Saturday, July 20, 2013

Penipuan dalam contest. Hadiah RM25k macam RM25!

N3 kali ini aku harap dapat jadi panduan pada semua agar tidak tertipu dengan hadiah yang ditawarkan terutama yang melibatkan barang kemas (bukan emas ye). Sangat beza. Kenapa berbeza? Jom tengok apa yang berlaku pada salah seorang rakan aku sendiri.

 
Agak2 korang brapa nilai hadiah Habib Jewels kat atas. RM25k!!!

Itulah yg kawan aku dapat untuk hadiah GP bernilai RM25k Khamis baru2 ni untuk contest anjuran SIMPLYSITI. Dia terkejut sangat. Kata kawan aku di facebook Habib "Ini adalah sekeping gambar di mana saya telah memenangi peraduan anjuran simplysiti yang mana simplysiti dan Habib Jewel telah menandatangani perjanjian bernilai RM70K pada tahun lepas. Simplysiti adalah penaja hadiah bernilai RM70K dan habib jewel adalah penyedia hadiah. Hadiah yang saya menangi tempat pertama bernilai RM25K.hari jumaat 18/7/13 saya telah pergi collect hadiah ini di Habib Jewel Ampang dan incharge yg bernama Badariah telah memberi hadiah tersebut kepada saya. Terlalu sukar saya hendak percaya yang saya terima adalah sebentuk cincin sebesar ibu jari kaki yang selayaknya orang utan pakai sebab jari orng utan adalh besar dan sebentuk loket sebesar ibu jari kaki juga yg selayaknya orang utan juga pakai kerana saiznya besar. Dan di kata ke duanya bernilai RM25K. Persoalanya? 1. Ada ke dua barang ini bernilai 25K? 2. Adakah barang yang dah tak laku di jadikan hadiah. 3. Setiap batu permata yang original yang di keluarkan disertakan dengan sijil , tetapi yang apa sijil tak ada. 4. Dimana letaknya kredibiliti Habib Jewel Jangan hanya kerana untung yang amat sedikit orang lain jadi mangsa...Fikirla walaupun itu adalah tapi dibayar oleh penaja dan fikir la itu adalah hak orang lain...Dan dimana letaknya Habib Jewel yang gah di Malaysia...dan jangan kerana untung yang amat sikit rosak nama baik. Sekian."

Dia juga ada luah rasa pelik masa ambik hadiah ni
"saya rasa terdapat sesuatu yg tak kene sbb hadiah ke 2 ke 3 yg value 15k dan 10k dah collect seminggu lebih awal dari saya...saya nak collect lebih awal habib kata belum ready lagi...hadiah kedua value 15k bole dapat rantai lak tu..."

 Ni masa cik Siti dgn Habib sama-sama tgh promote contest tu tahun lepas
Sapelah yg x kecur liur tgk hadiah kat atas ni. Sangat berbeza dgn apa yg kawan aku dapat. Dah la contest ni dibuat Ogos tahun lepas, Julai tahun ni baru kluar result (contest paling lambat result dalam sejarah). Tetiba gini jadinya.

Ada seorang kawan aku yang pernah menang contest hadiah dari HABIB bernilai RM4.5k. Cuba korang tgk hadiah yg dia dapat tu. Agak2 mana satu korang akan pilih? Dari cerita kawan aku, dia dah contact SIMPLYSITI pasal hal ni. Memang nampak sangat HABIB JEWELS yang menipu sebab SIMPLYSITI dah bayar sebagai penaja hadiah. HABIB cuma SEDIAKAN SAHAJA.

Teringat aku saat dia dapat panggilan jadi pemenang GP contest ni. Berbunga2 hati nak bagi pada sang isteri buat hadiah raya. Tetiba ini jer dia dapat. Ini bukan sekali tapi dah banyak kali sebenarnya HABIB bagi hadiah ala2 rubbish pada comper yg menang. Orang selalu cakap hanya jauhari yang kenal manikam. Klise ok!!! Masalahnya kita ni bukan jauhari tapi kita masih ada perasaan. Setiap sen yang kita laburkan termasuk duit dan keringat biarlah berbaloi.

