Sekarang Mc D tengah promo free Big Mac & Quarter Pounder. Senang jer nak dapat, kalau nak try, boleh klik gambar kat atas
Thursday, February 27, 2014
Get a FREE Big Mac or Quarter Pounder from McDonald’s!
Labels:
Peraduan
Tuesday, February 4, 2014
Permulaan yang baik untuk 2014
Aku ingatkan bulan Januari tak menang apa-apa. Rupanya masih ada rezeki buat aku dan sefamili.
Aku menang 120 bungkus kopok Tasto dari contest pritzel. Macam biasa, share la dengan orang-orang kampung.
Ni paling aku tak jangka coz aku masuk 1 N3 je. Contest under unilever memang suka buat surprise sebab dengan stamp 60 sen, aku terima voucher RM200 ni. Mujur sampai dengan selamat. RM100 aku dah shopping semalam :)
Contest Dumex Dugro ni perlukan gambar dan slogan kreatif. Aku menang atas 2 nama untuk hadiah conso. Maknanya dapat lah 10 pek susu Dumex. Jadi ler walaupun hati teringin S4 :p
Hadiah bernilai RM589 ni aku menang dari contest majalah herworld. Aku jual murah-murah kat kawan sebab dah terlalu banyak product kecantikan aku dapat. Tak terpakai dibuatnya.
Hopefully bulan Februari ni rezeki masih berterusan buat aku dan keluarga. Insya Allah.
Labels:
Peraduan
Saturday, February 1, 2014
100 Plus Edge VS Air Garam ORS
Bila anak-anak cirit atau muntah-muntah, biasanya doktor mesti bekalkan air garam ORS. Tapi anak-anak aku biasanya akan reject atau paling tidak pun, minum sekadar ambil hati je. Sejak aku kenal dengan 100 PLUS EDGE ni tahun lepas, aku memang beli dan bagi anak-anak minum. Minuman ni LANGSUNG TIDAK ADA GAS. Jangan risau.
Ini rupanya dan botolnya berbentuk heksagon, bukan bulat macam 100 plus biasa tu
Tapi satu perkara yang kena jaga ialah masa bagi anak-anak minum 100 PLUS EDGE ni. Jangan lah ambil jalan mudah dengan guna straw atau togok gitu-gitu aje. Tu yang lambat baik. Aku biasanya sediakan cawan plastik kat sebelah botol untuk anak-anak yang cirit/demam minum. Sebab orang kebanyakannya tak sedar yang cirit ni paling mudah berjangkit melalui peralatan makan/minum, tandas atau angin. Aku memang sangat jaga benda ni. Pasal tu aku prefer anak-anak tuang air ni dalam cawan dan minum. Lainlah kalau sekali minum tu habis sebotol.
Dettol Disinfectant Spray
Spray ni sangat penting untuk isi rumah. Harga kat Jusco yang botol kecik dalam RM11.90. Tempat lain mayb boleh dapat lagi murah. Ada 2 warna iaitu hijau dan biru. Tapi biru ni bau agak fresh. Disebabkan cirit dan muntah-muntah mudah berjangkit, aku akan spray tempat yang kena muntah. Lepas bersihkan tempat yang kena muntah, aku spray bagi elakkan jangkitan bakteria. Tiap kali anak yang terkena cirit dah gunakan toilet, siaplah. Memang aku akan spray toilet tu sebab famili lain akan guna toilet yang sama dan ada potensi terkena jangkitan.
Labels:
Anak dan Penyakit,
Petua
Wednesday, January 1, 2014
Bitter & sweet memories 2013....
Antara kenangan manis aku dalam dunia contest adalah tahun 2013 sebab banyak menang cash. Paling tak jangka, contest tahun 2013 banyak jugak datang dari contest berbentuk Lucky Draw (LD). Sebab aku ni paling susah nak lekat contest bentuk LD. Contest siggy juga antara yang baru aku cuba dan Nampak sedikit hasilnya. Antara sebahagian yang sudi “menaja” dan tunaikan impian hidup aku sekeluarga sepanjang tahun 2013:
Redbull: lebih RM10k cash
Energizer (LD): RM1k
Nestle (LD): RM1k voucher beli-belah (aku pilih jusco) dan RM600 cash
F&N (LD): RM1k voucher court mammoth. Aku beli TV 39 ici
KFC: Hampir RM500 voucher makan/t-shirt
Unilever (siggy): DVD Bluray
P&G (siggy): Mesin Basuh Panasonic 16k
Adabi (LD): Hamper makanan, rasanya setahun makan tak habis
Tesco: RM400
Minyak wangi: Trussardi (RM300 ++) dan Avon (hampir RM400)
XES: Voucher Kasut RM200
Antara hadiah yang aku dapat tahun ni dan sempat snap. Kekadang tu tak amik pun gambar. Tahu-tahu, habis gitu je
Produk kecantikan juga aku langsung tak beli tahun ni sebab banyak dapat dari hadiah-hadiah yang aku dapat. Antaranya Syahirah, Dr Brandt, Kao dan lain-lain. Banyak juga yang aku bagi orang sekeliling, jual dan buat giveaway. Terutama voucher ala-ala SPA atau tix serta produk yang aku dapat berkali-kali.
