Sunday, November 7, 2010

Busha Legging Murah


Punyalah aku survey macam-macam busha legging kat hampir sumer online shop, rupa-rupanya ada kat sekitar aku jek. Tu la orang kata, gajah depan mata pun tak nampak. Harga same jer malah jauh lebih murah. Blm tawar lagi, mak cik tu dah siap-siap bagi RM10 sehelai. Kalau beli banyak (5 helai ke), blh dapat RM7 @ RM8 sehelai. Paling puas hati, aku boleh tgk kualiti kain dan corak-corak yang dia offer. Jangan silap tau, memang ada RM5 sehela tapi kainnya jenis panas dan agak tebal.

Nak tau kat mana? Ha, kat cafe selera duta nun (tgh2 hall tu). Memang banyak tempat yang menjual tapi bab harga ala2 macam kat mamapayish tu, blh survey kat situ jer. Katanya, anak dia pun jual baju baby dan busha legging tapi secara online. So pada yang dekat-dekat cafe selera duta tu, selain rojak singapore yang terkenal tu, boleh intai-intai legging ni sekali :)

No comments:

Post a Comment