Saturday, July 13, 2013

Apabila rezeki datang hampir serentak di bulan Ramadhan....

 Seawal 1 Ramadhan lagi rezeki datang menyapa. Cek nuffnang datang selepas cek sebelum ni hilang macam tu aje. Tak tahu mana silapnya. Aku terima email yang cek telah dihantar tapi habuk pon tarak. Selepas tukar alamat ke HQ, syukur dapat gak merasa hasil berblogging ni walaupun tak selebat mana. Hari yang sama gak aku dapat tahu diapers tajaan DRYPERS sampai sekotak besar di HQ. Yeay!!! Ada lagi yang masih dalam proses.

 Cek yang tak sampai RM100 tapi sangat best bila kita dapat

2 Ramadhan plak aku terima panggilan dari organizer. Yg misterinya aku tak tau hadiah apa aku menang dan contest yang mana satu. Bukan tak tanya, tapi aku tak brapa faham slang mamat tu. Padahal dia dah cakap Melayu dah :p. Yang pasti, hadiah akan dihantar pada minggu depan ke ofis HQ. Tunggu je lah. 

Selang setengah jam, kawan dari HQ kol cakap ada hadiah untuk aku. Ok...baru aku ingat aku redeem towel dari dutch lady (DL) sekaligus masuk contest DL. Bahagian encik suami dan umi anak2 aku masih belum dapat lagi.

Paling best hari yang sama juga encik suami kol kata ada voucher KFC/PIZZA sampai. Yg ni pon hasil redeem DL. Senyum melebar aku.... 

Paling surprise ialah semalam 3 Ramadhan, bila aku dapat panggilan dari P&G. Aku menang washing machine panasonic 16kg! Rasa seram sejuk aku coz ni 1st time aku menang hadiah bernilai lebih RM2k. Ni contest jenis siggy. Walaupun tangan aku keras berdengkang nak bersiggy, hasil tunjuk ajar dan idea kawan baik, aku dapat hasilkan siggy DYNAMO DOWNY. Aku tak berapa harap sangat sebab hadiah cuma ada 10 bijik mesin basuh jer. Apa-apa pon aku tetap syukur atas pemberian-Nya. Surat pun dah sampai tadi kat ofis. Mujur ada kawan yang datang keje hari ni. Tercapai niatku untuk dapatkan mesin basuh selepas berbulan2 aku spin guna tangan yg masih kena fisio ni.

Tak henti kat situ, suami kol yang dia dapat panggilan menang sesuatu. Tak tau menang apa dan sape organizer nya. Mcm biasa, dia cuma perlu sahkan i.c number dan alamat untuk penghantaran hadiah. Hehehh....Tu yang penting ok. Moga-moga rezeki untukku sekeluarga sentiasa murah dan berkat.


8 comments: