.


Nak selit gak sempena kemenangan aku last week. Contest FB dari Stabilo, share cerita seram. Aku menang STABILO BOSS MINI Ghost goodies & 4 Kidzania KL passes bernilai lebih RM250. Sis Ayu Rafikah pon menang. Kat tangan aku sekarang dah ada 2 tiket kidzania sebab menang oreo aritu. Ni dapat lagi 4 tiket. Yeszaaaaa!!! Tak sabar nak merewang ke sana bawak anak-anak. Syukur...rezeki anak-anak

Thursday, October 11, 2012

Menang Contest Red Bull

Syukur Alhamdulillah...tu yang first sekali aku ungkapkan bila tgk nama aku ada dalam winner list untuk contest BESTNYA RAYA BERSAMA RED BULL. Tahniah gak pada rakan-rakan compers yang menang secara berjemaah. Aku hantar 3-4 slogan dan tak sangka terpilih. Nama encik suami tak naik, tapi nama aku yang naik. Dalam contest Oreo baru-baru ni, nama husband aku sangkut untuk conso. So, dapat 2 tiket free Kidzania idaman anak-anakku.


Sabtu ni pun ada prize giving untuk contest CellLabs. Aku dapat Conso gak. Nilai dalam RM480. Lagi satu hadiah tajaan Dior, aku pass kat member office. Aku suka masuk contest tapi bila menang segala bagai berkaitan make-up, mmg aku prefer bagi pada yang pakai. Paling kuat, bedak compact or lipstik aku pakai. Set make-up penuh baru jer bagi pada kakak. Sorry...itu cara aku hargai, daripada simpan sampai expired. So, berbahagialah pada kakak-kakak aku sebab dapat adik yang tak suka make-up bagai tapi selalu dapat hadiah make-up. hehehhhh


Tuesday, October 9, 2012

WINGEL WOW CONTEST TABUR SIII EVERY WEEK


Ada sape2 terliur SIII ke? Kalau ada sesape yang berminat nak joint lucky draw, jom masuk 

WINGEL WOW CONTEST


Tak perlu apa2 proof of purchase. Boleh masuk banyak kali. Setiap minggu, sorang pemenang akan dipilih untuk terima hadiah kat atas tu. Memang meriah. Contest ni berakhir 13 Disember. Jommm....

Friday, August 10, 2012

Petang menembak dah (pernah dengar tak ayat ni?)

Last week aku discuss dgn encik hubby flow nak balik raya ke Melaka (yey!). Salah satu ayat yang aku kluarkan ialah petang menembak. Spontan dia tanya, apa kebenda tu? Tak pernah dengar pon. Aku rasa lapan thn kawen dengan dia, byk kali dah aku sebut tiap kali Ramadhan. Tp dia lupa kot. Setahun sekali sebut agaknya tak ingat tu (walaupon 8 thn---->8 kali sebut).

Cer tgk badan dia dgn kakak dan abang dia lebih kurang jer. Cuma dia nampak debab!

Agak2 korang pernah dengar? Tu istilah orang Melaka yg bermaksud petang raya (waktu petang, sehari sblm raya). Dulu arwah mak slalu cakap, "ketupat tu tak siap lagi, besok dah petang menembak". Dan paling sadis, masa kecik2 aku slalu dapat baju kurung raya masa petang raya (tu yg paling cpt), tak pon mlm raya or pagi2 raya dok menunggu dpn umah makcik.

Thn ni aku paling pening cari baju & seluar Reezqi. Walaupon baru 2 thn tapi saiz baju/pinggang kena cari yg 6 thn punya. Kalu tinggi mcm abg kakak dia takpe, dia plak rendang jer. Jd, lupakan parkson, sogo n segala bagai, aku tuju ke giant jer. Itu pon lps umi dia nasihatkan aku. Mmg best, byk jeans & slack yg selesa getahnya (tak mcm branded punya sbb ukuran normal). Jenis kain nampak cantik, tak nipis dan tak keras bedengkang. Kalu bawak dia ke taska pon, mesti parents lain ingat dia 4 thn. Budak 4 thn pon lagi kecik dari dia.