Tahun ni jugak aku realisasikan impian anak-anak untuk masuk Kidzania yang agak mahal bagi aku (RM250 untuk kami 5 beranak). Sepenuhnya masuk free hasil bercontest. Hasil cash dari Redbull, dapat jugak aku beli notebook brand ASUS idaman aku berwarna putih. Alhamdulillah…. Kiranya, banyak impian aku tercapai hasil contest kecil-kecilan ni. Ikutkan nilai total cash + barang hasil contest lebih RM20k tahun 2013 ni. Kecil bagi otai-otai tapi besar bagi aku yang suam-suam kuku bercontest ni.
Kebetulan, tahun ni jugak banyak kursus yang aku pergi melibatkan kawasan luar KL. Pulau Pangkor, Cameron, Pulau Langkawi….sangat awesome :). Sebab tahun sebelum tu, semuanya sekitar KL. Paling jauh pun kat negeri aku, Melaka.
Persediaan sekolah pun, aku tak keluarkan duit sendiri. Aku dan suami cuma perlu fokus pada yuran dan pembelian buku. Yang lain-lain, aku beli melalui voucher yang aku dapat.
Tapi tahun ni juga, banyak penipuan yang aku terkena terutama dari segi pembelian. Apa yang aku terkena dan tertipu, cukuplah aku share dengan orang-orang terdekat. Itu belum masuk lagi hadiah-hadiah yang agak susah untuk aku claim. Terbaru, hotel Swiss Garden sebab banyak sangat songeh. Avon pun antara yang aku rasa perlu banyak kali follow up untuk dapatkan hadiah.
Cuma tahun ni, baba aku kerap kali sakit dan demam. Sejak 2 bulan lepas, anak-anak pun kerap amik gas. Mudah-mudahan semuanya beransur pulih. Banyak yang aku share pasal kenangan manis. Perkara-perkara yang negative dan pahit bukan tak da. Tapi tak perlu untuk aku share kat sini. Hanya perlu diperbaiki atau dibuang. Moga ada yang lebih baik dalam hidup aku sekeluarga dan pembaca blog semua :).
Wednesday, December 18, 2013
Rezeki kecil-kecilan bulan Disember
Dah lama aku tak menang hadiah sempena hobi bercontest. Kadang-kadang ada gak menang melalui giveaway yang aku joint melalui blog www.airis-contest.blogspot.com. Macam tudung, novel, topup dan lain-lain. Tapi kalau menang melalui contest biasa ni, gembira dia lain macam sikit :). Mayb salah satu sebabnya, nilai hadiah lumayan sikit berbanding G.A
Ni aku menang melalui contest majalah Eh! bulan November iaitu product Etude House. Yang sebelah kanan sekali tu (kotak pink lembut) ialah bedak compact--> Etude House Preciouse Mineral Any Cushion. Dia macam bedak compact gak. Tapi sangat best bila pakai. Harga dalam RM100+++. Yang lain-lain tu aku tak tengok lagi brapa harga dia. Warna pink ada gambar girl tu cermin.
Ni plak ialah voucher kasut XES bernilai RM200 dari majalah herworld. So, boleh aku shopping preeee.... kasut lagi sekali (selepas ditaja oleh cash Redbull sebelum ni). Alhamdulillah...
Labels:
Peraduan
Monday, December 16, 2013
Tergantung cerita "The Hobbit: The Desolation of Smaug"???
Baru-baru ni aku tengok cerita The Hobbit: The Desolation of Smaug dengan encik suami. Inilah 1st time aku tengok wayang BERDUA selepas dah ada anak. Hahahhhh... biasanya kalau tengok wayang, mesti ada anak-anak. Maknanya selepas 8 tahun baru dapat dating tengok wayang. Encik suami beli tiket couple sit untuk kami :)
Aku memang suka sangat tengok cerita ni. Tapi sayangnya, aku frust bila cerita dia agak tergantung. Lepas berhempas pulas Hobbit, Thorin dan kawan-kawan dia bertarung dengan Naga Smaug (Naga berapi), naga ni terus keluar dari gunung tu dengan niat untuk mengamuk dan membakar orang kampung. Rasa macam sia-sia jer pertarungan tu. Tapi tak pasti sama ada dia nak serang kampung tu atau tidak. Sebab akhir cerita tu, orang kampung macam ketakutan dan naga plak macam siap sedia untuk serang (belum serang). Habis gitu je. Ye la, mana tau ada sambungan cerita macam LOTR (Lord of the ring).
Taurine--wanita elf yang sangat tangkas dan berani. Aku memang suka watak-watak pompuan yang pandai pertahankan diri :)
Watak-watak utama dalam filem ni. Tapi mana si Hobbit?
Hobbit---dia ni bukan raja tapi wataknya sangat penting dalam menjayakan misi si Thorin. Dah nama filem ni pun The Hobbit: The Desolation of Smaug kan.