Ini salah satu lagi N3 ttg luahan seorang comper selepas terima hadiah dari HABIB. Mmg sangat mengecewakan selepas dia sendiri berjumpa dengan orang HABIB bertanya ttg harga sebenar barang kemas tersebut. Blh ikut melalui N3 beliau Contest Result that Disappoint me

Aku lebih suka hadiah bentuk cash, barang2 elektrik, or kete or yg btk lebih realistik nilainya walaupun hadiah dia secoet. Hadiah pelancongan pon kena tgk coz kekadang dia bagi tiket je. Makan minum dan bilik hotel pepandailah sendiri.

Moga ini bagi pengajaran pada kita semua dan semoga kawan aku dapat perjuangkan "hak" dia dan tidak biarkan HADIAH HABIB YANG INDAH KABAR DARI RUPA ni terus menipu kita.





27 comments:

  1. me baru tahu u ada blog :) nanti nak letak kat my bloglist lah :)

    ReplyDelete
  2. permata apa tu, intan berlian? bek kasi cek RM25k, macam2 leh beli, urmmmmmmmm..

    ReplyDelete
  3. mcm barang kemas tak laku jer dorang bagi tu..

    ReplyDelete
  4. aduhai..sabar ajerlah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena tersangat sabar berdepan nilai besar mcm tu...

      Delete
  5. Salam.. saya pun pernah mengalami nasib yang sama dari Habib.. kalau tak keberatan , boleh selitkan hujung2 dekat entry encik.. :) alang-alang kan :D

    http://www.emmira.com/2012/01/contest-result-that-disappoint-me.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....ok, saya akan masukkn sekali link kat atas ni dalam N3 saya

      Delete
  6. ditelan mati mak,diluah mati bapak....sy punya pon mcm takde nilai...pernh tanya yg arif...subang sebesar jari manis kucing katanya bernilai RM5k...tp bila kwn sy yg keje dgn kedai emas check,katanya nilai tak smpi RM2k...mcm mana tu...?pasrah je la sbb hadiah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Tidiey, hanya yg pernah terkena dgn habib ni tau mcm mana rasa. yg tak pernah kena pun rasa mkn dalam

      Delete
  7. Cuba g nilai balik barang kemas tu dgn memana kedai emas.. tany dia sama ada nilainya setanding dgn harganya ker tidak. .

    T least boleh tuntut balik ngan habib ckp mereka menipu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. skarang tgh tunggu jwpn dari simplysiti. dlm masa sama mayb dia usahakan ke kedai nilaikan barang yg diberi

      Delete
  8. kesian kat pihak penganjur, dah bayar mahal2...

    ReplyDelete
  9. dah bias aterkena, tapi dah biasa redhooo huhu

    ReplyDelete
  10. Kalau check dkt cwgn habib yg lain berapa nilai batu tu ye... Sgt sedih dpt hadiah mcm nikn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Myvitrd. kalau kita berada tempat dia, mmg menangis dibuatnya

      Delete
  11. Pergh..habib mkm duit penajaan dari siti ke?

    Entry Terkini : Rokok Dinaik Ke RM16 Sekotak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya habib ada jawapan sbnr di sebalik ni semua...

      Delete
  12. adoi, kesiannye
    sape yang tak marah bila kena camni
    ada jugak penaja yg cakap x supe bikin camni
    aishh

    ReplyDelete
  13. memang gila la. itu dah macam kerongsang masjid india rm25 jer.

    mmg tak bebaloi perah otak berkreatif nk join contest, nk spend out proof of purchase bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. lg2 nak niat nak bagi wife sbg hadiah raya, mmg naya...

      Delete
    2. berlian habib wlu bersijil jual smula harga spt berlian jalanan plak rasanya

      Delete