Share sikit sempena kemasukan mlm ke 21 mlm tadi:

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika Awal Ramadhan Jatuh Pada Hari:
1. Ahad atau Rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
2. Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
3. Selasa atau Jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
4. Khamis - malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
5. Sabtu - malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa apabila dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah beribadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Wallahu'alam.

Tuesday, July 31, 2012

Ibu di China yang melahirkan anak kembar 12 dipaksa memilih 1 dan 11 yang lain akan dibunuh!

Sebelum tu aku nak wish encik hubby HEPI BESDAY!. Tahun ni kiranya sambut dalam bulan Ramadhan, sesuai dengan dirinya yg memang lahir bulan Ramadhan. Ok, meh sini aku nak share cerita yang takde perikemanusiaan ni.

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

p/s: Sedih aku baca kisah ni. Org yang xde anak mesti lagi sedih baca kisah ni.


Sumber: Jom Berita

Tuesday, July 24, 2012

Mari beramal bersama colgate - contribute RM3 menggunakan colgate

Ni pledge yg aku dah buat tadi.

Salam Ramadhan semua. Aku rasa nak share benda yang tak perlu keluarkan duit tapi masih boleh kita sedekah dalam bulan Ramadhan ni. Paling tidak, aku cuma nak share dan sebarkan. Takmo cerita banyak, aku copy paste dari wall FB colgate ye:

We believe that all of us can make the world a better place, together. For starters, make a pledge to do good through our Colgate Mari Beramal App (klik kat situ ek)

When you do that, Colgate will contribute RM3 to selected orphanages for every pledge made and you are rewarded with a fun cover photo. Any when you invite your friends, RM1 is added for every successful response from your friend

In fact, by simply liking this page, Colgate will donate 50 cents. Doing good can't possibly be any more simple or fun. So, this Ramadhan... Mari Beramal Bersama Colgate!

Tuesday, July 10, 2012

Cheese cake (tak payah bakar, just frozen jer)

Sedap tak tengok cheese kek ni? Ni dapat dari rakan fbook aku iaitu Pn Laksa Johor :).
Resepi and method dia very simple lor. Tak payah bakar2. Meh kita tgk

1.Base (A)
200 gm Biskut Chipsmore – blend halus
8 keping Biskut masin – blend halus
4-5 sd mkn Buttercup

2.Filling (B)
500 gm Cream Cheese Philadhepia
1 tin Susu pekat / sesedap rasa (guna ¾ tin je)
1 sd mkn Serbuk agar2 – masa kbersama air
1 cwn Air (200ml)
Perahan Lemon (sesedap rasa) / perasa oren

Cara membuat:
1.Gaulkan bahan A hingga boleh dikepal dan tekan dalam loyang/acuan.
2.Pukul Cream Cheese hingga berkrim dan masukkan susu pekat dan pukul rata.
3.Masukkan perasa oren dan agar2 yang telah dimasak dan gaul sebati.
4.Tuangkan di atas adunan td.
5.Taburkan choc chips atas kek atau apa2 pun yg sedap utk topping.
6.Sejukkan.

p/s: Base boleh tukar sesuka ati..oreo pn bole..

Monday, June 25, 2012

Ilusi optik yang mendebarkan...

Kat bawah ni antara gambar yang aku dapatkan dari cik google. Aku nak share beberapa keping gambar 3D yang aku agak kagum. Sebenarnya banyak lagi tapi korang carilah sendiri ek :)
Percaya tak ni cuma lukisan semata-mata. Kalau tak, tergolek dah minah tu
 Air terjun yang agak real
 Bila botol besar jadi tempat pijak
 Macam betul je jerung tu gigit dia
 Ni plak jerung yang timbul dari mana tah
 Erk! tangan sape ni?
 Serius jer muka pak belang tu :)
 Besarnya hidangan tu kononnya
 Antara lukisan yang buat aku gayat. Agak2 korang nak lalu sini tak?
 Antara gambar dari website Mueler...
 Kalu macam tu gaya lompat, mau terjunam ke bawah
Sayupnya kat atas ni....

Friday, June 15, 2012

Amazing! Korang boleh buat?