Pada yang nak tengok filem-filem kat panggung sekarang, tak rugi tengok citer ni. Tambahan plak, ada contest untuk filem ni. Boleh KLIK SINI untuk joint. Tapi untuk joint contest ni, korang kena beli online tiket tu ye. Melalui kaunter, cuma boleh joint contest yang lagi satu ni je.
Wednesday, December 4, 2013
Salak Denai....gelongsor air tepi chalet
Awal cuti sekolah, aku dan family sebelah suami bercuti di chalet Salak Denai. Terletak di bahagian Yan, Kedah, aku rasa memang seronok sepanjang perjalanan ke sini. Memang tak bosan. Kami tempah 2 Chalet paling besar (Siti Khadijah dan Siti Aisyah) + 1 hostel. Kami tempah 2 Chalet bagi memudahkan kami para muslimah ni berendam sesuka hati tanpa gangguan mata orang yang tak berkenaan :). Rate dia paling tinggi pon RM300 semalam. Boleh gak kalau nak tempah untuk separuh hari je. Paling unik, kita boleh check in pukul 2pm atau 7pm. Kalau check in pukul 7pm, keluar pukul 6pm keesokannya. So, tentulah kami check in lewat. Tengok chalet mana kita pilih. Untuk info lebih lanjut, boleh pegi ke FB SALAK DENAI
Haider memang seronok dapat berendam. Oh ye, safety jacket tu aku bantai beli kat chalet ni je. Baru RM12!!! Ada pelbagai saiz. Segala pelampung tangan, semua tolak tepi dah.
Ayah dia amik masa sekejap je untuk ajar dia berenang menggunakan safety jacket ni. Mula-mula tu, dia asyik gak tertumus ke depan sampai lemas. Tapi alhamdulillah, lps dah mahir, diap buat jumping lagi
Dengan sepupu sekepala
Kesian kat adik, asyik duduk tepi jer sebab takut kedalaman air. Paling kuat pun, dia pegi lah ke kolam kanak-kanak yang paras pinggang dia tu. Hehehhh
Kakak hepi dapat mandi dengan pelampung. Suruh guna safety jacket, asyik nangis sebab dia tak pandai balance badan sampai lemas jadinya
Apa yang menarik, kat chalet ni siap ada gelongsor lagi okay. Ni kat chalet Siti Khadijah
Bilik yang siap ada aircond. Bantal dan tilam tambahan memang dia sediakan termasuk selimut nan melambak
Dapur dia memang lengkap. Periuk elektrik dan Encik lesung pun ada :)
Periuk kuali yang disediakan oleh chalet
Fridge yang memudahkan kita simpan bahan-bahan mentah untuk buat BBQ. Aku lupa nak amik tempat BBQ dia yang terletak kat tepi kolam.
Suasana dari tepi kolam chalet Siti Khadijah
Tak habis-habis terjun bebas dalam kolam
Reezqi lepas geram mandi kat kolam kanak-kanak Chalet Siti Aisyah. Sebenarnya semua chalet ada 2 kolam berbeza, cuma dia lebih enjoy mandi kat chalet ni.
Friday, November 29, 2013
Penapis air Shaklee yang comel lagi awesome
Sebelum tu, rumah aku cuma guna penapis bertingkek-tingkek tu aje. Lepas tapis, kena masak pulak. Then, aku jumpa penerangan tentang penapis air Shaklee ni dari FB Puan Zefa. Lepas berbincang dengan dia dari Jun lagi, maka last week aku pun buat urusan jual beli dari dia (lamanya kan). Sebab modal takde sangat walaupun harga dia offer agak murah.
Rata-rata yang aku tanya, harga penapis air ni RM368. Ada gak yang jual sampai harga RM460. Nape mahal sangat ek? Tapi dengan Pn Zefa, Insya Allah dia akan bagi harga yang JAUH LEBIH MURAH :). Percayalah cakap aku. So, agak-agak nak beli, boleh contact FB dia. (rasanya dia jual vitamin pun murah)
Saje aku letak handphone kecik tu sebelah penapis air Shaklee. Nak tunjuk yang penapis ni cuma sebesar jug aje. Senang nak bawak ke hulu hilir. Tapi aku takde plak nak buat camtu kot sebab kat kampung semua guna penapis hebat-hebat (Penapis air Amway). Aku je ke belakang. Uhuk!! Tapi dah ada penapis ni, kira sangat bersyukur. yang penting, dapur gas aku dah jimat. Sebab lepas tapis, boleh terus minum. Dalam beberapa minit, penapis ni boleh tapis 5 liter air.
Yang ada warna hijau tu adalah penunjuk filter yang harus kita tukar bila dah sampai waktu. Tiap 80 gallon air, kena tukar filter. Kat sini yang aku suka sebab harga filter yang Pn Zefa jual pun lebih murah dari ahli Shaklee jual. Aku bukan niat nak menjual, sekadar pengguna biasa je. Apa-apa pun, kepada yang ada duit sekitar RM300, boleh dapatkan Pn Zefa untuk sesi runding-berunding bab jual beli penapis air ni :).
Labels:
Info Dunia,
Shaklee
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)


















