Monday, July 15, 2013

Paksa solat, puasa akan datang dengan sendiri


Bukan senang nak didik anak-anak jaga bab solat. Apalagi lagi puasa seiring dgn solat. Kakak dah masuk 7 tahun. Jadi, aku memang kena jaga bab solat dia walaupon kekadang dia terbabas terutama zohor. Sebab kakak sekolah petang, pukul 1 dah masuk kelas. Masa aku daftar kakak darjah 1, aku tunggu dia sampai petang dalam sekolah. Masa solat zohor sekitar 3ptg, aku terserempak dgn bebarapa org budak sekolah dalam surau sekolah dia. Aku rasa mayb dalam darjah 3@4. Aku rasa kagum sangat tau sebab bukan mudah budak sekolah rendah nak jaga bab solat terutama zohor, plus sekolah petang lagi. Jauh kat sudut hati, aku harap anak aku pun jaga solat macam budak tu.

Hari sabtu, kakak try puasa. Sampai pukul 1, dia minta buka. Aku bagi je sebab dia baru nak belajar puasa semula selepas sthn tinggal. Haider pun sibuk nak belajar. Sahur bukan main lagi. Masuk 9.45, dia dah meroyan nak susu. Huahahahh.... Ahad plak, kakak tahan sampai 2.30 petang. Habis jer solat zohor, dia cakap perut dia dah berkeriok tak tahan dah. Ok lah coz ada tambahan sejam lebih dari smlm. Haider pun dapat tambah sejam lebih...sampai pukul 11. Paling tak jangka, aku terdengar dia baca niat solat subuh sambil main kereta2 comel kesayangan dia. Aku terpegun jap sebab Haider baru sebulan sekolah kat PASTI. Kenapa baru sebulan? ada sebab2 yg tak dapat elak dan luar jangkauan....Syukur sebab ada perkembangan baik. Kakak plak gigih ajar dia cara angkat wuduk. Sebab si adik lebih suka ikut kakak dari aku sendiri. So, aku memang pantau cara kakak ambil wuduk sebelum tu spy jgn sampai rukun jadi tunggang terbalik.

Jujurnya, amat payah nak didik anak2 jaga solat 5 waktu. Biasanya dapat 2-4 waktu je. Kadang2 tak perlu suruh, sejadah dah terbentang. Kadang2 juga aku perlu suruh dan sedikit bebel. Mudah-mudahan Allah permudahkan aku didik anak2.

Percayalah, aku memang paksa anak2 solat tapi bab puasa, aku tak pernah paksa. Puasa yang anak2 buat adalah kerelaan dorang sendiri. Aku cuma perlu bagi semangat. Contohnya, bagi semangat spy dia terus dapat bertahan sampai jadi PUASA PENUH. Insya Allah. Bukan senang nak senang.

No comments:

Post a Comment