Wow! Aku bila tgk cara Lin Dan berlatih, mmg giler. Nak ikutkan dia memang layak jadi juara dunia. Tapi, bila dia agak memilih nak masuk competition yg offer hadiah sejuta ke atas, tu yg kurang. Kalau tak, ranking dunia mmg dia pegang. Itu aku rasalah :). 

Rasanya pemain kita tak pernah berlatih mcm tu. Pukul bulu tangkis ikut suka ati tapi tetap masuk dalam botol bulu tangkis. Pergh! Korang blh buat?

Thursday, June 14, 2012

Ubat terbaik untuk cirit: Probiotic vs Prolactor

Anak-anak aku mmg agak sensitif perut terutama si abang. Kakak pulak, kalau dah demam senang sangat nak kena cirit. Mayb panas dalam. Selalunya antara ubat paling berkesan untuk anak-anak ialah prolactor.
 Ubat yang paling anak-anak suka sebab rasanya yang macam strawbery. Bak kata kakak, tak payah minum air pun takpe. Ceh! Biasanya soklan wajib dari tuan doktor ialah, "anak puan alergic apa2 ubat tak"? Tu masa 1st time jumpalah. Sebab ada gak yg kurang sesuai.
Yang ni plak probiotics brand Janipro, sama fungsinya macam prolactor. Cuma ia dalam bentuk kapsul (ada 30 biji). Paed perkenalkan pada aku last week masa kakak kena cirit. Tp kakak tak suka rasanya (aku rasa biasa jer pun). Kakak mmg cerewet tapi tetap makan bila dah kena paksa. Untuk kakak, aku akan bukak kapsul dan bancuh dgn 3ml air (sukat air guna picagari jer). Lps 3 hari jumpa paed semula dan mintak prolactor botol biru tu. Geram gak aku sebab mesti nak nangis tiap kali bg probiotic botol hijau nun. Bkn pahit pun, cuma takde rasa strawbery tu.

Tapi bagusnya probiotic botol hijau ni, kalau anak dah ok, blh simpan sampai 2 thn. Kita pun blh mkn probiotic ni kalau cirit. Kalau prolactor plak, kenalah abiskan sebab biasanya farmasi bancuhkan siap2 untuk kita. WAJIB SIMPAN DALAM PETI. Kalau tak, rosak binasalah segala bakteria nan baik tu. Tapi aku rasa prolactor ni pun ada bentuk kapsul.

Aku tak tau brapa harga kedua-duanya. Tapi pernah beli probiotic brand amway. Mahal lor...Cecah ratus gak. Orang dah bagi, amik jer lah walaupun brand lain. Yg penting free anak-anak sihat.

*Jom joint! Take a picture of your favourite Nescafe product and how you like to have it*

Tuesday, June 12, 2012

The old Blogger interface will be removed in the coming months. Upgrade Now.

Ada sesape dapat notification mcm ni tak? Bila aku tekan "Upgrade Now", dah macam email biasa. Susah betul nak  tengok segala bagai. Meh aku tunjuk guna gambar lagi senang.
 Ni Dashboard yg biasa kita guna. Tapi bila keluar warning macam kat atas tu dan suruh upgrade (macam yg aku merahkan kotak tu), cuak gak. 
Ni hasil aku bila memandai-mandai press "upgrade now" tu. Wei...aku tak suka sebab tak user friendly lah. Korang dapat tak? Kalau ignore, betul ke dia akan removed interface bentuk lama?

Monday, June 11, 2012

Macam mana nak tamatkan bicara secara bijak & sopan?


Sumber tips ni aku dah letak kat bawah nun. Ok, kita go through terus...

Ada masanya anda mungkin tak dapat utk teruskan interaksi kerana sebab2 tertentu.
Tapi anda layankan juga teman anda. Sebab samada tidak mahu membuat beliau Kecil Hati atau anda tak tahu macam mana utk Menamatkan Perbualan.

Take It Easy

Cuba katakan seperti berikut:
1. It's Nice talking to you. I hv to go now Because _____. We must catch up again ok.

2. ..Betul tu, saya setuju. Saya terpaksa pergi sekarang, Sebab ada appointment sebentar lagi. Mungkin esok kita sambung lagi?

3. Best lah cerita kamu ni. Oh, saya pulang dulu sekarang ya, Kerana ____. Nanti kamu harus ceritakan pada saya lagi, okay.

