Saturday, February 25, 2012

Rupa bentuk jin (part 1)


Bila aku letak tajuk part 1, moga-moga ada kesempatan menaip pada masa akan datang. Aku dah lama baca buku ni. Sejak zaman aku study lagi (awal 2000). Meh kongsi sikit apa aku baca dari buku Muhammad Isa Dawud (MID) ni. Terasa nak cerita pasal rupa bentuk jin. Aku rasa, lagi mudah aku terus ambil dialog beliau.

MID: Bagaimana sebenarnya bentuk hakikimu seperti yang diciptakan Allah?
Jin Islam: Kepala kami sedikit lebih besar dari tubuh kami. Mata kami memanjang dan tidak bulat seperti mata kalian. Di antara kami ada yang mempunyai mata yang memanjang arah ke atas, ada ada pula yang sedikit miring ke arah dahi, mirip mata lazimnya orang2 Cina dan Jepun di kalangan kamu. Mata kami tidak sepet seperti mata manusia tetapi lazimnya besar dan lebar seperti mata rusa, namun dengan bentuk yang memanjang.

MID: Selama ini ada anggapan bahawa mata kalian selamanya merah. Apa benar begitu?
Jin Islam: Tidak sebenarnya demikian. Ada mata yang berwarna hitam, kuning, coklat tua, sekalipun hitamnya berbeza dengan hitamnya mata kamu. Mata hitam kami cenderung keputih-putihan. Anggapan bahawa mata kami selalu merah, boleh jadi diakibatkan oleh adanya sinar-sinar halus yang memancar dari mata kami, yakni sinar yang selamanya cenderung berwarna merah.

Sedangkan telinga kami kedua-duanya mirip telinga kuda, khususnya dalam bentuknya yang runcing. Ada pula di antara kami yang miripnya telinga kucing.. Kerana itu, kalau ada di antara kami yang berbicara yang menyerupai diri dalam bentuk-bentuk tertentu, maka yang paling mereka sukai ialah kucing, kuda dan harimau [Selain kemampuan jin menampakkan diri dalam bentuk lain].

Sumber: Dialog Dengan Jin Islam (Muhammad Isa Dawud).

Rupa hidung jin? Aku ada program dengan parents kanak-kanak hari ini....Nanti aku share lagi tapi dalam bentuk lebih ringkas....Insya Allah.

No comments:

Post a Comment