Monday, February 27, 2012

Rupa bentuk jin (part II)

Antara buku-buku tulisan Muhammad Isa Dawud yang menarik untuk dibaca

Aku nak sambung kisah rupa bentuk jin dari tulisan aku sebelum ni berinfokan dari buku Muhammad Isa Dawud.

Hidung : Pesek atau bulat,macam hidung orang Filipina.

Lidah : Lidah jin tersangat lah kecik.


Gigi : Lebih panjang dan besar kalau dibandingkan dengan gigi manusia.



Tulang : Agak besar kalau dibandingkan dengan kulit & daging jin sendiri.

Warna kulit : Macam-macam ada .Ada yang kulit merah, putih, kuning dan sebagainya.  Tapi kalau yang hitam tu ia lebih hitam dari manusia yang berkulit hitam macam warna kerbau dan bulunya sangat tebal.

Pernafasan : Jin tak perlukan oksigen.

Kemaluan : Lebih kecik berbanding kemaluan manusia. Jin lelaki pun sama macam manusia,ada dorongan berahi & boleh buat hubungan seks serta keluarkan sperma. Jin perempuan pun sama,ada selaput dara yang pecah masa buat hubungan seks.

Percernaan : Sistem pencernaan jin sama seperti manusia. Bezanya najis jin tak berbentuk kasar tapi wap yang sangat pekat. Air kencing jin pulak berbentuk gas yang sangat kuat tekanannya tapi sangat ringan. Kerana tu ada syaitan yang boleh kencing kat telinga kita.


Tanduk : Ada 2 tapi kecik sangat macam huruf "Nun" dan tak panjang macam yang selalu manusia gambarkan [Tanduk iblis besar, sesuai dengan tubuhnya].

Ekor: Jin takde ekor.Tapi syaitan ada ekor yang pendek sangat sekitar 4-6 sentimeter je, tak panjang yang macam manusia selama ini gambarkan.

Kasut : Jin Islam pakai terumpah kat kedua-dua kaki.Tapi jin kafir atau syaitan hanya pakai terumpah kat kaki kiri saja. Kaki kanan tak pakai apa-apa. Terumpah jin dibuat dari daun papirus. Daun yang biasa digunakan oleh Fir'aun sebagai alat tulis. (kalau ada yang putus kasut atau selipar, jangan pakai sebelah je. mesti ada sebab musabab kenapa  Rasullullah  SAW larangkan? Islam tu kan cantik).

dan paling aku suka tang ni...
Jin Islam memanjangkan janggutnya sebab ikut sunnah Rasullullah SAW

Insya Allah, nanti aku try share tentang kelahiran dan penyusuan dalam dunia jin.

Sumber: Dialog Dengan Jin Islam (Muhammad Isa Dawud).

No comments:

Post a Comment