Anda perasan tak PATTERN nya?

1. Katakan sesuatu yg POSITIF.
2. Berikan Alasan (KERANA/SEBAB) mengapa anda harus pergi.
3. Nyatakan MINAT utk BERINTERAKSI LAGI dgn beliau.

Dengan cara ini,
1. Anda kedengaran SOPAN & MENYAKINKAN, dan
2. Teman anda rasa dirinya PENTING dan DIHORMATI.

That's Great, isn't it?

..Ok, now Go!

sumber: 1001 Tip Komunikasi Hebat

p/s: korang "like" lah link kat atas tu demi orang sekeliling. Byk tips dia bagi tau termasuk komunikasi dengan anak2, parents dan paling penting Allah SWT. (tips kat atas tu boleh juga guna pada penjual2 yg kacau masa kita makan. xde lah org kecik hati kan?)

Sunday, June 10, 2012

GA dari akmarwati.com

~ ENTRY MELEKAT ~
Since 2008, 1st time aku masuk GA demi cousin....
Terma & Syarat:

1. Kena Like page ni pas tu Like gambar ni (hingga 31 Mei 2012 sahaja).
2. Kena Like page Kleenex ni pas tu Vote gambar sama cam atas tu (10 Jun 2012).
3. Buat n3 bertajuk " GA dari akmarwati.com " kat blog masing2 bagi yang ade blog. (1 penyertaan) Amik banner atas tu dan tepek kat n3 masing2, kendian link ke n3 ni yer. Kalau takde blog share je n3 ni kat FB korang tau. (1 penyertaan).
4. Sila baca N3 INI dan daftar kalau suka. Tiada paksaan saje nak ajak korang menambahkan duit poket je.
5. Letak blog ni dalam bloglist korang... tak letak pun tak pe, tak paksa pun..kot2 nak tau update letak le yer.
6. Tag kawan2 korang sekurang2nye 2-3 orang.
7. Dah siap buat semua silalah komen kat n3 ni dengan meninggalkan link blog ngan id FB korang. Bagitaulah same ade korang buat n3 je or share skali kat FB. Senang nak tau berapa penyertaan korang.
8. Pemenang akan dipilih dengan cara mencabut undi oleh 3 orang anak CiKema tu. Hehe
9. Mesti Follow/ Like sponsor..pasal derang yang bagi hadiah.

Sponsor:
1. akmarwati.com 
3 x voucher jusco/top up RM10
3 x top up RM5
3 x hadiah misteri

2. Kedai Kak Siti - Follow & Like
3 x tudung berharga RM49

*tambahan sponsor (7 Mei 2012)*
2 x diskaun 10% Sari

4. Little Hijjaz Wardrobe - Follow & Like
2 x top up RM5

5. Kedai Cadar Online - Follow & Like


Sape2 nak jadi sponsor dialu2 kan..Email ke antasia_aima@yahoo.com atau pm kat FB CiKema yer. Segala kerjasama korang sangat2lah dihargai. 

*UPDATE (CONFIRM DAPAT SHAWL PERCUMA)*
1.Kalau korang nak hadiah shawl/selendang free sila undi Denaihati.com untuk digi award tu dan kemudian screenshot dan pm pada fb Kedai Kak Siti. Undi sekali ke banyak kali tetap dapat sehelai selandang/shawl je tau. Tapi kalau boleh undilah hari2 yer. Tawaran ni sampai 13 Mei 2012 sahaja.

2.Berita gembira buat semua juga..sesiapa peng'LIKE' yang ke 400. Kedai Kak Siti akan bagi 2 helai tudung percuma. Jadi, apa korang tunggu lagi..ajak kawan2 undi dan like secara berjemaah yer. Hehe

Monday, June 4, 2012

Rebut 80 pasang tiket percuma kidzania


Musim cuti sekolah ni selalu sangat baca pasal Kidzania. Dekat dengan rumah ok dah. Cuma harga tiket yang aku rasa masih mahal dan jauh. Agak-agak nak tiket percuma, jom masuk contest anjuran oreo. Hadiah 80 pasang tiket kidzania tu sebenarnya hadiah saguhati je. Ngeh...Hadiah tempat pertama hingga ketiga lagi grand. Tapi aku lebih teruja hadiah saguhati :). Kalau ada 4 anak, try atas nama suami isteri. Mana tau rezeki... Tiket Kidzania kan mahal. Kopak duit kalau ada anak ramai. Tapi mmg berbaloi lah apa anak-anak kita dapat (aku syorkan untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas sebab lagi banyak boleh masuk tempat yang disediakan).

p/s: kalau diberi pilihan, aku prefer hadiah saguhati ni atau hadiah pertama-ketiga. Hadiah UTAMA korang kena ikut syarat penerbangan kalau menang (20 September ni). Tempat-tempat lain tak terikat sangat.

Thursday, May 24, 2012

Siapa ada periuk kaca, boleh buat benda ni

Sebelum aku bertolak ke Taska Adni utk sesi lawatan pagi ni, aku nak share apa yang pengasas dia bagi kat aku. Cara buat yogurt paling sempoi or cincai.
Bahan2:
1. Yogurt asli (cth: macam kat atas tu. ambik yg kecik sudah)
2. Susu kambing jenis powder (3-5 sudu sedang). Better yg xde gula. Kalu susah sangat, try lah dulu dgn susu biasa. Tp larilah sikit kandungan dietnya. Nama pun nak cuba kan.
3. Air mineral
4. Periuk kaca kalis api. Guna yg sedang2 saje... (tak boleh guna periuk logam). Mahal macam mana pun x blh!
5. Senduk kayu atau plastik. Jgn sekali-kali nak guna senduk jenis logam ek.

Cara2:
Bancuh susu dgn air mineral dan panaskan atas api biru yg SANGAT KECIK. Pastikan JANGAN SAMPAI MENDIDIH, cukup sekadar panas saje, terus padamkan api dan masukkan yogurt. Kacau dengan senduk.

Keluarkan dan letak atas meja, ambil towel besar dan tutup periuk tadi dalam 7-8 jam. Kemudian yogurt tu nnt nampak macam pekat2 gitu, blh tambah madu atau stevia. Masukkan strawbery, pisang, epal, kurma atau apa2 buah-buahan yg ada dalam rumah. Lepas tu, jangan lupa simpan dalam peti plak.

Sebenarnya simple jer, aku jer byk membebel utk pahamkan cerita :). (Aku pun blm buat sebab baru dapat petang Ahad baru-baru ni).

Wednesday, May 23, 2012

Nasi lemak lagi baik dari nasi putih?

Kalau diberi pilihan nasi bagi orang yang sedang diet, selalunya nasi putih jadi pilihan. Sebab sepinggan nasi putih cuma 260 kalori berbanding nasi lemak dalam 400 kalori. Tapi kalau diet utk orang yang sakit kencing manis (sesuai juga utk orang-orang sihat), nasi lemak better jadikan pilihan. Sebabnya nasi lemak bersalut santan sedangkan nasi putih yang kita makan, akan bertukar kepada GULA


Kami sebagai peserta IHES (Integrated Holistic Education System) seronok sakan dengar benda-benda ni. Ye lah, nasi lemak kan lagi sedap :). Cuma, kurangkan lah pengambilannya. Bak kata dia, kurangkan 5 makanan putih ye....Diet kerana Allah, diet kerana kesihatan. Bukan nak kurus semata-mata. Huhu...Betul gak. Dia ada gak bagi resepi nak buat yogurt sendiri. Simple sangat2. Takde lah macam kat internet tu...sampai nak beli tempat buat/peram yogurt khas. Next post nnt. Insya Allah...

Tuesday, May 22, 2012

Kurangkan 5 makanan putih (nak-nak bulan Rejab ni)

First sekali, aku nak ucapkan salam Rejab...korang pose tak arini? At least dapat 2 hari pertama Rejab pun jadilah. Ok, continue....Just to share info yang aku dapat dari Pak Hasni (Pengasas Tadika Adni). Katanya kita ni kena kurangkan lima makanan putih yang selalu menjadi punca penyakit (tapi aku suka makanan putih. camana tu?).

1. Nasi (tukar kepada unpolished rice). 
Sebelah kiri (polished rice), kanan (unpolished rice)

2. Gula (kalau korang tak blh hidup tanpa gula, gantikan dgn stevia iaitu pemanis asli mcm gula---> bkn gula tiruan tau). Sekarang berlambak kat pasaran. Try rajin2 google sikit :). Aku suka google by image sbb terus dapat tgk rupa benda yang kita cari.

3. Susu pekat nan sedap tu (minum susu kambing kalau nak sangat). Jgn sangka susu kambing tak sedap, kena pandai pilih. Cth yg sedap (kat tekak aku lah): hi-goat, bio herbs. Tapi kalau dapat yg tanpa gula lg baik. Pernah jumpa tak? (selain yg perahan asli tu)

4. Tepung (replace dengan jenis whole meal). Tak nak explain lah sebab semua tahu tepung whole meal better kan.

5. Garam (tapi dia galakkan guna garam kasar). Jgn nak menggatal guna garam halus. Aku lupa plak alasan dia kenapa. Hish! Tapi korang perasan tak, mak-mak kita masak main campak2 garam kasar je kalau nak masak apa-apa pun. Jarang masin rasa masakan. Dia kata, tak payah nak cari garam bukit bukau segala bagai. Lupakan aje.

Lagi satu fakta, antara nasi putih dgn nasi lemak, mana lebih baik? Kenapa? Nanti2 kita discuss lagi ek. 

Monday, May 14, 2012

Blogger top ni cucu cikgu?

Semalam aku terbaca dalam metro kisah blogger ni aka Fatin Liyana. Fatin ni bakal doktor, muda mcam Hanis Zalikha gak. Cuma follower lebih sikit dari Hanis :). 


Baca punya baca, terjumpa satu ayat yang sebut nama mak dia (Mazapuspita Md Yassin). Eh! Macam aku familiar nama ni. Rupa-rupanya cucu guru besar aku yang hensem lagi segak tu (sekitar 80-an). Md Yassin ex-guru besar kat Sekolah Kebangsaan Batu Berendam, Melaka. Guru besar yang sangat sporting layan karenah students dan penulis lirik lagu sekolah. Terus terbayang kete warna hijau tua yang selalu parking depan bangunan zaman Jepun (dah roboh pun). Aku mati-mati ingat cucu dia dalam lingkungan belasan tahun (15 thn ke bawah). Dah besar ek? Kalau atuk dan mak dia comel, blogger ni comel ler. Tetiba teringat zaman sekolah nan manis tu....

Friday, May 4, 2012

Pesta buku antarabangsa---> Tak semua boleh dipestakan pun

Kali ke-2 aku ke pesta buku semalam untuk cari buku anak-anak. Jalan kaki je dari ofis. Tak lama pun ke sana tapi tetap dapat buku yang aku nak. Yang penting, google kat mana booth tersebut dulu. Kat ruang legar PWTC pun ada list nama dan no. booth yang kita nak. Tapi harga kat internet sama macam kat pesta. Ni buku yang aku maksudkan.
Memang harga asal RM39.90. Tapi kat internet hari tu aku google ada yg offer RM35. Konon2 pegi pesta buku dapat lagi murah. Takde maknanya. Kata jurujual, ni harga pesta buku kak. Bila aku tanya, kenapa sama macam yang kebanyakan internet offer? Dia cuma senyum je. Aik? Sebelum tu pernah jumpa kat Damansara Uptown dalam RM32. Tapi anak tak guna lagi, aku ignore je. Skang baru tercari2. Aku capai gak sebab atas nama KEPERLUAN. Sekolah kakak guna buku ni. Ingatkan dapat ler RM30 :).

Ni buku keluaran Sasbadi (antara booth kegilaan budak sekolah). Aku capai salah satu set untuk somebody. Today is his birthday....
Booth Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB) pun murah2. Pada kaki novel dan budak U, ni peluang nak grab harga murah. Byk lagi booth korang boleh redah sampai Ahad ni. Last week aku beli buku cerita ala2 How Is Made (kulit tebal, dalam kertas putih jenis licin tu), dapat potongan 90%. Aku beli 4 set, bayar RM5.60 jer! Antaranya macam mana basikal dan kasut dibuat.

Tapi, aku sempat berbual dengan sorang Arab ni last week. Dia jumpa buku yang sama tapi di booth berlainan. Bila tanya, boleh ke dapat harga sekian2 sebab kat booth bawah harga macam tu? Jurujual jawab, boleh, saya bagi harga special (lebih rendah) pada awak. Maknanya, walaupun dorang dah letak harga sekian2, kita masih blh cuba bargain [kalau tak dapat, nasib ler kan :)]. At least cubalah dulu...

Monday, April 30, 2012

Terima angpau dari nuffnang

Total nuffnang aku pernah cash out. Today, kali ke-2 aku tekan mesin cash out. Tak lah banyak bagi kepala2 blogger @ otai kalu tgk jumlahnya pun. Ni blog kecik utk suka-suka je. So, suka2 atilah jugak nuffnang nak bagi berapa or bilakan? Aku terima jer :)

Tgk jumlah dulu sebelum pergi ke detail kat atas tadi. Last Oktober dulu, lebih seminggu aku tercari2 macam mana nak cash out duit ni. Sebabnya....sebab aku tak pernah buat lah dia jadi mcm tu. Orang lain tekan sebulan sekali...or seminggu sekali...or twice a month. Aku, TWICE A YEAR. Since 2008 berblogging, 2009 tukar channel sebab2 blogging, thn lps baru 1st time dapat. Lps lebih 3 thn baru dapat angpau dari nuffnang. Hihihihh....

Thursday, April 19, 2012

Merry-merry go round to collect the prizes

Sebelum tu, Isnin lepas aku terima hadiah thumb drive dari maggi. Semalam plak hari mengambil hadiah sekeluarga. Lps sarapan, terus ke Karangkraf. 1st time masuk situ, seronok gak. Aku dapat hamper Johnson & Johnson. Menariknya, aku suka teliti tarikh manufactured produk. Mmg berbaloi tunggu sampai 4 bulan hamper ni sebab produk dia manufactured by Nov 2011. Kira baru lah lagi. Pernah gak dapat hamper2 macam ni dari penganjur lain. Tapi kebanyakkan produk ada lagi 6bln-1thn expired date. So, gunalah cepat2.

Follow up Reezqi dulu sebelum ke Jacobs plak
Ni hadiah yang aku dan family collect semalam. Set Periuk La Gourmet, termos makanan dan termos air tu dari Jacobs. Jacobs kira express gak sebab aku hantar karangan 29 Mac, 2 wks later aku diumumkan sebagai salah seorang pemenang, 4 hari kemudian, dapat msg suruh collect hadiah. 
Haider dengan Wardatul suka sangat. Lps tukar jer seluar yang lencun (sebab hujan lebat semalam), terus nak posing. Gambar tak terang ler. Ada 2 sebab kenapa tak terang. Heheh...
Hamper Johnson & Johnson dari Karangkraf (Pa & Ma) yang sangat menarik.
Haider dengan Reezqi booking mana-mana yang berkenan kononnya
Ini thumb drive yang cute tu. Kiranya lama gak aku tunggu. Menang Disember, dapat surat Februari, April baru sampai hadiah. Dah nama pun hadiah, sabar aje lah :)

Thursday, April 12, 2012

Menang set periuk RM500 dan hamper Johnson


Alhamdulillah...minggu ni aku dapat 2 berita kemenangan dalam contests yg aku masuk. (satu lagi lebih kepada hadiah penghargaan artikel) Pa&Ma iaitu hamper Johnson & Johnson. Kena ambik sebelum hujung bulan ni. Satu lagi menang contest anjuran Jacobs "ibuku inspirasiku". Aku dapat conso prize bernilai RM500 iaitu produk La Gourmet. Korang try la masuk. Aku suka contest base on slogan/cerita/gambar ni. Paling nyampah jenis vote (senang cakap gamble la mcm like2 kat FB tu). Sah2 kalah. Maybe tak berkat sebab tak perlu usaha kot :). Jacobs ni aku pilih untuk tulis artikel pasal arwah mak. Aku hantar betul2 masa arwah mak genap 2 tahun kembali kepada-Nya (29 Mac 2012). Memang tulis penuh emosi gak lah....